Lelaki Ajar Cara Buat Perangkap Cicak, Sangat Mudah & Berkesan [Video]
Cara membuat perangkap cicak yang diajar oleh lelaki tersebut hanyalah menggunakan tiga bahan sahaja iaitu bekas kosong, minyak masak dan nasi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kebanyakan rumah di Malaysia pastinya mengalami masalah serangga-serangga dan haiwan kecil bukan? Salah satunya yang kerap ditemui ialah cicak.
Walaupun cicak dianggap tidak berbahaya berbanding lipas dan tikus, kehadirannya tetap menimbulkan rasa kurang selesa kepada penghuni rumah.
Tidak hanya itu, lebih ‘annoying’ lagi apabila cicak juga meninggalkan najisnya di merata tempat seperti di dinding, lantai atau perabot sekali gus mencemarkan kebersihan rumah.
Lelaki ajar cara buat perangkap cicak
Susulan itu, seorang lelaki telah tampil berkongsi trik mudah iaitu membuat perangkap cicak di rumah dengan hanya menggunakan beberapa barangan dan bahan sahaja.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya (Owin Dan Dy-wod), dia berkata cara terbabit sangat lah mudah dan berkesan.
“Trik yang paling mudah untuk mengurangkan cicak di dalam rumah, semoga bermanfaat,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Hanya guna bekas kosong, minyak masak dan nasi, begini caranya!
Menurutnya, ambil satu bekas kosong yang agak tinggi (bekas yang tidak lagi digunakan untuk simpan makanan) dan kemudian lumurkan sedikit minyak masak pada bahagian dinding dalam bekas itu.
Kongsi lelaki itu, masukkan pula nasi di dalam bekas terbabit, korang boleh letak begitu sahaja atau letak di dalam mangkuk kecil terlebih dahulu.
Katanya lagi, akhir sekali letakkan bekas terbabit di tempat yang didapati banyak cicak seperti di atas almari dapur dan biarkan semalaman.
Kelihatan di dalam video bahawa cara berkenaan sememangnya berkesan kerana terdapat beberapa ekor cicak yang terperangkap di dalam bekas terbabit.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang yang dah ‘annoying’ sangat dengan masalah cicak di rumah.
Nak lagi mudah faham, tonton video penuh di bawah:
Baca Artikel Berkaitan: “Aku Bangga Jadi Ore Kelate” – Tular Mat Saleh Putar Lagu ‘Cicak’ Di Denmark [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Dah Macam Cara Tapi Tak Berkesan? Cuba Tips Mudah Ini Untuk Halau Tikus Guna Bahan Semula Jadi
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Jadi Agen Hilang Kotoran, Ini Tips Cuci Baju Hanya Guna Bahan Di Dapur






