fbpx
Now Reading
Alami Keputihan? Doktor Nasihat Wanita Elak 3 Makanan Ini [Video]

Alami Keputihan? Doktor Nasihat Wanita Elak 3 Makanan Ini [Video]

Menurut Dr Patricia antibiotik juga boleh menjadi sebab berlakunya keputihan kerana ia membunuh kuman termasuk bakteria baik dan pesakit disarankan untuk mengambil probiotik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang bergelar wanita pasti akan mengalami haid, sindrom pramenstruasi (PMS) dan sebagainya. Ia merupakan satu perkara yang normal untuk badan mereka.

Malah ada juga satu ketika, para wanita mungkin akan mengalami discaj atau lendir yang keluar dari bahagian faraj seperti keputihan.

Meskipun ia sesuatu yang biasa, namun para wanita perlu cakna mengenai warnanya kerana ia juga mungkin petanda seseorang sedang mengalami jangkitan bakteria dan sebagainya.

Keputihan yang normal kebiasaannya berwarna putih atau jernih, tidak berbau kuat atau menyenangkan. Manakala keputihan yang tidak normal adalah sebaliknya seperti warna kuning hijau, kelabu dan mempunyai bau yang busuk selain kegatalan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Doktor Jelaskan Pantyliner Boleh Sebabkan Masalah Keputihan Bertambah Teruk

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Isu Kemiskinan Haid, Selangor Negeri Pertama Bakal Perkenal Tuala Wanita Percuma

Doktor nasihat tiga jenis makanan yang perlu dielakkan

Seorang pakar sakit puan, Dr Patricia telah menerangkan jenis makanan yang perlu dielakkan untuk mengurangkan masalah keputihan.

Menurutnya mana-mana individu yang mengalami masalah seperti jangkitan kulat atau ‘yeast infection’ untuk mengelakkan diri dari makan makanan bergula.

“Kedua kalau anda baru sahaja ada jangkitan selesema, batuk ke dan dah ambil 1 kos antibiotik. Anda mungkin berisiko untuk mendapat jangkitan kuman di faraj.

“Sebab antibiotik dia membunuh kuman di seluruh badan terutamanya kuman yang baik di faraj,” jelasnya.

Antibiotik boleh menyebabkan keputihan kerana membunuh bakteria

Oleh itu, sesiapa yang mengambil antibiotik untuk jangkitan lain digalakkan untuk mengambil probiotik.

Jelasnya probiotik boleh didapatkan dalam pelbagai jenis seperti serbuk, minuman kultur atau yogurt.

Berbau tidak semestinya jangkitan, ada juga disebabkan pemakanan

Manakala yang ketiga pula, Dr Patricia mengatakan sekiranya ada yang mengadu mengalami keputihan dan berbau ia tidak semestinya mempunyai jangkitan.

Namun ia juga boleh disebabkan diet atau pemakanan yang diambil orang seorang individu wanita tersebut.

“Kadang kala apa diet yang awak makan juga boleh menyebabkan bau itu transfer pada keputihan terutamanya kalau anda makan petai. Bila rasa pergi kencing itu, ada bau.

“Ia sama, kalau anda makan, makanan beraromatik seperti bawang, bawang putih atau benda-benda yang ada bau sikit.

“Kadang kala bau tersebut boleh berpindah kepada keputihan. Jadi kalau awak tak nak keputihan berbau sebegitu, elakkan dari makan makanan ini.”

@patriciasulyn

Siapa ada masalah keputihan? 😣 Ada makanan yang patut kita ELAK! Jom dengar tips penting dari Dr. Pat 🩺✨ Kita Kan Wanita, Kita Perlu Tahu~ #KitaKanWanitaKitaPerluTahu #DrPat #Keputihan #MakananElakKeputihan #KesihatanWanita #KPJTawakkalKL #KualaLumpur #Malaysia #Indonesia

♬ The Epic Adventure – SoundGrenade

Elak ambil alkohol, kopi serta karbohidrat kompleks

Memetik laporan The Asian Parent, terdapat beberapa lagi jenis makanan dan minuman yang boleh dielakkan oleh para wanita seperti:

  • Alkohol
  • Kopi
  • Karbohidrat kompleks
  • Makanan yang tinggi lemak.

Ini kerana alkohol akan mempengaruhi kesihatan organ wanita meskipun ia diambil dalam kuantiti yang sedikit. Malah ia juga boleh menyebabkan faraj menjadi gatal serta kering.

Manakala kopi yang diambil secara berterusan juga dipercayai boleh meningkatkan risiko infeksi pada bahagian vagina selain mempengaruhi baunya.

Bagi makanan tinggi lemak seperti bergoreng ia juga boleh mengakibatkan infeksi bakteria pada organ wanita. Ini kerana ia boleh membuatkan badan tidak mendapat zat gigi yang mencukupi seperti yang disarankan oleh doktor.

Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan atau masalah keputihan anda serius adalah baik jika membuat pemeriksaan doktor.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.