Dah Makan Banyak Tapi Badan Tetap Kurus? Ini Tips Tambah Berat Badan
Ramai fikir kalau nak naik berat, tidak perlu bersenam dan hanya fokus pada makan. Sebenarnya, senaman otot penting supaya berat naik dengan cara sihat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pernah tak rasa pelik makan nasi berpinggan-pinggan, kudap snek setiap masa, tapi berat badan langsung tak naik?
Situasi ni sebenarnya biasa dialami oleh mereka yang ada metabolisme badan terlalu tinggi. Bila metabolisme tinggi, makanan yang masuk cepat sangat ditukar jadi tenaga. Hasilnya, badan tak sempat nak simpan kalori berlebihan untuk dijadikan berat badan.
Tapi jangan risau. Ada cara sihat yang boleh diamalkan untuk bantu naik berat badan dengan lebih konsisten.
Jom kami kongsikan 6 cara naikkan berat badan yang anda boleh cuba :
#1 Tambah Lebih Kalori
Kalau nak naik berat, prinsip paling asas ialah makan lebih banyak kalori daripada apa yang badan bakar. Tapi jangan ambil jalan pintas dengan junk food ya. Sebaliknya, pilih makanan yang tinggi kalori tapi sihat seperti:
- Avokado
- Kacang & mentega kacang
- Telur
- Salmon atau ikan berlemak
- Susu penuh krim
Makanan ini kaya dengan nutrisi dan boleh membantu berat badan naik dengan lebih berkualiti, bukan sekadar tambah lemak.
#2 Lebihkan Karbohidrat
Karbohidrat adalah sumber tenaga utama badan. Bila ambil cukup karbo, tenaga berlebihan boleh disimpan sebagai glikogen atau lemak, yang akhirnya menyumbang pada kenaikan berat. Contoh karbo yang baik termasuk:
- Nasi putih atau nasi perang
- Pasta
- Roti gandum penuh
- Kentang dan ubi keledek
Cuba jadikan karbohidrat sebagai asas dalam setiap hidangan.
@nutritionistfatin Nak tambah berat badan boleh tambah 500 kalori daripada kalori harian yang diperlukan 👍🏻 #weightgain #tambahberat #tambahberatbadan #makanan #groceryshopping #sukusukuseparuh #fypシ #nutritionist #nutritiontips
♬ original sound – brookeworksout
#3 Makan Lebih Kerap
Kalau metabolisme laju, kalori yang dimakan cepat “hilang”. Jadi, makan tiga kali sehari mungkin tak cukup. Cuba makan 5–6 kali sehari dalam portion kecil.
Contoh jadual makan:
- Sarapan
- Snek pagi (sandwic/buah + yogurt)
- Makan tengah hari
- Snek petang (smoothie/protein bar)
- Makan malam
- Snek lewat malam (segenggam kacang/roti bakar dengan mentega kacang)
Cara ini dapat memastikan badan sentiasa ada tenaga, sekaligus membantu tambah berat.
#4 Pertimbangkan Suplemen
Tak semua orang mampu capai target kalori dengan makanan biasa. Kalau rasa susah nak cukupkan, suplemen boleh bantu:
- Protein shake → lengkapkan pengambilan protein untuk bina otot.
- Mass gainer → tinggi kalori, sesuai untuk mereka yang sukar makan banyak.
- Multivitamin → top-up vitamin penting yang mungkin kurang dari diet harian.
Tapi ingat, suplemen hanya sokongan. Makanan sebenar tetap perlu jadi sumber utama.
#5 Track Kalori Harian
Ramai yang sangka mereka makan banyak, tapi bila kira balik, rupanya masih tak cukup! Sebab tu penting untuk track kalori.
Gunakan aplikasi diet (contoh MyFitnessPal, FatSecret, Lifesum) untuk kira kalori setiap hari. Dari situ, boleh tahu berapa banyak lagi perlu ditambah. Proses ni bantu lebih konsisten dan jelas tentang progres naik berat.
#6 Senaman Fokus Otot
Ramai fikir kalau nak naik berat, tidak perlu bersenam. Sebenarnya, senaman otot penting supaya berat naik dengan cara sihat.
Latihan seperti angkat berat, “push-up”, “pull-up” atau “squat” boleh bantu otot berkembang. Bila otot membesar, berat badan pun naik tapi dalam bentuk yang lebih “fit” dan seimbang bukan sekadar lemak.
Bonusnya, otot juga buat metabolisme jadi lebih stabil, jadi berat lebih mudah dikekalkan.
Metabolisme laju memang mencabar bila nak naikkan berat badan, tapi bukan mustahil. Dengan makan cukup kalori, lebihkan karbohidrat, ambil suplemen bila perlu, dan senaman otot yang konsisten, awak boleh capai berat badan ideal dengan lebih sihat.
Yang penting, jangan terburu-buru. Naik berat secara sihat perlukan masa dan disiplin.



