fbpx
Now Reading
Nak Payudara Rasa Selesa & ‘Bernafas’, Ini Cara Ukur Bra Buat Wanita

Nak Payudara Rasa Selesa & ‘Bernafas’, Ini Cara Ukur Bra Buat Wanita

Memetik Laman Hello Doktor, kaum Hawa perlu mengukur saiz bra setiap 6 bulan sekali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Setuju atau tidak, pakaian yang dipakai sememangnya mempengaruhi kehidupan harian.

Lebih-lebih lagi kaum Hawa, jika ada yang tidak kena dengan gaya pemakaian, keadaan itu sememangnya boleh merosakkan mood harian!

Kalau tudung tidak ‘on point’ pun boleh rasa serba tidak kena, bayangkan pakaian lain seperti baju dalam atau bra, mesti buat kaum Hawa rasa tidak selesa sepanjang hari.

Oleh sebab itu, penting untuk wanita memilih bra sesuai dengan saiz agar rasa selesa sepanjang hari di samping memberi sokongan kepada aset anda.

Payudara Wanita Berubah Mengikut Situasi

Korang tahu tak, ada kajian mendapati kira-kira 75% hingga 80% wanita di United Kingdom memakai saiz coli yang salah?

Ini kerana ramai kaum Hawa yang tidak sedar bentuk badan mereka khususnya payudara mengalami perubahan.

Memetik laman National Breast Cancer, antara faktor yang mempengaruhi perubahan bentuk atau saiz payudara wanita adalah:

  • Pertambahan atau pengurangan berat badan

Memetik laman Hello Doktor, payudara terdiri daripada sejumlah besar tisu lemak atau adiposa.

Jadi, sebarang pertambahan atau pengurangan berat badan sebenarnya boleh memberi kesan kepada buah dada korang.

Kalau berat badan meningkat, bertambahlah lemak. Begitu jugalah sebaliknya. Ia sekaligus memberi perubahan kepada saiz payudara.

  • Kehamilan

Bukan hanya perubahan pada tubuh badan, fasa kehamilan juga sebenarnya memberi kesan kepada payudara anda.

Manakan tidak, pada ketika ini, payudara sedang bersedia untuk menghasilkan susu dan menyebabkan ada wanita yang lebih sensitif serta merasai perubahan dari segi saiz buah dada yang semakin meningkat.

  • Menopaus

Sewaktu menghampiri fasa menopaus pula, hormon estrogen dalam badan akan menurun.

Keadaan ini menyebabkan tisu kalenjar pada payudara mengecut sekaligus mengurangkan ketegangan dan boleh membuatkan keanjalan payudara berubah menjadi kendur.

  • Pengambilan ubat tertentu

Ada ubat tertentu yang boleh memberi kesan kepada saiz buah dada. Contohnya seperti pil perancang kehamilan yang mengandungi hormon estrogen dan progestrone yang membantu merangsang peningkatan saiz payudara.

  • Perubahan usia

Faktor ini sememangnya dapat dilihat dengan ketara. Korang boleh bandingkan saiz payudara pada akil baligh dengan umur korang sekarang, pasti perasankan perubahannya terutama dari segi saiz.

  • Senaman

Terdapat senaman yang boleh mempengaruhi saiz payudara korang seperti push up, senaman dumbbell chest press dan plank yang membantu menguatkan otot pada bahagian dada. Keadaan ini mengurangkan kendur dan memberi bentuk payudara.

Jadi, korang janganlah pelik kenapa baju dalam yang dipakai tiba-tiba menjadi ketat atau longgar. Semua ini boleh berlaku disebabkan beberapa faktor seperti di atas.

Tanda Korang Salah Pakai Bra

Menerusi satu lagi artikel di laman Hello Doktor, antara tanda seseorang itu memakai bra yang salah adalah seperti:

  • Payudara tersembul pada bahagian atas, tepi atau bawah baju dalam yang dipakai
  • Tali bra asyik terjatuh pada bahu
  • Bahagian hadapan bra tidak tepat pada dada
  • Bra mudah teralih apabila korang menggerakkan tangan

Ukur Bra Setiap 6 Bulan Sekali, Pilih Saiz Yang Tepat Sebelum Membeli

Memetik Laman Hello Doktor, kaum Hawa sebenarnya perlu mengukur saiz bra setiap 6 bulan sekali.

Jika korang mahu mengukur sendiri, jom kami kongsikan langkah semudah ABC untuk panduan korang.

Sebelum mengukur, pastikan korang tidak memakai baju dalam yang tebal atau mempunyai span.

#1 Ukur Lilit Baju Dalam Pada Kawasan Pinggang (Band Size)

Langkah pertama adalah dengan mengambil ukuran dalam inci pada kawasan sekeliling tulang rusuk yang terletak betul-betul di bawah lilitan bra anda dengan menggunakan pita pengukur.

Pastikan lilitan pita pengukur berada dalam keadaan selesa, tak terlalu ketat atau terlalu longgar. Tulis bacaan ukuran yang korang dapat dalam inci.

#2 Ukur Saiz Cup (Bust Size)

Kemudian, korang ukur saiz pada kawasan payudara yang paling tinggi (di mana puting berada) dalam inci. Pastikan juga tali pengukur tidak terlalu ketat atau terlalu longgar, senang kata ngam-ngamlah!

#3 Penentu Saiz Bra

Lepas korang sudah dapat dua nombor, cari perbezaan antara dua ukuran tadi bagi menentukan size cup.

Ukuran size cup – ukur lilit baju dalam = saiz cup

Sebagai contoh : 34 (Bust Size) – 32 (Band Size) = 2

Perbezaan ini bermaksud anda mempunyai cup size B dan saiz bra sebenar adalah 34B.

  • Kalau perbezaan kurang daripada 1”: korang adalah cup AA
  • 1’ = Cup A
  • 2’ = Cup B
  • 3’ = Cup C
  • 4’ = Cup D
  • 5’ = Cup DD

Mudah sahajakan? Tapi kalau korang rasa tak yakin, korang boleh sahaja pergi ke kedai baju dalam wanita dan minta bantuan pekerja untuk ukurkan saiz.

Tapi kalau korang malu, korang boleh ukur sendiri dan gunakan kemudahan kalkulator bra di laman web rasmi jenama pilihan korang.

Ini pautan kalkulator mengikut jenama yang korang boleh gunakan:

Baca Artikel Berkaitan: Nampak Sama Tapi Lain Fungsinya! Jom Kenali Jenis Bra Sesuai Dengan Aktiviti Harian

Baca Artikel Berkaitan: Kaum Hawa Takkan ‘Moody’ Lagi, Ini 5 Jenis Fabrik Tudung Bawal Yang Mudah Dibentuk

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.