Sering Diamalkan Oleh Pelajar Cina, 4 Teknik Ini Bantu Anak Belajar Lebih Efektif
Salah satu teknik belajar yang boleh diamalkan adalah mencatatkan kesalahan yang dilakukan di dalam buku nota khas beserta dengan jawapan betul.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pendidikan merupakan salah satu perkara yang amat dititik beratkan sama ada di peringkat rendah, menengah mahupun tinggi.
Dalam menguji tahap kefahaman pelajar terhadap suatu topik, mereka selalunya perlu menduduki peperiksaan yang memerlukan banyak hafalan.
Untuk tujuan ini, terdapat pelbagai teknik yang boleh dipraktikkan bagi membantu pelajar mengingati sesuatu yang dipelajari dengan lebih mudah.
Baca Artikel Berkaitan: Sekolah Di Terengganu Mulakan Sesi Pembelajaran Dengan Bacaan Al-Quran & Terjemahan Setiap Hari
Baca Artikel Berkaitan: Nak Kuatkan Daya Ingatan Supaya Senang Belajar? Amalkan 5 Doa Ini
Baca Artikel Berkaitan: ‘Power Nap’, Makanan Seimbang & 5 Lagi Tips Belajar Buat Murid Ketika Ramadan
Bekas Guru Kongsi 4 Teknik Belajar Yang Biasa Dilakukan Oleh Pelajar Cina
Menerusi hantaran di Threads, seorang wanita telah berkongsi empat teknik yang dipraktikkan oleh pelajar Cina untuk membantu mereka mengingati dengan lebih mudah.
Dia yang merupakan seorang bekas guru berkata empat teknik ini adalah antara yang paling efektif dan praktikal untuk diikuti.
#1. Buku Nota Kesalahan
Dikenali sebagai 錯題本 (cuò tí běn), buku ini digunakan untuk merekod dan menganalisis kesalahan yang dilakukan dalam pembelajaran.
Teknik ini dapat membantu pelajar untuk mengubah kesalahan menjadi pelajaran buat mereka agar tidak lagi mengulangi kesilapan sama.
Cara-caranya:
- Pelajar perlu mencatatkan soalan atau konsep yang dijawab dengan salah sebelum ini.
- Tulis jawapan yang betul bersama-sama nota pendek mengapa kesalahan tersebut dilakukan.
- Kaji semula sekali setiap minggu.
Teknik ini sesuai bagi mata pelajaran yang bersifat teknikal seperti matematik, sains, pengaturcaraan dan lain-lain subjek penyelesaian masalah.

#2. Pomodoro & Deep Focus Method
Pomodoro merupakan kaedah menguruskan masa yang memecahkan tugasan kepada beberapa selang waktu.
Ketika tugasan dilakukan pada masa ditetapkan, pelajar akan memberi fokus yang sepenuhnya. Teknik ini membantu agar otak kekal cerdas dan mengelakkan burnout.
Cara-caranya:
- Belajar selama 25 minit dengan memberi fokus mendalam.
- Selepas itu, rehat selama 5 ke 10 minit.
- Ulang langkah ini sebanyak tiga kali sebelum rehat lebih lama (15 ke 30 minit).
Teknik ini sesuai digunakan apabila melakukan sesuatu yang memerlukan fokus lama seperti ulang kaji atau projek.

#3. Pembacaan Pagi & Latihan Malam
Salah satu lagi teknik yang banyak dipraktikkan juga di sekolah-sekolah di China adalah membaca pada waktu pagi kebiasaannya antara 6.30 pagi ke 7.30 pagi sebelum kelas bermula.
Ketika waktu ini, pelajar akan membaca dengan kuat untuk membantu mereka mengingati sesuatu.
Ulang kaji semula atau latih tubi pula dikatakan lebih sesuai dilakukan pada waktu malam.
Cara-caranya:
- Membaca nota di sebelah pagi atau menghafal sesuatu dengan menyebutnya secara kuat.
- Ulang kaji pada sebelah malam dan lakukan latihan tambahan.
Teknik pembelajaran ini sesuai dipraktikkan bagi mata pelajaran yang memerlukan banyak hafalan seperti subjek bahasa.

#4. Goal Ladder
Seperti namanya, teknik ini memecahkan matlamat besar kepada beberapa langkah yang lebih kecil.
Ini sekaligus dapat membantu pelajar agar tidak terasa tertekan dengan suatu perkara serta dapat mempraktikkan pembelajaran secara konsisten dan boleh diukur.
Cara-caranya:
- Lukiskan gambar tangga.
- Tuliskan matlamat utama (contohnya: mendapat markah 90% dalam peperiksaan) pada anak tangga teratas.
- Pecahkan matlamat itu kepada beberapa fokus mingguan atau harian dan tuliskan pada anak-anak tangga lain, bermula dengan tindakan paling kecil di bahagian terbawah.
- Ikut langkah yang ditetapkan dan sesuaikan masa semula jika anda ketinggalan.
- Tandakan jika anda berjaya melakukan satu tindakan yang disenaraikan.
Menerusi teknik ini, pelajar dapat menguruskan masa dengan lebih bijak serta mengelakkan daripada mempelajari semua benda pada saat akhir.

View on Threads
Ibu Ayah Perlu Pilih Kaedah Pendidikan Awal Yang Sesuai Dengan Anak
Ibu ayah pasti tahu bahawa pendidikan bukanlah bermula di bangku sekolah, sebaliknya seawal usia anak-anak.
Selain memperkenalkan teknik pembelajaran di atas kepada mereka, ibu ayah perlu lebih awal mengenal pasti minat mereka dan mendidik menerusi kaedah bersesuaian sejak kecil.
Sebagai contoh, terdapat pelbagai kaedah pendidikan awal kanak-kanak yang dipraktikkan di rata-rata tadika swasta, antaranya:
- Montessori – mengutamakan kanak-kanak untuk belajar membuat kerja rumah dengan sendiri.
- Reggio Emilia – pendekatan pembelajaran berasaskan projek.
- Waldorf – berasaskan alam semula jadi tanpa pengintegrasian teknologi.
- HighScope – mempunyai rutin tersendiri setiap hari dengan kanak-kanak boleh memilih apa yang ingin dilakukan berdasarkan topik.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi 4 Kaedah Pembelajaran Awal Kanak-Kanak Yang Ditawarkan Oleh Tadika Swasta
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Luah Pengalaman Buruk Hantar Anak Ke Tadika, Ibu Lain Kongsi Tadika Cina Lebih Bagus & Prihatin
Baca Artikel Berkaitan: Ini Tujuh Tips Latih Anak Menulis Dengan Baik, Ibu Ayah Take Note!



