“Hadkan Kepada 15 Minit Sahaja” – Guna Baby Walker, Bouncer Terlalu Kerap Boleh Ganggu Perkembangan Motor Bayi
Sebaliknya, bayi perlu lebih banyak masa untuk bermain di atas lantai dengan bebas berbanding ‘ditahan’ di posisi yang sama sahaja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Dalam membesarkan anak-anak, ibu ayah mestilah mahukan yang terbaik buat cahaya mata mereka termasuklah dalam perkembangan tubuh badan.
Malah sampai sanggup berhabis duit demi menyediakan barangan yang paling bagus untuk digunakan oleh si kecil.
Malangnya, kadangkala barangan yang dirasakan penting untuk tumbesaran anak-anak, sebaliknya boleh mengganggu perkembangan tubuh badan mereka pula.
Baca Artikel Berkaitan: Bingung Berapa Kerap Kena Tukar Lampin Bayi? Pakar Pediatrik Beri Penjelasan
Baca Artikel Berkaitan: Penggunaan Bedak Talkum Jadi Amalan, Namun Betul Ke Ada Risiko Kesihatan?
Peralatan Bantu Bayi Duduk, Berdiri & Berjalan Boleh Ganggu Perkembangan
Antara barangan yang sering menjadi pilihan ibu ayah untuk si kecil ialah alat bantuan pergerakan bayi yang boleh membantu mereka untuk duduk, berdiri atau berjalan termasuk:
- Baby walker
- Jumper
- Bouncer
- Baby floor seat
- Push walker
Pun begitu, satu kumpulan sokongan keibuan Bloom Together berkata peralatan sedemikian tidak sepatutnya digunakan secara berlebihan.
Memetik American Academy of Pediatrics (AAP), walaupun produk sedemikian akan merangsang pergerakan bayi, namun penggunaan yang terlalu kerap boleh mengubah postur badan, mengehadkan pergerakan dan melewatkan perkembangan.
Bayi Perlu Dibiarkan Bebas Bermain Di Atas Lantai
Sebaliknya, bayi memerlukan lebih banyak masa bermain di atas lantai agar boleh melakukan pelbagai bentuk pergerakan termasuk bergolek, merangkak serta menendang yang boleh meningkatkan kekuatan asas, keseimbangan dan koordinasi.
Bloom Together berkata pergerakan sedemikian juga menyokong pemprosesan deria, kesedaran tubuh badan dan perkembangan sendi sihat.
Berbanding menggunakan alat bantuan yang membuatkan tubuh badan bayi menjadi pasif akibat sokongan fizikal, bermain di lantai akan membuatkan bayi memikirkan sendiri pergerakan yang dilakukan.
“Bayi belajar mengawal tubuh badan dengan mengubah berat yang ditampung, jatuh secara selamat, meneroka dan mencuba berkali-kali,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: “Biar Si Manja Bebas Bergerak” – Ini Rahsia Di Sebalik Perkembangan Bayi Yang Sihat
Penggunaan Baby Walker Juga Tingkatkan Risiko Bayi Terjatuh & Melecur
Bagi penggunaan walker bayi, Bloom Together memetik satu kajian menjelaskan bahawa ia dapat melewatkan perkembangan berdiri dan berjalan dengan mengubah corak pergerakan semula jadi.
“Bayi di dalam walker bergerak lebih laju berbanding perkembangan tubuh badan mereka, mengurangkan peluang untuk membina kekuatan asas dan keseimbangan,” katanya.
Dalam masa sama, walker bayi juga mempunyai bahaya lain termasuk boleh meningkatkan risiko terjatuh, kecederaan kepala, melecur dan jatuh di tangga. Malah penggunaannya telah diharamkan di Kanada.

Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Baby Walker Berbahaya & Telah Diharamkan Di Kanada?
Penggunaan Baby Jumper Boleh Buatkan Bayi ‘Toe-Walking’
Selain itu, jumper dan bouncer yang membuatkan bayi seakan-akan tergantung pula boleh menggalakkan mereka berjalan menggunakan jari kaki atau dikenali sebagai ‘toe-walking’.
Situasi ini akan memberi tekanan berlebihan pada otot di bahagian betis, seterusnya menyebabkan masalah pada corak berjalan.
Peralatan ini juga meletakkan beban berlebihan ke atas pinggul dan bahagian bawah tulang belakang, terutamanya dalam bayi yang belum mempunyai kekuatan asas secukupnya.
Malah, penggunaan jumper secara kerap membuatkan bayi kurang merangkak, bergolek dan melakukan pergerakan lain di atas lantai yang penting bagi perkembangan motornya.
“Jumper kelihatan menyeronokkan, tetapi tidak menyokong pergerakan semula jadi dan boleh menyebabkan kelewatan perkembangan jika digunakan secara berlebihan,” kata Bloom Together.

Penggunaan Floor Seat Boleh Ganggu Kemampuan Duduk Bayi
Di samping itu, penggunaan floor seat atau alatan yang membantu bayi duduk tegak boleh meletakkan mereka dalam posisi duduk walaupun otot masih belum bersedia.
Perkara ini akan menyebabkan bayi kurang belajar tentang keseimbangan, mengubah beban tubuh badan dan koordinasi kerana hanya duduk tegak di suatu tempat sahaja.
Bloom Together berkata penggunaan secara berpanjangan boleh melewatkan kekuatan asas dan kemampuan duduk serta memberi kesan kepada corak pergerakan tubuh badan seperti postur yang kaku.

Hadkan Penggunaan Peralatan Bantuan Pergerakan Bayi & Utamakan Alternatif Lain
Walaupun setiap peralatan ini dikatakan dapat menyebabkan masalah perkembangan bayi, namun bukanlah bermakna ia tidak boleh digunakan sama sekali.
Dalam hantarannya, Bloom Together turut berkongsi cara untuk mengelakkan masalah perkembangan yang berkaitan, antaranya:
- Hadkan penggunaan hingga 10 ke 15 minit sehari dan tidak digunakan setiap hari.
- Pastikan keseluruhan kaki bayi boleh diletakkan rata di atas lantai dan tidak tergantung.
- Jangan gunakan peralatan sebagai gantian kepada aktiviti ‘tummy time’, merangkak atau bermain di atas lantai.
- Pastikan anda memantau bayi sepanjang masa menggunakan peralatan itu.
- Elakkan penggunaannya ketika bayi letih, bersandar atau tidak boleh mengawal postur yang baik.

Dalam masa sama, utamakan alternatif lain yang menyokong pergerakan semula jadi dan penting untuk perkembangan termasuk:
- Lakukan tummy time sepanjang hari untuk meningkatkan kekuatan bayi leher, bahu dan otot asas.
- Biarkan bayi lebih banyak bermain di atas lantai termasuk bergolek dan merangkak.
- Gunakan playmat lembut, cermin rendah, permainan yang senang dicapai dan ruang terbuka untuk galakkan pergerakan bayi.
- Biarkan bayi belajar mengubah kedudukan sendiri seperti dari baring ke duduk dan merangkak.
- Berinteraksi dengan bayi dengan bermain, bercakap, menyanyi dan meneroka bersama.
“Ingat, bayi lebih bagus belajar menerusi pergerakan aktif. Bukan ditahan di satu posisi sama,” ujarnya.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: “Biar Si Manja Bebas Bergerak” – Ini Rahsia Di Sebalik Perkembangan Bayi Yang Sihat
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Kongsi Kepentingan Daging Lembu Buat Bayi, Boleh Diberi Seawal 6 Bulan
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Baby Czer Kurang Imun Macam Bayi Lahir Normal? Ini Penjelasan Paka



