Bukan Lelaki Je Yang Temper, Pendakwah Kongsi Tips Kenali Wanita Panas Baran [Video]
Melalui perkongsian itu juga, Ustazah Asmak Husin yang merupakan bekas Ahli Dewan Negara turut berkongsikan doa Nabi Daud untuk individu menghadapi pasangan panas baran.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sifat marah melampau atau panas baran sering kali dikaitkan dengan golongan lelaki.
Lihat sahajalah kebanyakan drama televisyen tempatan contohnya drama Dia Bukan Syurga yang memaparkan sikap lelaki panas baran memukul kaum Hawa.
Realitinya, bukan lelaki sahaja malah wanita juga tidak terkecuali memiliki sifat marah melampau sebegini.
Namun, susah hendak jangka sama ada perempuan itu mempunyai sikap panas baran dek kerana berselindung di sebalik kelembutan wajah dan tutur kata yang manis.
Pendakwah Beri Tips Kenali Perempuan Baran, Salah Satunya Lihat Pada Ego
Namun, pendakwah terkenal yang sering berkongsi topik tentang jodoh, wanita dan keluarga, Ustazah Asmak Husin ada berkongsi tips untuk mengenali wanita yang mempunyai sifat panas baran.
Beliau yang juga pernah menjadi ahli Dewan Negara pada tahun 2018 hingga 2021 berkongsikan perkara itu menerusi satu video di TikTok miliknya, @ustazahasmakhusin.
Kongsi pendakwah itu, salah satu cara untuk mengenali wanita sebegitu adalah dengan melihat pada egonya.
“Pertama, awak tengok ego dia. Orang yang baran ni, biasanya dia nak menang, dia je betul.
“Maknanya, dia meninggi diri dia. Kalau dengan lelaki itu tak nak kalahlah,” katanya.
Mulut Ringan Untuk Keluarkan Kata-Kata Tidak Elok
Ciri kedua yang dikongsikan pula adalah dengan melihat tutur kata yang keluar daripada mulut wanita berkenaan.
“Yang kedua, biasanya mulut dia ringan, asyik nak memaki, nak marah, tak tentu ‘kalu’ orang Kelantan kata.
“Kadang-kadang dia baling barang. Perempuan ini bila nak marah ataupun baran, dia baling barang dengan cepat tanpa terkawal.
“Siapa ada dua ciri ini baik berhati-hati,” katanya.
Turut Kongsi Doa Bagaimana Nak Hadapi Pasangan Panas Baran
Melalui perkongsian itu juga, beliau berkongsikan doa Nabi Daud untuk individu menghadapi pasangan panas baran.

Malah, beliau turut mendoakan agar orang ramai bebas dari golongan yang mempunyai sifat baran tidak terkawal.
@ustazahasmakhusin Replying to @Dam Perempuan pun ada baran tau. #ustazahasmakhusin #ustazahjodoh #kelascinta #kelasjodoh #perempuanbaran ♬ original sound – Ustazah Asmak Husin
Tonton video penuh [DI SINI]
Tips Kawal Diri Dari Rasa Marah Mengikut Pesanan Nabi Muhammad SAW
Tahukah anda, Nabi Muhammad SAW ada menitipkan beberapa pesanan buat individu dalam mengawal rasa marah.
Berdasarkan laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat empat cara yang boleh dilakukan iaitu:
1. Duduk jika sedang berdiri, berbaring jika sedang duduk
إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ وَإِلاَّ فَلْيَضْطَجِعْ
Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu marah sewaktu sedang berdiri, hendaklah dia duduk. Jika kemarahannya hilang, maka itu baik. Jika tidak, hendaklah dia berbaring.
Sunan Abi Daud (4782)
2. Mengambil wuduk
إِنَّ الْغَضَبَ مِنَ الشَّيْطَانِ وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنَ النَّارِ وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ
Maksudnya: Sesungguhnya kemarahan itu datang daripada syaitan, dan syaitan itu dicipta daripada apI, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka jika salah seorang daripada kalian berasa marah, hendaklah dia berwuduk.
Sunan Abi Daud (4784)
3. Mengelak daripada membuat sebarang keputusan besar
لاَ يَحْكُمْ أَحَدٌ بَيْنَ اثْنَيْنِ وَهُوَ غَضْبَانُ
Maksudnya: Tidak boleh seseorang itu menghakimi antara dua orang dalam keadaan marah.
Sahih Muslim (1717)
Mafhum hadis ini juga tidak seharusnya disempitkan kepada bab penghakiman seorang hakim sahaja, tapi seharusnya terpakai dalam keadaan-keadaan lain yang memerlukan penetapan keputusan yang kritikal, terutamanya jika melibatkan urusan orang ramai. Ambil sedikit masa untuk menenangkan diri sebelum mengambil sebarang keputusan.
4. Diam
إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ
Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu berasa marah, hendaklah dia diam.
Al-Adab al-Mufrad (245)
Berdiam diri sewaktu marah adalah lebih baik, kerana dalam keadaan marah, perkataan-perkataan yang diungkapkan berkemungkinan akan mengguris perasaan orang lain dan mungkin memberi ancaman kepada diri sendiri.
Baca Artikel Berkaitan: Peguam Syarie Kongsi ‘Red Flag’ Calon Isteri Dari Sudut Undang-undang Syariah Untuk Lelaki
Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 Ciri-ciri Suami ‘Red Flag’ Yang Kaum Wanita Perlu Tahu



