Cuak Nak Hadir Interview Kerja? Wanita Kongsi Teknik STAR Untuk Bantu Calon
Teknik ini bukan sahaja sesuai untuk mereka dengan pengalaman bekerja, tetapi juga boleh dipraktikkan oleh fresh grad.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Menjalani sesi temu duga ketika proses permohonan kerja merupakan salah satu perkara yang membuatkan ramai gementar.
Namun kini calon boleh mendapatkan begitu banyak tips menghadiri sesi temu duga kerja yang telah dikongsi oleh ramai menerusi platform media sosial untuk membantu mereka meningkatkan keyakinan diri.
Apapun, jangan pula sampai minta mak teman dan duduk di sebelah semasa sesi temu duga ya.
Baca Artikel Berkaitan: “Mak Duduk Sebelah Masa Interview” – Majikan & HR Kongsi Kerenah Para Calon Kerja Ketika Sesi Temu Duga
Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Selepas Berjaya Dapat Tawaran Interview Di LinkedIn? Ikuti 6 Tips Ini
Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Saya Dapat RM90,000?” – Cara Calon Ini Jawab Soalan Semasa Interview Jadi Topik Perbualan
Wanita Kongsi Teknik STAR Untuk Jawab Soalan Interview Kerja
Baru-baru ini, Ketua Pegawai Kreatif (CCO) di platform kelas dalam talian AideaBig, Iman Clarke, telah berkongsi di TikTok (@aideabig) tentang satu teknik untuk menjawab soalan temu duga.
Dia yang juga merupakan seorang juruaudit di United Kingdom, menjawab satu soalan di ruangan komen yang bertanya tentang teknik berkesan ketika menjalani sesi temu duga kerja.
Iman berkata dia menggunakan teknik STAR yang merupakan akronim bagi ‘Situation, Task, Action, Result’, dan merupakan satu struktur untuk menjawab sebarang soalan temu duga.
Dia memberi contoh soalan yang sering dilontarkan kepada calon ketika sesi temu duga yakni, “Mengapa syarikat harus mengambil awak bekerja?”
Mungkin ramai yang biasanya menjawab dengan ayat yang umum seperti mereka merupakan individu yang teliti atau akan membawa nilai kepada syarikat.
Terangkan Apa Yang Telah Dilakukan Di Tempat Kerja Dahulu Beserta Dapatannya
Namun Iman memberi cadangan agar menjawab berdasarkan apa yang calon telah lakukan di tempat kerja yang lepas atau semasa.
Dia memecahkan cara menjawab soalan itu kepada empat, dengan contoh seperti berikut:
Situation – Terdapat satu mesin yang kerap mengalami kerosakan di tempat kerja calon dahulu.
Task – Bos meminta calon untuk menyelesaikan masalah itu dalam masa sebulan.
Action – Calon telah menghasilkan penjejak di Excel yang direka untuk mengenal pasti masalah sebelum mesin mengalami kerosakan.
Result – Dengan tindakan itu, corak masalah dapat dikenal pasti seterusnya menjimatkan kos penyelenggaraan syarikat sebanyak 20% dalam tempoh tiga minggu.
“Orang itu dia (penemuduga) boleh bayangkan apa yang anda lakukan di tempat kerja sebelum ini dan bagaimana anda akan dapat menyertai kumpulan mereka dalam kerja yang dimohon,” jelasnya secara ringkas.
@aideabig Replying to @Cheesecake ♬ original sound – aideabig
Tonton video penuh [DI SINI].
Teknik STAR Juga Boleh Digunakan Oleh Fresh Grad
Pasti ada yang tertanya-tanya, bagaimana pula dengan calon fresh grad yang tidak pernah memiliki pengalaman bekerja sebelum itu.
Di ruangan komen, seorang individu menerangkan bahawa teknik STAR juga boleh digunakan oleh fresh grad dengan menceritakan tentang projek atau kokurikulum yang disertai ketika di universiti serta tugasan semasa tempoh internship.
Dalam masa sama, seorang pengguna media sosial menjelaskan kaedah ini bukan hanya untuk temu duga kerja, tetapi juga berguna dalam mendraf kajian penilaian prestasi pekerja.
Ada juga yang menjelaskan bahawa teknik STAR turut digunakan bagi jurutera chartered.
Seorang individu juga mengambil peluang untuk memberi nasihat kepada calon agar menjawab soalan dengan cara yang menunjukkan mereka berminat untuk bekerja di sana.





Tips Hadiri Temuduga Kerja
Menghadiri temuduga kerja merupakan satu perkara yang mencemaskan, lebih-lebih lagi buat mereka yang kali pertama melalui pengalaman itu.
Bagi anda yang bakal menghadiri sesi temuduga kerja tidak lama lagi, berikut kami kongsikan tips yang boleh dipraktikkan:
- Cari maklumat di laman web syarikat.
- Layari media sosial syarikat.
- Fokus pada kata kunci pekerjaan yang dimohon.
- Senaraikan soalan yang boleh/mahu ditanya ketika ditemuduga.
Antara contoh soalan yang boleh ditanyakan adalah halangan terbesar yang pekerja mungkin berdepan ketika bekerja dan budaya bekerja di syarikat berkenaan.
Apapun anda diingatkan agar kekal tenang dan yakin. Anggap sahaja sesi temuduga itu sebagai ‘borak-borak’ dengan bakal majikan!
Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Berguna Untuk Anda Yang ‘Last Minute’ Nak Pergi Temuduga Kerja
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Jawapan Untuk ‘Tackle’ Majikan Ketika Temuduga Kerja
Baca Artikel Berkaitan: Warganet Kongsi Cara Nak Kenal Pasti Syarikat ‘Red Flag’ Atau Tak Ketika Mohon Kerja
