Wanita Kongsi Lima Tips Buat Peniaga Baharu Untuk Tingkatkan Jualan, Modal Kecil Bukan Penghalang!
Segelintir usahawan baharu bergelut mencapai sasaran jualan yang konsisten kerana kekurangan modal untuk melakukan aktiviti pemasaran.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kalau anda lihat, semakin ramai di kalangan masyarakat yang menceburi dunia perniagaan bagi mencari rezeki. Tidak kiralah dalam bidang apa, namun ramai berpendapat bahawa sesebuah bisnes adalah antara jalan terbaik bagi meningkatkan pendapatan seseorang.
Pun begitu, menjual produk atau servis bukanlah mudah seperti disangka. Terdapat pelbagai cabaran perlu dilalui sebelum anda berjaya. Sebagai contoh mudah adalah mengumpul modal yang diperlukan bagi memulakan bisnes.
Ramai yang tersilap dengan beranggapan bahawa modal itu diperlukan untuk menghasilkan produk sahaja. Walhal modal tambahan juga adalah penting bagi memastikan jenama kekal bersaing di pasaran.
Baca Artikel Berkaitan: Selalu Kena ‘Lowball’ Masa Jual Barang Online? Ini Tips Elak Daripada Rugi Masa & Harga
Baca Artikel Berkaitan: Nak Jual Barang Di Carousell? Ini 5 Tips Mudah Untuk Anda
Baca Artikel Berkaitan: 5 Tips Jana Pendapatan Dengan Belajar Teknik Copywriting Dengan Betul
5 Tips Dapatkan Jualan Konsisten Buat Usahawan Baharu
Baru-baru ini, seorang usahawan wanita dikenali sebagai Shera berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan buat jenama atau peniaga di luar sana yang baru memulakan perniagaan.
Untuk info, Shera merupakan pengasas (founder) jenama tudung Shera Lee yang memiliki 113,000 pengikut di laman Instagram dan 13,200 di TikTok.
Berikut adalah antara cadangan dan idea disarankan oleh Shera:
#1. Perlu Muat Naik Konten
Pada permulaannya, anda perlu memuat naik sebarang jenis konten tentang jenama atau produk dijual menerusi laman sosial seperti Instagram ataupun di TikTok. Kekurangan atau tiada views (tontonan) tidak sepatutnya dijadikan alasan.
Antara kesilapan sesetengah peniaga adalah mereka terlalu berkias dan tidak jelas tentang barangan yang dijual. Kebanyakan pembeli atau sasaran audiens (target audience) tidak menyukai perkara tersebut.
“Contoh kalau bundle: ‘(Muat naik konten) siapa yang suka barang vintage? Ada baju baru sampai. Wajib grab. Barang panas baru land dari Japan.’ Sampai orang tengok muka you, ingat la you ni jual bundle,” kata Shera.

#2. Muat Naik Testimoni Pembeli
Selepas sudah terbiasa memuat naik hantaran, langkah seterusnya adalah membina bukti sosial (social proof).
Untuk info, bukti sosial ini adalah kecenderungan pembeli untuk mencuba produk atau servis selepas sudah percaya dan melihat orang lain menggunakannya. Istilah yang selalu digunakan adalah testimoni.
Jelas Shera, setiap jualan perlulah dimuat naik di platform media sosial sebagai contoh Instagram Story.

“Biar la (story) beratur macam semut ke. Ni ‘makanan’ untuk bisnes baru, wajib buat. Baru orang tahu, ‘Eh hidup bisnes dia ni.’
“Orang nak beli bila rasa yakin. Jadi social proof ini akan membina keyakinan untuk pelanggan baharu membuat pembelian,” katanya.
#3. Buat Giveaway Kecil-kecilan
Seterusnya adalah melakukan giveaway (pemberian hadiah dan produk percuma) secara kecil-kecilan meskipun anda masih belum mempunyai pengikut (follower) di akaun media sosial atau pelanggan tetap.
Menurut Shera, tindakan tersebut adalah penting untuk menaikkan engagement (penglibatan atau interaksi) orang ramai dengan jenama anda.

“Buat je dulu. Kalau 10 orang sertai pun tak apa. Semua orang mula dari bawah. You nak nampak konten meriah dan sudah tentu nak bagi freebie dekat orang yang memang minat dengan barangan dijual,” ulasnya.
Individu-individu yang mendapat barangan percuma ini juga boleh dijadikan sebagai bukti sosial untuk dimuat naik.
#4. Buat Pembeli Rasa FOMO Dengan Promosi Terhad
Selepas engagement mula meningkat, itu adalah waktu yang tepat untuk anda melakukan promosi dengan waktu terhad. Dengan cara ini segelintir individu akan rasa FOMO (fear of missing out) bagi mendapatkan produk itu.
“Contoh, ‘Buy 1 Free 1’ tapi hanya untuk 100 orang pertama. Atau bersempena Merdeka ada promosi 48 jam, sekian-sekian… Bila masa promosi, akan ramai orang beli, pastikan ia juga dijadikan social proof. Ambil gambar parcel dan gambar feedback (maklum balas),” tambah Shera.
Contoh promosi:
#5. Mula Lakukan Sesi Live Di Media Sosial
Tips terakhir yang boleh anda lakukan adalah melakukan Live (siaran langsung) di media sosial selepas sudah rajin muat naik konten produk atau jenama.
Namun perlu diingatkan untuk melakukan Live sebaik anda mempunyai konten yang mencukupi bagi mengelakkan siaran langsung itu hambar dan sendu.

Kekurangan konten hanya akan membuatkan anda berasa letih dengan hasil jualan yang tidak memuaskan daripada sesi Live.
Hal ini terjadi apabila sasaran audiens masih belum kenal atau mempercayai jenama anda.
Kesimpulan:
- Apabila jualan menurun = Gunakan testimoni bertulis, bergambar atau video.
- Apabila jualan meningkat = Kumpul seberapa banyak testimoni untuk digunakan semula ketika jualan menurun.
View on Threads
Kesilapan Selalu Dilakukan Peniaga Baharu
Buat mereka yang sedang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, di sini ada beberapa kesilapan selalu dilakukan oleh peniaga di luar sana apabila memulakan bisnes.
Antaranya:
- Tidak membuat kajian pasaran produk atau servis yang disasarkan
- Tiada pelan perniagaan yang jelas hingga bisnes tidak terurus
- Kurang fokus kepada aspek penjenamaan
- Mengabaikan pemasaran digital yang semakin popular pada masa kini
- Usahawan tidak mengasingkan akaun kewangan peribadi dan perniagaan
- Terlalu cepat mahukan keuntungan
- Mengambil pekerja tanpa menilai kemampuan mereka
- Tidak mengendahkan maklum balas dari pelanggan
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Ajar Cara Nak Berniaga Dengan Shopee, Dapat 14k Retweets!
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Tips Jana Pendapatan 5 Angka Dengan Promosikan Produk Di Lazada
Baca Artikel Berkaitan: “Park Sehari Sebelum!” – Lelaki Ini Kongsi Tips Buka Car Boot Sale Di Kota Damansara