fbpx
Now Reading
Wanita Kongsi Tips Rumah Wangi Walau Ada Si Bulus

Wanita Kongsi Tips Rumah Wangi Walau Ada Si Bulus

Tak dinafikan mungkin ada di antara anda yang berdepan dengan masalah rumah berbau apabila membela kucing, sebenarnya terdapat beberapa cara boleh dilakukan untuk rumah kekal wangi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan membela haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan sebagainya merupakan perkara yang menarik.

Bukan sahaja comel, tingkah laku mereka juga sering membuatkan pemiliknya berasa senang dan selesa dengan kehadiran si comel ini.

Malah apabila membela haiwan peliharaan, pemilik perlu sentiasa membersihkan rumah agar selesa untuk si comel tinggal.

Namun segelintir pemilik yang memelihara haiwan seperti kucing pasti berdepan dengan masalah rumah berbau meskipun rumah bersih.

Tips rumah kekal wangi

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi beberapa tips untuk semua pemilik yang membela kucing agar rumah mereka kekal berbau wangi.

Ini kerana adakalanya segelintir rumah yang tidak menjaga kebersihan rumah apabila membela kucing akan menyebabkan bau sehingga mengganggu jiran tetangga.

Menerusi hantaran dikongsikan oleh @babyaisha99 di Threads, tips yang ingin dikongsikan itu merupakan antara perkara yang wajib pemilik kucing lakukan jika tidak mahu rumah mempunyai bau kucing.

#1 Pemilihan makanan kucing

Foto: Pexels

Sekiranya kucing anda sering berada di dalam rumah, pemilik perlu memilih jenis makanan mereka dengan betul.

Sebagai contoh pemilihan makanan ‘indoor’ bagi mengurangkan bau. Seperti yang umum ketahui, bau makanan kucing agak kuat dan ia secara tidak langsung memainkan peranan kepada bau yang tersebar di seluruh kawasan dalam rumah.

#2 Pilih pasir yang betul

Sesiapa sahaja yang mempunyai kucing pasti korang dah latih kucing untuk membuang di tempat yang betul.

Ada segelintir melatih si bulus untuk ke tandas ada pula segelintirnya menggunakan pasir.

Namun pemilik sebenarnya perlu bijak dalam memilih jenis pasir yang ingin digunakan oleh si bulus. Elakkan menggunakan pasir jenis bentonite atau tofu soya.

Wanita berkenaan mencadangkan agar pemilik si bulus menggunakan tofu yang dibuat dari biji kacang peas.

#3 Najis si bulus perlu dibuang selalu

Foto: Freepik

Sama seperti hidupan lain, si bulus turut membuang najis pada setiap hari. Najis si bulus juga mengeluarkan bau dan ia bergantung dengan pemakanan yang diberi.

Oleh itu, jika inginkan rumah kekal bau segar pastikan najis kucing ini sentiasa dibuang setiap hari. Jika anda rajin, lakukan setiap kali kucing membuang najis. Namun pastikan anda tidak membiarkannya melebihi sehari.

Selain itu, letak bekas pasir kucing di kawasan yang mempunyai pengudaraan serta sentiasa bersihkan bekas pasir kucing sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Jika anda mempunyai wang yang lebih dan berkemampuan mungkin boleh ‘upgrade’ ke bekas najis automatik.

Ia bukan sahaja tidak berbau sebaliknya memudahkan kerja korang untuk membersihkan bekas najis kucing. Hanya perlu buka pada tempat khas buangan yang sudah dikumpulkan dan buang.

#4 Lantai perlu sentiasa dimop

Adakalanya bulu-bulu kucing turut gugur di lantai dan ini menyebabkan kawasan lantai kelihatan berhabuk.

Segelintir kucing juga ada yang sensitif terhadap habuk. Oleh itu, anda perlu pastikan rumah sentiasa divakum dan dimop menggunakan cecair yang selamat.

Terdapat cecair pencuci lantai yang mesra kepada kucing, malah dengan mencuci lantai selalu ia membuatkan rumah sentiasa bersih daripada kuman.

Apabila membela haiwan peliharaan tak dinafikan ia sedikit rumit kerana si bulus sememangnya memerlukan kawasan yang bersih untuk hidup selesa.

Bagi mengurangkan masalah ini korang juga perlu sentiasa sikat bulu si comel, berikan mereka makanan tambahan yang tepat untuk mengurangkan masalah bulu gugur.

#5 Gunakan pewangi khas pada kawasan tertentu

Foto: Pexels

Anda juga disarankan untuk menggunakan pewangi di beberapa kawasan sebagai contoh:

  • Bekas najis kucing
  • Tempat tidur si comel
  • Tempat si comel suka melepak

Bagi pewangi ia bergantung kepada pemilik kucing untuk membuat pemilihan jenis yang mana ingin digunakan.

Namun wanita berkenaan juga ada mencadangkan untuk menggunakan pewangi jenis EM4 dan mengatakan ia berkesan dalam menghilangkan bau busuk di dalam rumah.

“EM4 ni kalau dalam rumah kena ‘dilute’ 1:2. Kalau luar rumah, spray terus tanpa dilute. Dia ambil masa 2-3 jam untuk bau busuk kucing tu menghilang. EM4 ni dia sejenis probiotik yang makan bakteria punca bau hanyir atau pahit kucing tu. Jadi tempat berak kucing saya akan spray setiap hari dalam rumah saya akan spray setiap tiga hari.

“Rumah saya ada 40 ekor kucing,” katanya.

View on Threads

#6 Pilih wangian yang bersesuaian dengan kucing

Mungkin ada di antara anda yang memilih untuk meletakkan pewangi di dalam rumah bagi mengekang masalah bau kucing.

Ia tidak salah jika anda mahu menggunakan pewangi namun sebaiknya pilihlah wangian yang mesra kepada kucing dan tidak memberikan kesan bahaya.

Ini kerana kucing mempunyai deria bau yang sensitif dan segelintirnya mungkin boleh mengundang kepada masalah kesihatan kepada si comel.

Memetik laporan Petmd, antara bau yang tidak disukai oleh kucing adalah:

  • Bau perfume atau colognes
  • Citronella
  • Bau pencuci baju
  • Bauan yang mempunyai bau menthol atau mint
  • Pencuci rumah
  • Essential oil seperti bau peppermint, tea tree, cengkih dan banyak lagi
  • Bau citrus

#7 Pengudaraan yang baik dalam rumah & kerap bersihkan fabrik dalam rumah

Foto: Pexels

Pastikan rumah sentiasa mempunyai pengudaraan yang baik, sebagai contoh tingkap di dalam rumah perlu sentiasa dibuka.

Ini kerana ia tidak memerangkap bau busuk dari terus berlegar di dalam rumah. Bahkan udara segar juga dapat masuk ke dalam rumah.

Selain itu anda juga perlu kerap membasuh fabrik seperti langsir, alas kaki atau karpet kerana bau turut menyerap ke dalam fabrik.

Jika sentiasa ditukar atau bersihkan ia secara tidak langsung dapat mengelak daripada rumah berbau.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.