fbpx
Now Reading
Jangan Guna Ubat Gigi & Minyak Gamat! Doktor Kongsi Rawatan Awal Jika Anak Terkena Air Panas [Video]

Jangan Guna Ubat Gigi & Minyak Gamat! Doktor Kongsi Rawatan Awal Jika Anak Terkena Air Panas [Video]

Menerusi perkongsian doktor perubatan yang dikenali sebagai Dr Adli Hidayat, dia berkongsikan tips itu selepas merawat seorang bayi berusia lapan bulan yang melecur akibat terkena air panas milik neneknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tugas mendidik dan menjaga anak bukanlah satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi anak kecil.

Setiap hari, ada sahaja perkara baharu akan dilakukan oleh mereka yang kadangkala boleh mengundang bahaya hingga menyebabkan berlakunya kecederaan. Antara insiden yang paling biasa didengar adalah si kecil cedera akibat terkena air panas.

Pastinya situasi sebegini amat merisaukan apatah lagi ketika melihat anak mereka meraung kesakitan sehingga ibu bapa menjadi buntu dan panik serta tidak tahu untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.

Doktor Kongsi Rawatan Awal Jika Anak Terkena Air Panas Sebelum Bawa Ke Klinik

Buat ibu bapa atau penjaga, jika korang berhadapan dengan situasi anak terkena benda atau air panas, korang sebenarnya perlu mengambil langkah segera dengan memberi rawatan awal bagi mengelakkan daripada keadaan menjadi lebih teruk.

Menerusi perkongsian oleh seorang doktor perubatan di TikTok @dradlihidayat, dia berkongsikan tips itu selepas merawat seorang bayi berusia lapan bulan yang melecur akibat terkena air panas milik neneknya.

Kongsi doktor berkenaan, rawatan awal yang boleh diberikan oleh ibu bapa atau penjaga adalah dengan cara meletakkan anggota badan yang terkena air panas mengalir di bawah air paip sejuk selama yang boleh sekurang-kurangnya 20 minit.

“Apa nak buat kalau baby kena air panas atau melecur? First aid dia adalah terus letak dekat air sejuk yang mengalir,” kongsinya menerusi ruangan kapsyen.

Alirkan Air Sejuk Ke Anggota Badan Terkena Air Panas Dapat Kurangkan Kesan Melecur Jadi Lebih Teruk

Jelas Dr Adli lagi, tindakan warga emas yang berbuat demikian merupakan satu tindakan yang betul memandangkan ia dapat mengurangkan kesan melecur kepada cucunya.

“Point saya dekat sini adalah apa yang opah (nenek) tu buat. Walaupun opah dia panik, menjerit-jerit sampai ke saat dia jumpa saya dekat klinik tetapi opah dia buat benda yang betul.

“Opah dia terus angkat baby bawah air sejuk yang mengalir selama yang boleh. Itulah benda yang paling crucial (penting) kalau anak korang tercedera melecur, korang nak kurangkan dia punya kecederaan melecur tu.

“The first (langkah pertama) lepas kena air panas je, terus pergi air sejuk (alirkan) selama yang boleh,” kongsinya.

@dradlihidayat

Apa nak buat kalau baby kena air panas / melecur? First aid dia adalah terus letak dekat air sejuk yang mengalir. Harap membantu satu hari nanti. Saya doakan baby korang semua takkan melecur seumur hidup. Aminn #baby #melecur #kecemasan #ubat #panas

♬ original sound – Dr Adli Hidayat – Dr Adli Hidayat

Tonton video penuh [DI SINI]

Rawatan Awal Lain Jika Si Kecil Terkena Air Panas

Langkah sama iaitu dengan mengalirkan air selama 15 ke 20 minit turut dikongsikan oleh doktor perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.

Beliau turut berkongsi langkah segera lain yang boleh dilakukan ibu bapa atau penjaga jika ada anak kecil terkena air panas seperti:

  1. Jauhkan diri dan anak anda dari sumber bahaya seperti pemanas, air panas, dapur gas dan sebagainya.
  2. Tanggal semua barangan kemas, jam tangan dan pakaian dari kawasan yang terkena air panas.
  3. Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, jangan pecahkannya. Hanya tutup dengan kain bersih.
  4. Segera berjumpa doktor sekiranya kawasan lecuran besar daripada tapak tangan anak (tanpa jari) atau melibatkan muka serta kemaluan.

“Kawasan lecuran perlu dirawat dengan baik, untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman, parut, dan kecacatan pada kawasan terlibat.

“Oleh itu, jika anak atau asuhan terkena air panas, bawalah berjumpa doktor,” jelasnya lagi.

Kecederaan akibat terkena air panas adalah kecederaan yang sering berlaku pada kanak-kanak. Ibubapa dan pengasuh harus…

Posted by Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan on Monday 18 April 2022

Elakkan Sapu Bahan Di Rumah Pada Bahagian Yang Melecur

Bukan itu sahaja, Dr Kamarul Ariffin turut melarang orang ramai daripada menyapu bahan-bahan yang biasa disarankan orang-orang lama pada bahagian yang melecur.

Ini kerana ia boleh menyebabkan inflamasi menjadi lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan.

Bahan-bahan tersebut antaranya seperti:

  • Ubat gigi
  • Minyak gamat
  • Kicap
  • Tepung
  • Telur

Jika anda mengalami kelecuran, jangan letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan…

Posted by Kamarul Ariffin Nor Sadan on Thursday 17 February 2022

Jangan Lakukan Perkara Ini Jika Tidak Mahu Luka Lebih Teruk

Malah, menerusi perkongsian lain oleh Klinik PrimaMedik, individu juga dielakkan daripada membuat perkara ini bagi mengelakkan luka menjadi lebih teruk.

  • Jangan guna ais untuk merawat
  • Jangan gunakan bola kapas untuk menyapu ubat pada bahagian luka akibat melecur

Jika kulit terkena air panas itu tidak begitu teruk atau dalam keadaan luka terbakar yang ringan, anda masih boleh…

Posted by Klinik Primamedik Jengka on Tuesday 20 May 2025

Baca Artikel Berkaitan: Anak Sukar Tidur Malam? Ini Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Si Kecil Tidur Lebih Awal

Baca Artikel Berkaitan: Tips Untuk Ibu & Bapa Bila Anak Demam

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.