fbpx
Now Reading
Wanita Kongsi Lima Tips Buang Rasa Malas Setiap Kali Nak Tunaikan Solat [Video]

Wanita Kongsi Lima Tips Buang Rasa Malas Setiap Kali Nak Tunaikan Solat [Video]

Segelintir masyarakat bertindak meninggalkan solat fardu kerana terlalu leka atau mungkin menganggap ia satu bebanan selain kalah dengan hasutan syaitan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Menunaikan solat lima waktu sehari termasuk Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak merupakan rukun Islam ke-2 dan diwajibkan bagi mereka yang bergelar Islam.

Antara hikmah seseorang mengerjakan ibadah ini adalah untuk mentaati Tuhan Maha Pencipta dan membersihkan diri serta jiwa dari segala dosa.

Pun begitu bagi sesetengah individu, kadangkala mereka meninggalkan solat disebabkan faktor persekitaran yang tidak mendedahkan kepentingan ibadah berkenaan sehingga menyebabkan perbuatan sengaja tidak solat itu menjadi rutin.

Baca Artikel Berkaitan: Sujud Atas Telekung Ketika Solat Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Ustaz

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sah Atau Tidak? Ini Hukum Rasa Ragu-ragu Ketika Berniat Waktu Solat

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Selalu Rasa Liat Nak Bangun Solat Tahajud? Ini Tips Anda Boleh Cuba

5 Tips Buang Rasa Malas Untuk Mengerjakan Solat

Sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai Aisyah (@thisisasiyahtrying) di akaun TikTok milknya telah berkongsi beberapa tips berguna buat orang ramai yang sedang melatih diri untuk tidak meninggalkan solat lima kali sehari.

Buat mereka yang sedang bergelut bagi menunaikan ibadah ini, take note! Mana tahu ada di antara cara di bawah mampu membantu anda.

#1. Ambil Wuduk Setiap Kali Lepas Mandi

Kaedah yang pertama dicadangkan Aisyah adalah dengan mengambil wuduk setiap kali semasa atau selepas mandi.

Dengan cara mengekalkan kesucian wuduk tersebut, anda tidak lagi perlu keluar masuk tandas untuk mengambil air sembahyang.

Sumber: Freepik

“Jadi itu merupakan usaha kita untuk mengurangkan halangan kita dan tugas untuk menunaikan solat. Bila kita faham wuduk tu mudah terbatal, kita akan rasa nak cepat-cepat solat sebelum apa-apa terjadi,” katanya.

#2. Bentangkan Sejadah Di Tempat Solat Tanpa Lipatnya Semula

Cadangan agar anda tidak malas solat yang ke-2 adalah dengan meninggalkan sejadah terbentang di tempat anda solat pada setiap hari. Buat kaum Hawa pula, telekung yang disarungkan juga diletakkan di atas sejadah tersebut.

Menurut Aisyah, dengan hanya meninggalkan sejadah terbentang itu, anda tidak akan berasa leceh untuk mengambilnya dan meletakkan ia semula setiap kali mahu mengerjakan solat.

Sumber: Freepik

Untuk segelintir individu, perkara itu adalah sesuatu tugasan yang berat lebih-lebih lagi dengan hasutan syaitan yang akan menyesatkan manusia daripada melakukan kebaikan.

“Jangan simpan dalam almari, kabinet atau gantungnya. Letakkan sahaja di tempat sama tanpa melipatnya pada arah kiblat yang sama. Lagi sekali, ia merupakan usaha kita untuk mengurangkan halangan kita dan tugas untuk menunaikan solat.”

#3. Muat Turun Aplikasi Solat

Seterusnya adalah dengan memuat turun apa-apa jenis aplikasi solat yang anda gemari. Sesetengah aplikasi ini turut tersedia dengan kiblat solat yang dapat memudahkan anda sekiranya tidak tahu arah sembahyang di sesuatu tempat.

Bukan itu sahaja, ia juga memudahkan anda mengetahui waktu azan agar anda dapat terus solat tanpa melengahkannya.

“Saya perasan apps solat ni membantu ramai juga orang,” ujar Aisyah.

Sumber: GIT Hub
#4. Rancang Jadual Aktiviti Berdekatan Dengan Waktu Solat

Kalau anda sedar, antara cabaran orang ramai di luar sana untuk mengerjakan solat adalah apabila mereka mempunyai agenda atau aktiviti lain. Buat segelintir golongan wanita, mereka bertindak meninggalkan solat tersebut hanya kerana tidak mahu menghilangkan makeup yang sudah dipakai dari rumah.

Bagi mengatasi masalah tersebut, anda boleh merancang aktiviti anda sekitar waktu solat. Sebagai contoh, jika solat Zuhur adalah pada pukul 1.30PM, anda perlu menetapkan masa agenda jam 2PM dan ke atas.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Masjid Putra Putrajaya

Solat sebelum melakukan aktiviti itu akan mengurangkan rasa terbeban yang dirasai sesetengah pihak. Lama-kelamaan, anda akan terbiasa dengan rutin berkenaan selepas melatih diri sendiri.

#5. Amalkan Doa Agar Istiqamah Solat

Langkah yang terakhir adalah dengan mengamalkan doa dari surah Ibrahim ayat 40. Petikan al-Quran terbabit adalah untuk meminta Allah SWT agar menjadikan kita antara insan yang tidak pernah meninggalkan solat.

Sumber: Freepik

Selain itu, ayat tersebut bertujuan bagi meminta Tuhan Yang Maha Berkuasa menerima ibadah serta solat seseorang.

رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”

@thisisaisyahtrying #muslim #islam ♬ original sound – aisyah

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Sah Ke Solat Kalau Tutup Mata Hadap Kiblat? Ini Jawapannya

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Tips Kekal Istiqamah Solat 5 Waktu, Mulakan Dengan Fardu Subuh Dulu

Baca Artikel Berkaitan: Fikiran Sering ‘Melayang’ Waktu Solat? Ini Tips Untuk Lebih Khusyuk Saat Beribadah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.