fbpx
Now Reading
Sukar Elak Ketagihan Tengok Pornografi? UAI Kongsi Cara Atasinya [Video]

Sukar Elak Ketagihan Tengok Pornografi? UAI Kongsi Cara Atasinya [Video]

Tidak dinafikan, sebahagian remaja menganggap menonton pornografi sebagai hiburan biasa tanpa memikirkan kesannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Di zaman ini, bahan pornografi boleh diakses di hujung jari sahaja menyebabkan ramai terutamanya golongan remaja terdedah kepada kandungan tidak bermoral itu akibat rasa ingin tahu dan pengaruh rakan sebaya.

Sebahagian individu pula menganggap menonton pornografi sebagai hiburan biasa tanpa memikirkan kesannya. Lama-kelamaan, perbuatan ini boleh menimbulkan ketagihan dan mengganggu emosi serta pemikiran.

Lebih membimbangkan, pengaruh bahan lucah boleh merosakkan nilai moral dan maruah diri. Di dalam Islam pula, hukum menonton pornografi adalah haram.

UAI kongsi cara hinder ketagihan tengok pornografi

Susulan itu, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra disapa UAI tampil membahas isu berkenaan.

Menerusi hantaran video yang dikongsikan di saluran YouTube pendakwah itu, UAI turut berkongsi cara untuk menghindari ketagihan menonton kandungan lucah.

Beliau memperjelaskannya selepas diajukan soalan mengenai cara mengatasi masalah ketagihan pornografi semasa sesi soal jawab agama di sebuah masjid pada 29 Julai lalu.

Puasa sunat jika remaja bawah umur ingin atasi ketagihan pornografi

Menurut UAI, sekiranya remaja bawah umur yang mengalami ketagihan melihat bahan lucah atau individu yang tidak mempunyai kemampuan untuk berkahwin, maka cara untuk mengatasinya adalah dengan berpuasa sunat.

Jelasnya, sudah menjadi lumrah yang diciptakan oleh Allah SWT untuk orang lelaki bernafsu terhadap wanita dan wanita pula ‘berahi’ melihat lelaki.

“Kalau tak mampu lagi berkahwin, muda lagi umur baru 14 tahun, maka lazimkan berpuasa sunat. Insya-Allah niat puasa sunat untuk menjaga daripada maksiat, Allah akan beri bantuan kepada kita,” katanya.

Orang dewasa yang berkemampuan disarankan berkahwin

Sementara orang dewasa yang berkemampuan untuk berkahwin pula digalakkan untuk mendirikan rumah tangga agar dapat terhindar daripada melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

Hal ini kerana bernikah mempunyai banyak kebaikan seperti dapat mengelak diri daripada melakukan perbuatan zina serta memelihari kemaluan dan maruah diri.

“Bila berkahwin boleh tak tunaikan apa yang kita nak tadi? Boleh lah, kalau dah kahwin halal tengok (tubuh) isteri di rumah,” katanya lagi.

Menurut Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM), terdapat beberapa cara untuk mengatasi ketagihan pornografi:

  • Tetapkan tempoh masa dan kekerapan tontonan untuk anda berhenti daripada menonton video lucah sepenuhnya. Menurut artikel itu lagi, dengan menggunakan teknik ini boleh menjadikan peralihan berjalan dengan lebih lancar, kerana anda hanya perlu menangani cabaran kecil dan berasa selesa dalam mengubah rutin anda. Contohnya, anda boleh mulakan dengan mengurangkannya kepada sekali sehari kepada tiga hari sekali sehingga anda berjaya meninggalkan tabiat ini sepenuhnya dalam tempoh beberapa minggu
  • Mewujudkan had atau memotong akses kepada kebanyakan media pornografi mungkin akan membantu. Antara cara lain yang boleh anda lakukan adalah denganmenggunakan sambungan penyemak imbas atau program lain yang boleh menyekat akses ke tapak tertentu. Cara ini sesuai jika anda menonton pornografi melalui internet.
  • Mulakan tabiat atau hobi baharu untuk mengisi masa yang biasa anda habiskan menonton lucah. Jika anda membiarkan masa itu kosong, anda akan menjadi lebih sukar untuk menahan keinginan untuk menontonnya.

Baca Artikel Berkaitan: 75% Remaja Malaysia Tonton Video & Gambar Pornografi – Kajian UKM

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Perlu Terbuka Didik Anak Tentang Seks Demi Elak Masalah Ketagihan Pornografi – Pakar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.