fbpx
Now Reading
Suka Makan Nasi Tapi Nak Diet? Jurulatih Kesihatan Kongsi Teknik Makan Dengan Betul

Suka Makan Nasi Tapi Nak Diet? Jurulatih Kesihatan Kongsi Teknik Makan Dengan Betul

Jika nasi dimakan dengan cara ‘salah’, kadar insulin dalam badan akan melonjak tinggi seterusnya menghentikan proses pembakaran lemak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Nasi putih memang dah jadi makanan ruji untuk sebilangan besar masyarakat di negara kita. Ada yang sampai rasa tak lengkap kalau seharian tak makan nasi!

Tapi ada pula yang kata nasi ni tak sihat dah boleh sebabkan kegemukan jika diambil selalu.

Ini kerana nasi mengandungi kadar karbohidrat tinggi yang akan ditukar menjadi gula seterusnya boleh membuatkan seseorang gemuk.

Tapi betul ke tak boleh makan nasi langsung kalau nak turunkan berat badan?

Baca Artikel Berkaitan: 11 Juta Dewasa Di Malaysia Alami Masalah Berat Badan Berlebihan

Baca Artikel Berkaitan: ‘Kuah Banjir’ Punca Berat Badan Naik, Malaysia Negara Obesiti Tertinggi Di Asia Tenggara

Baca Artikel Berkaitan: Nasi Kerabu, Laksa Penang & Lima Lagi Makanan Tradisional Yang Berkhasiat

Kadar Insulin Melonjak Jika Nasi Diambil Dengan Cara Salah

Jurulatih kesihatan yang dikenali sebagai Dilla bagaimanapun berkata tidak salah untuk makan nasi dalam menjaga berat badan.

Sebaliknya, apa yang penting adalah mengambil nasi dengan cara yang betul agar kadar insulin dalam badan tidak melonjak tinggi selepas makan.

Katanya pengambilan nasi dengan cara berlainan boleh memberi kesan berbeza terhadap tubuh badan seseorang.

“Sebab tu ada orang makan nasi tapi perut kekal kempis. Dan ada orang makan nasi, terus naik di perut dan pinggul,” jelasnya.

Tambah Dilla lagi, berhenti ambil nasi secara mendadak boleh menyebabkan tekanan dan craving, seterusnya diet terhenti di tengah jalan.

Gambar sekadar hiasan.

‘Slow Carb’ Bantu Gula Diserap Dengan Perlahan, Kekalkan Proses Bakar Lemak

Menurut Dilla, cara nasi dimakan mempunyai kaitan dengan kelajuan peningkatan gula dalam darah.

Jika nasi dihadamkan dan diserap dengan cepat oleh tubuh badan, insulin akan segera meningkat bagi memproses gula sekaligus menghentikan proses pembakaran lemak.

Namun jika nasi diserap perlahan, kadar insulin kekal stabil dan proses pembakaran lemak masih berjalan walaupun setelah makan.

Keadaan ini digelar sebagai ‘slow carb’ iaitu apabila gula dari nasi atau karbohidrat lain diserap dengan lebih perlahan.

Mengambil slow carb juga boleh membuatkan seseorang berasa kenyang lebih lama dan tahap tenaga kekal stabil.

Cara-Cara Makan Nasi Agar Dapat Amalkan ‘Slow Carb’

Jadi bagaimana caranya untuk makan nasi dengan betul agar kaedah pengambilan secara slow carb dapat dilakukan?

Berikut merupakan lima perkara yang dikongsikan oleh Dilla dalam mengamalkan teknik slow carb.

View on Threads

#1. Makan Sayur Dahulu

Diet tidak cukup dengan sekadar hidangan seimbang, tetapi juga bergantung kepada makanan yang disuap ke mulut terlebih dahulu.

Apabila makan nasi campur contohnya, seseorang perlu mula dengan mengambil sayur, diikuti protein dan nasi akhir sekali.

Ini kerana serat dari sayur dan protein boleh memperlahankan proses penyerapan gula dari nasi.

Sebagai info, gula yang diserap dengan terlalu cepat boleh diubah menjadi lemak memandangkan terdapat lebihan tenaga yang tidak digunakan badan ketika itu.

#2. Ambil Nasi Yang Lambat Dihadam

Berbanding nasi putih, amalkan beras lain yang lebih perlahan dihadam seperti beras perang dan basmathi.

Ini kerana beras berkenaan mengandungi indeks glisemik (GI) yang lebih rendah dan penting untuk mengawal kadar gula.

Untuk info, GI merupakan ukuran secepat mana sesuatu makanan menyebabkan gula dalam darah meningkat.

Kalau nak makan nasi putih juga, lebih elok jika disejukkan terlebih dahulu kerana lebih banyak kanji tahan (resistant starch) yang bertindak seperti serat dan tidak dihadam di dalam usus kecil dihasilkan.

Gambar sekadar hiasan.

#3. Amalkan ‘Suku-Suku-Separuh’

‘Suku-suku-separuh’ atau ratio 1:1:2 merujuk kepada jumlah hidangan yang harus diambil iaitu 1/2 sayur, 1/4 protein dan 1/4 nasi.

Dilla berkata ratio ini dapat membuatkan perut terasa lebih kenyang selain menstabilkan kadar gula dalam darah.

Namun ini tidaklah bermakna setiap individu wajib mengikut ratio ini memandangkan ada yang mempunyai diet khas berdasarkan gaya hidup atau tahap kesihatan masing-masing.

#4. Elak Makan Nasi Lewat Malam

Memandangkan nasi mengandungi karbohidrat tinggi yang diubah menjadi gula sebagai sumber tenaga buat tubuh badan, ia lebih elok diambil hanya ketika tenaga diperlukan.

Antaranya adalah ketika makan tengahari, sebelum atau selepas melakukan senaman dan pada hari seseorang aktif.

Elakkan makan nasi pada lewat malam kerana metabolisme badan sudah perlahan, membuatkan proses penghadaman kurang lancar.

#5. Lakukan Pergerakan Selepas Ambil Nasi

Pernah dengar tak orang tua-tua cakap jangan baring lepas makan? Katanya boleh buatkan makanan tak dihadam dengan betul dan perut kembung.

Menurut Dilla, lebih elok untuk melakukan pergerakan sedikit selama 10 ke 15 minit setelah makan nasi.

Cukup sekadar kemaskan dapur dan meja makan. Kalau makan di luar, boleh jalan-jalan sekejap lepas makan.

Pergerakan ini akan menurunkan peningkatan gula dalam darah sekaligus membantu tubuh badan kekal dalam mod membakar lemak.

Gambar sekadar hiasan.

Tambah Dilla lagi, hasil daripada mengamalkan slow carb dapat dilihat dalam masa satu ke dua minggu jika dijalankan secara konsisten, termasuklah:

  • Perut kurang buncit.
  • Kurang teringin makan nasi.
  • Tenaga lebih stabil.
  • Berat turut perlahan secara stabil.
  • Mood makan lebih tenang.

Doktor Dedah Roti & Salad Buah Tak Sesuai Untuk Diet

Bila cakap sahaja tentang diet, memang ramai yang menganggap tak boleh makan nasi sama sekali. Sebaliknya mereka mengamalkan hidangan lain yang dianggap sihat seperti roti dan salah buah.

Pun begitu, doktor kesihatan dan gaya hidup Dr Shashi Kumar, menjelaskan bahawa roti dan salad buah juga tergolong dalam jenis makanan tinggi GI.

Jelasnya, makanan tinggi GI akan meningkatkan risiko insulin naik dan turun dengan mendadak.

Perkara tersebut kemudiannya akan membuatkan seseorang itu cepat berasa lapar dan tidak sesuai untuk diet.

Ada juga yang menukarkan nasi dengan sumber karbohidrat lain seperti bihun, mi dan roti canai, namun Dr Shashi menegaskan bahawa nasi adalah lebih bagus. Yang penting, elakkan nasi berkanji tinggi seperti pulut.

Baca Artikel Berkaitan: “Idea Kuno” – Pakar Dedah Ganti Nasi Dengan Salad Buah Tak Berkesan Untuk Diet

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Ini Dedah Cara Paling Tepat Untuk Makan Roti, Pisang, Epal & Kobis Bunga

Baca Artikel Berkaitan: Kerap Bersenam, Banyak Minum Air & 7 Lagi Tips Sihat Untuk Kurangkan Gula Dalam Darah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.