fbpx
Now Reading
“Susun Strategi Sejak Darjah 5 Lagi” – Wanita Kongsi Rahsia Anak Lulus Permohonan Pertama Ke SBP & MRSM

“Susun Strategi Sejak Darjah 5 Lagi” – Wanita Kongsi Rahsia Anak Lulus Permohonan Pertama Ke SBP & MRSM

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook, wanita berkenaan mendedahkan anaknya berjaya mendapat pilihan pertama MRSM program International General Certificate of Secondary School (IGSCE) dan SBP berhampiran kediaman mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Jika ditanya kepada ibu bapa tentang perancangan pendidikan anak mereka, pasti ramai yang menyimpan hasrat untuk menghantar cahaya mata ke sekolah terbaik.

Antara yang sering menjadi pilihan ramai adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dek kerana reputasi cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah diri pelajar.

Namun, untuk masuk ke institusi pendidikan sebegini bukanlah mudah. Pelbagai proses tapisan dan ujian perlu ditempuhi sebelum melayakkan diri menyambung pengajian di situ.

Anak Berjaya Dapat Pilihan Pertama Sekolah Berasrama Penuh

Berbeza pula dengan seorang wanita ini apabila anaknya berjaya menempatkan diri ke sekolah berasrama penuh seawal usia 13 tahun.

Apa yang menjadi perhatian adalah cahaya matanya itu berjaya mendapat pilihan pertama dalam permohonan SBP dan MRSM yang dibuat olehnya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook Noorsakiah Nordin, wanita berkenaan mendedahkan anaknya berjaya mendapat pilihan pertama MRSM program International General Certificate of Secondary School (IGSCE) dan SBP berhampiran kediaman mereka.

Walaupun keliru dengan pilihan yang ada, anaknya itu menyerahkan kepada wanita berkenaan untuk membuat keputusan yang tepat.

Kongsi Tips Bagaimana Anak Dapat Pilihan Pertama, Tetap Sasaran Sejak Anak Tahun 5

Melalui perkongsian itu juga, Noorsakiah turut berkongsi tips buat ibu bapa yang mahu mendapatkan pilihan pertama dalam permohonan MRSM dan SBP.

Kongsinya, dia telah menetapkan sasaran dan berusaha keras sejak anak lelakinya itu berada pada tahun lima persekolahan.

Caranya adalah dengan menetapkan sasaran cemerlang dalam ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).

“Aim (sasar) cemerlang PBD, PAJSK & UASA sejak darjah 5 tau, bukan hanya darjah 6 baru nak pulun.

“Sebabnya ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) nanti perlu masukkan atau auto link result PBD, PAJSK & psikometri dari darjah 5.

“Dan untuk ini bersyukur sangat sebab kebetulan anak banyak pencapaian national dan international level dari darjah 5, especially dalam robotics.

“And plus, rasanya jawatan khas di sekolah pun turut sedikit sebanyak memainkan peranan,” kongsinya.

Masuk Group WhatsApp Untuk Latih Anak Dengan Soalan PKSK & UKKM

Selain itu, dia menyarankan agar ibu bapa menyertai kumpulan di media sosial atau WhatsApp yang banyak berkongsi tips atau latihan tentang ujian PKSK dan UKKM.

Langkah ini boleh melatih dan membiasakan anak dengan soalan dari ujian tersebut.

“Masuk kumpulan WhatsApp atau Telegram perkongsian soalan untuk ujian PKSK & UKKM, dekat situ ada banyak perkongsian soalan latih tubi (berbayar atau tidak) yang boleh latih anak train sebelum menduduki ujian sebenar PKSK dan UKKM.

“Yang ini boleh pulun fokus bila dah dekat-dekat nak exam PKSK & UKKM darjah 6 nanti, tak perlu awal sangat pun tak apa.

“Jika ada seminar menjawab UKKM& PKSK pun saya recommend untuk pergi ya. Anak dah pergi, memang best dan membantu,” tulisnya.

Turut Cadangkan Ujian Lain Seperti Permata Pintar

Malah, Noorsakiah turut mencadangkan ibu bapa untuk merebut apa sahaja peluang lain seperti mengambil ujian UKM 1 bagi kemasukan ke Program Permata Pintar.

“Nak tambah pilihan lagi, please sit exam UKM 1 untuk ke Permata Pintar juga. Mana tahu rezeki dapat ke UKM 2 dan if IQ anak high score >130 dapat ke Program Pengayaan Cuti Sekolah (PPCS).

“Usaha je ambil semua peluang yang ada, lepas tu baru buat pilihan,” tulisnya lagi.

Ibu Bapa Perlu Beri Sokongan Dengan Setiap Pilihan Anak

Pun begitu, dia berpendapat setiap ibu bapa perlu memberi sokongan walau apa sahaja keputusan yang dibuat oleh anak-anak mengenai pendidikan mereka.

“As long as mereka suka belajar dan nak belajar di mana-mana pun, kita parents perlu terus beri semangat yang tinggi.

“Moga anak-anak dapat sesuaikan diri walau di mana sahaja serta berjaya dan menjadi yang soleh solehah semuanya,” kongsinya lagi.

PBD, PAJSK, UASA, Ujian UKKM & PKSK. Pentingkah??🤷‍♀️ Ok post panjang sikit but there will be some tips below utk…

Posted by Noorsakiah Nordin on Saturday 1 February 2025

Baca Artikel Berkaitan: Ramadan 2025: Ini 7 Tips Untuk Murid Fokus Belajar Sepanjang Bulan Puasa

Baca Artikel Berkaitan: Huffaz Cemerlang SPM Dapat Keutamaan Tajaan Pengajian Luar Negara Di Bawah MARA – Asyraf Wajdi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.