Dah Macam Cara Tapi Tak Berkesan? Cuba Tips Mudah Ini Untuk Halau Tikus Guna Bahan Semula Jadi
Selain kencing tikus, tikus juga boleh menjadi punca pelbagai penyakit lain yang boleh membawa maut antaranya seperti jangkitan Hantavirus dan Hawar (Plague).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Selain lipas dan cicak, antara haiwan perosak lain yang sering memeningkan kepala ramai orang khususnya suri rumah adalah tikus.
Walaupun sudah pelbagai cara dibuat namun haiwan ini kadangkala tetap berkunjung ke kediaman dan merosakkan harta benda.
Sudah pastilah kehadiran tikus ke rumah mendatangkan kerisauan apatah lagi ia boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti kencing tikus atau juga dikenali sebagai Leptospirosis.
Baca Artikel Berkaitan: Kencing Tikus Juga Boleh Berpunca Dari Tin Minuman
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Tempat Letak Makanan” – Lelaki Minta Pasar Raya Jaga Kebersihan Lepas Jumpa Bangkai Tikus Di Troli
Tikus Boleh Jadi Punca Pelbagai Penyakit
Memetik laman Hello Doktor, penyakit kencing tikus berpunca daripada bakteria Leptospira.
Ia biasanya dijumpai dalam tanah dan air yang telah dicemari dengan kencing haiwan namun tikus merupakan penyebab jangkitan yang paling tinggi.
Memetik satu hantaran di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM), selain Leptospirosis, tikus boleh menjadi punca pelbagai penyakit yang boleh membawa maut antaranya seperti:
- Salmonella – boleh menyebabkan gejala keracunan makanan yang berpunca daripada haiwan perosak.
- Jangkitan Hantavirus – jangkitan akibat virus Hanta yang datang daripada kencing atau najis tikus.
- Hawar (Plague) – Manusia yang digigit kutu yang sebelum ini pernah menghinggap haiwan seperti tikus.
Tikus 🐀 merupakan spesis haiwan mamalia yang tergolong dalam kumpulan yang dipanggil rodensia. Kawalan tikus boleh…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday 8 July 2024
Tanda Tikus Datang Ke Rumah
Tikus atau cencurut sememangnya mudah dikesan dalam rumah dek kerana baunya. Namun, ia pandai menyorok, pasti kehadirannya sukar diketahui.
Memetik laman Majlis Keselamatan Negara (MKN), antara tanda yang korang boleh perhatikan untuk mengesan kehadiran tikus adalah dengan cara:
- Terdapat najis tikus yang berbentuk seperti beras berwarna coklat gelap
- Kesan gigitan pada plastik makanan, perabot kayu dan wayar elektrik
- Kesan kotoran pada dinding sepanjang laluan haiwan perosak ini, yang berpunca akibat badan tikus yang kotor kerana bergesel dengan permukaan dinding
- Bunyi cakaran siling pada waktu malam dek kerana haiwan ini aktif pada waktu malam.
- Kesan tapak kaki kecil yang boleh didapati sekiranya korang taburkan tepung di sekeliling laluan yang disyaki.
- Lubang dalam tanah yang boleh menjadi sarang atau tempat persembunyian mereka.
Tips Mudah Nak Halau Tikus Daripada Kediaman
Dah cuba pelbagai cara namun masih belum berjaya halau haiwan perosak ini? Korang boleh cuba cara di bawah untuk menghalau tikus.
Mana tahu, mungkin menjadi. Cara tersebut adalah:
#1 Guna Daun Pandan
Letakkan beberapa daun pandan sebaiknya yang telah dipotong pada tempat atau laluan yang disyaki.
Memetik Hello Doktor, daun pandan terkenal dengan bau yang amat kuat dan menenangkan disebabkan mempunyai kandungan minyak pati yang rendah termasuk 2-acetyl-1-pyrroline yang memberikan aroma.
Namun bagi tikus, mereka tidak gemarkannya kerana bau daun ini amat kuat. Bukan sahaja dapat halau tikus tetapi korang juga boleh buat rumah berbau segar hanya dengan menggunakan bahan ini.

#2 Bau Seperti Limau & Lemon
Buat manusia, bau dari buah limau atau lemon sememangnya amat menyegarkan. Oleh itu, tidak hairanlah ramai yang memilih pewangi beraroma sebegini untuk menyegarkan rumah.
Namun tidak bagi haiwan perosak seperti tikus. Bau seperti sitrus atau masam yang terlalu kuat tidak digemari oleh mereka.
Korang boleh gunakan bahan ini dengan meletakkan kulit limau atau lemon pada tempat yang disyaki menjadi tumpuan si kecil ini.

#3 Daun Pudina
Daun pudina sememangnya terkenal dengan aroma segar yang amat kuat. Korang tahu tak daun pudina juga boleh digunakan untuk menghalau tikus?
Ini kerana bau mentolnya yang kuat lagi menyengat amat tidak disukai oleh haiwan ini.
Cara penggunaannya mudah sahaja, korang boleh gunakan minyak pudina yang bukan sahaja bagus untuk aromaterapi tetapi berfungsi untuk menghalau tikus dengan berkesan.
Titiskan minyak pudina pada bebola kapas dan letakkan sahaja di tempat atau laluan yang disyaki. Mudah sahajakan?

#4 Bawang Putih
Sama seperti bahan lain, bawang putih juga boleh menjadi antara bahan khusus buat korang yang terdesak mahu menghalau tikus.
Caranya adalah dengan meletakkan beberapa ulas bawang putih ataupun kisarkan ia sebelum mencampurkannya dengan air dan letakkanya di lokasi yang disyaki.
Namun, langkah ini hanya sesuai untuk tempoh jangka masa pendek. Ini kerana tikus boleh lali dengan bau tersebut.

#5 Cuka Makan & Serbuk Lada Hitam
Kebiasaannya, kedua bahan ini sering digunakan untuk memasak. Namun jangan tidak tahu, ia juga boleh digunakan untuk menghalau tikus dari rumah korang.
Korang hanya perlu titiskan cuka makan pada bekas kecil dan letakkannya pada laluan haiwan berkenaan.
Paling penting, cuka perlu sentiasa tambah bahan tersebut agar bau masih kekal kuat. Ini kerana bau cuka sememangnya boleh mengganggu deria bau mereka untuk mengesan makanan atau bahaya.
Kalau korang pun tak suka bau cuka, gantikan sahaja dengan serbuk lada hitam. Bahan ini juga mempunyai bau kuat yang sama fungsi seperti cuka.

[BONUS] Pasang Perangkap Tikus Atau Bela Kucing
Kalau korang rasa susah untuk gunakan bahan di atas namun pada masa sama tidak mahu menggunakan bahan kimia yang lain, cuba korang guna cara semula jadi seperti membeli perangkap tikus.
Terdapat pelbagai perangkap tikus yang ada di pasaran, korang hanya tinggal perlu pilih sahaja.
Penggunaannya juga amat mudah memandangkan korang hanya perlu mengumpan mereka dengan meletakkan sedikit makanan seperti buah-buahan atau bijirin.
Cara lain adalah dengan membela kucing. Ini kerana ada kucing yang sememangnya mudah tertarik lebih-lebih lagi kepada haiwan seperti tikus, cicak dan lipas.
Malah, si bulus juga boleh menghidu bau tikus dan mengenal pasti lokasi sarang yang tepat.
Buat penggemar kucing, inilah masanya untuk korang membela haiwan ini tetapi pastikan kucing korang jenis pandai tangkap haiwan.
Sebaiknya, elakkan dari mengguna racun tikus kerana tikus yang termakan racun mungkin akan mati ditempat yang tersorok sekaligus menyukarkan korang untuk mengesan dan mencuci bangkai tersebut.

Tak susahkan? Bahan yang disenaraikan pun mudah didapati dan sememangnya sering digunakan pada setiap hari.
Apa yang penting, korang perlu menjaga kebersihan rumah dan sentiasa membuat pemeriksaan.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 8 Cara Halau Tikus Dari Rumah, Pasti Menyesal Kalau Datang
Baca Artikel Berkaitan: Tangkap Tikus Pakai Tangan Je! Netizen Gelar Gadis Ini Wonder Woman [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Tempat Letak Makanan” – Lelaki Minta Pasar Raya Jaga Kebersihan Lepas Jumpa Bangkai Tikus Di Troli



