Ketahui Lapan Strategi Pemasaran Ini, Pilih Yang Sesuai Dengan Jenama Anda
Menurut pakar strategi jenama mewah, Yugeena S., gabungan beberapa strategi pemasaran berdasarkan kepada personaliti sesebuah jenama adalah kaedah yang lebih efektif.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Dalam memasarkan sesebuah jenama, terdapat banyak kaedah yang boleh dilakukan bagi memperkenalkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada orang ramai.
Pemilihan strategi yang bersesuaian penting agar jenama dapat mencapai khalayak sasaran mereka.
Terdapat pelbagai strategi pemasaran yang telah dipraktikkan, dengan masing-masingnya mempunyai kelebihan tersendiri.
Baca Artikel Berkaitan: [Video]”Macam Iklan 3D” – Iklan Lazada Dalam Pawagam Tampil Berbeza, Pelakon Muncul Dalam Panggung
Baca Artikel Berkaitan: 11 Syarikat Buat Iklan ‘Catchy’ Sempena Konsert Coldplay Live In KL. Kreatif Betul!
Ini 8 Strategi Pemasaran Yang Boleh Digunakan
Baru-baru ini seorang pakar strategi jenama mewah, Yugeena S., menerusi akaun LinkedIn berkongsi lapan strategi pemasaran yang berkesan.
Menurutnya, jenama atau syarikat yang bijak lebih gemar menggabungkan beberapa strategi berbeza bagi menghubungkan emosi, mencipta daya tarikan dan menggamit memori, di samping meningkatkan ROI.
Tambahnya lagi, gabungan beberapa strategi pemasaran berdasarkan kepada personaliti sesebuah jenama adalah kaedah yang lebih efektif.
#1. Pemasaran Gerila
Merupakan strategi pemasaran kegemaran Yugeena, kaedah ini tidak konvensional dan memakan bajet rendah.
Namun ia dapat memberi impak yang besar menerusi kaedahnya yang mengejutkan dan sering tular.
“Ia mengubah dunia sebenar menjadi sebuah saluran media,” jelasnya ringkas.
Menurut Investopedia, strategi pemasaran gerila kebiasaannya melibatkan kumpulan kecil yang menyebarkan berita tentang sesebuah produk menerusi interaksi langsung dan perkongsian di media sosial.
Sebagai contoh, pempengaruh yang dibayar bagi mencadangkan produk atau servis yang ditawarkan oleh jenama.
#2. Pemasaran Pengalaman (Experiental Marketing)
Menerusi strategi pemasaran pengalaman, orang ramai boleh mencuba dan merasai sendiri produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh satu jenama.
Perkara ini dapat membangkitkan hubungan emosi antara pengguna dan jenama, seterusnya akan lebih diingati oleh mereka.
Yugeena berkata orang ramai tidak mengingati iklan semata-mata, tetapi sesuatu yang dilalui oleh mereka yang akan menanamkan rasa setia.
Strategi pemasaran pengalaman seringkali dijalankan dengan bantuan teknologi bagi membantu syarikat untuk membawa pengalaman berjenama kepada orang ramai.

#3. Pemasaran Dalam Kehidupan Sebenar (IRL Marketing)
Strategi ini dilakukan secara fizikal dan di dunia sebenar, berbanding secara virtual atau menerusi media sosial.
Antara contoh kaedah pemasaran ini termasuklah pemasaran tradisional, acara dan promosi fizikal.
IRL Marketing memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan pengalaman secara langsung dengan suatu jenama.
“Dalam dunia digital yang tepu, keberadaan dalam kehidupan sebenar terasa segar, nyata dan peribadi,” kata wanita itu.
#4. Pemasaran Multi Sensori (Sensory Marketing)
Seperti namanya, strategi pemasaran ini memberi peluang kepada jenama untuk menyentuh lima deria manusia, yakni penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sentuhan.
Lebih-lebih lagi gabungan antara beberapa sensori menjadi pencetus yang membina ikatan emosi secara separa sedar.
Juga dikenali sebagai ‘neuromarketing’, salah satu contoh strategi ini ialah bau pastri dan kopi yang dihasilkan di cafe dan menjadi sebahagian daripada memori pengguna.
Ini juga termasuk bau wangian khas yang digunakan di kedai jenama mewah dan tidak boleh didapati di mana-mana.
#5. Pemasaran Gaya Iklan/ Sinematik (Ad-Style/ Cinematic Marketing)
Dihasilkan dalam bentuk video, strategi pemasaran ini dapat menyentuh emosi para penonton serta menjadi sebahagian daripada memori mereka.
Memandangkan video tersebut selalunya dimuat naik ke platform dalam talian, penonton dapat menontonnya berkali-kali untuk melihat produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Boleh dikatakan banyak jenama tempatan menggunakan gaya pemasaran ini seperti video khas yang dihasilkan sewaktu musim perayaan termasuk oleh Petronas, Julie’s dan Maxis.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Senarai Filem Pendek Raya 2025 Yang Anda Kena Tonton, Memang Syok!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Iklan Promosi Pak Mat Western Tampilkan Graduan Kacak Curi Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Jadi Rider Pulak..” – Lakonan KJ Dalam Iklan Promosi Pak Mat Western Bikin Ramai Kagum
#6. Pemasaran Nostalgia
Nostalgia merupakan rasa rindu terhadap perkara yang lalu. Berdasarkan artikel oleh BBC, ia mempunyai kuasa terhadap pengguna yang segera tertarik pada produk dengan bungkusan vintaj.
“Jenama menggunakan memori kerinduan untuk menimbulkan perasaan yang kuat dan hubung kait positif, seterusnya melakukan produk mereka,” jelas BBC.
Memetik satu kajian yang dijalankan pada 2014, penyelidik mendapati pengguna lebih gemar berbelanja dengan jenama yang membangkitkan rasa nostalgia.
Analisis industri berkata strategi ini selalunya dijalankan dalam kitaran yang panjang dan boleh mencecah 20 ke 30 tahun.
Contohnya terdapat banyak produk baharu yang dihasilkan menggunakan design zaman dahulu, seterusnya menjadi koleksi dalam kalangan dewasa sebagai salah satu cara menyembuh zaman kanak-kanak mereka.
“Strategi ini kebiasaannya melahirkan rasa kasih dan meraih perhatian merentas generasi,” kata Yugeena.

#7. Penempatan Produk (Product Placement)
Sering dilakukan dalam bentuk video termasuk filem, drama dan video pendek, strategi ini mempromosikan sesebuah jenama secara halus.
Penempatan produk dilakukan secara strategik dan tidak kelihatan kekok agar tidak mengganggu kisah yang disampaikan.
Sesetengah filem atau drama memaparkan produk atau servis dari jenama yang memberi tajaan kepada produksi terbabit.
Video di bawah menunjukkan penempatan produk telefon bimbit jenama Nokia dalam filem The Matrix.
#8. Media Cetak & Papan Iklan
Merupakan sebahagian daripada pemasaran di luar rumah (OOH), strategi ini menyasarkan orang ramai sewaktu mereka di luar.
Dijalankan secara fizikal, Yuveena berkata iklan OOH seolah-olah menjadi satu daya tarikan dalam dunia masa kini yang lebih berdigital.
Selain papan iklan, antara contoh lain strategi ini adalah seperti cetakan yang diletakkan di dalam tren LRT, iklan pada badan kereta atau bas, dan papan digital 3D.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dikira Dompet Tercicir, Iklan Jenama Piza Ini Buat Ramai Keliru



