Elak Jadi Mangsa Scam Dalam Talian! Ini Cara Semak Alamat Sebenar E-Mel Penghantar
Berdasarkan perkongsiannya, terdapat scam yang dijalankan dengan menghantar pautan phishing menerusi e-mel yang dipalsukan sebagai milik sebuah syarikat penstriman dalam talian terkenal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kes penipuan atau scam dalam talian telah banyak dilaporkan sehingga menyebabkan kerugian sehingga ribuan ringgit terhadap mangsa.
Menurut Laporan Tahunan Whoscall 2024, Malaysia catat jumlah peratusan tertinggi terima panggilan scam di Asia.
Antara taktik penipuan yang paling kerap dilaporkan oleh mangsa adalah menerusi penipuan perbankan, perjudian, dan pancingan data (phishing).
Baca Artikel Berkaitan: Whoscall 2025 – Panggilan Scam Berleluasa, Malaysia Negara Teratas Terjejas Di Rantau Asia
Baca Artikel Berkaitan: “Long Number Soli Aaa…” – Gelagat Siti Nurhaliza Jawab Call Scammer Cuit Hati Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Jodoh Aku Encik Scammer” – Ramai Terhibur Wanita ‘Bermanja’ Layan Panggilan Palsu
Wanita Terima E-Mel Kononnya Dari Syarikat Penstriman Minta Sahkan Pembayaran
Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita di Facebook, Lya Noor Asyikin, penipuan dalam talian juga turut dilakukan menerusi penghantaran pautan di e-mel.
Katanya dia menerima e-mel kononnya dihantar oleh sebuah syarikat laman penstriman dalam talian yang mengatakan bahawa akaun miliknya akan digantung sekiranya tidak disahkan.
Dia yang merupakan pengguna laman tersebut pada mulanya menganggap perkara itu benar.
“Memandangkan memang aku pengguna tegar, aku ingat benda ni legit. Cara dia hantar e-mel pun guna letterhead siap warna merah,” katanya.
Oleh kerana itu, dia telah mengisi segala maklumat yang diminta termasuklah nombor kad bank dan kod CVV. Dia turut mengesahkan satu transaksi.
RM4,000 Hampir Lesap Namun Tidak Berjaya Kerana Baki Dalam Akaun Tidak Mencukupi
Wanita itu kemudiannya terkejut apabila menerima notifikasi bahawa terdapat cubaan untuk menolak lebih RM4,000 dari dalam akaun banknya.
Transaksi tersebut bagaimanapun tidak berjaya memandangkan baki akaunnya tidak mencukupi.
Sejurus itu, dia segera cuba memindahkan duit di dalam akaunnya ke akaun suaminya tetapi tidak berjaya yang menyebabkan dia menghubungi pihak bank.
Pihak bank memaklumkan bahawa sememangnya terdapat cubaan penipuan yang tidak berjaya.
Abaikan & Sekat E-Mel Sedemikian Yang Diterima
Menerusi satu hantaran lain di Threads, seorang lelaki berkongsi bahawa dia juga pernah menerima e-mel sedemikian.
Dia memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menekan pada pautan atau mengisi sebarang butiran kad bank jika menerima e-mel tersebut.
Sebaliknya, abaikan sahaja dan lebih baik menyekat e-mel berkenaan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.
Dalam masa sama, dia berkongsi kaedah yang boleh digunakan bagi mengenal pasti sama ada e-mel tersebut betul-betul milik syarikat yang sah atau palsu.
Ini Cara Semak Alamat E-Mel Sebenar Penghantar
Kaedah yang dikongsikan olehnya adalah terpakai jika anda menyemak e-mel menerusi telefon pintar.
Pada e-mel berkenaan, tekan sahaja pada nama penghantar (Support dalam contoh di bawah) dan alamat e-mel sebenar akan dipaparkan.
Berdasarkan gambar dikongsi, alamat e-mel penghantar itu ialah supercrazy@wp.pl dan bukannya alamat benar syarikat tersebut.
Diingatkan bahawa paparan alamat e-mel terbabit mungkin sedikit berbeza berdasarkan model telefon dan sistem pengoperasian (OS).
Selain itu, dia berkata pengguna juga boleh terus menghubungi syarikat berkenaan bagi mendapatkan pengesahan berkaitan e-mel yang diterima.

View on Threads
Hubungi Talian 997 Dalam Tempoh 24 Jam Jika Anda Menjadi Mangsa Scam
Sekiranya anda telah menjadi mangsa scam, segera hubungi Talian Respon Scam Kebangsaan di talian 997
Untuk info, talian ini merupakan satu program di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Bank Negara Malaysia (BNM).
Seorang peguam yang dikenali sebagai Azri Abdullah sebelum ini berkata jika panggilan dilakukan dalam tempoh 24 jam setelah mengalami scam, pihak terbabit akan berusaha untuk mendapatkan balik wang yang hilang.
“Dan talian ni langsung (live) 24 jam, just call (hubungi saja) sebab selagi duit tu tak dikeluarkan daripada akaun mereka boleh trace (jejak) semula.
“Kalau dipindahkan pun boleh kesan dalam tempoh 24 jam. Sebab kalau dalam tempoh 24 jam (hubungi 997 selepas di scam) dia orang (pihak berkuasa) mampu lagi jejak atau kesan. Kalau dah lebih, susah. BNM akan bekukan duit itu,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Tahu Apa Nak Buat Bila Kena Scam? Ini Nombor Yang Boleh
Baca Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Wang Dipulangkan Semula Lepas Lakukan 20 Transaksi Bank Pada Scammer
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Dedah Bagaimana Scammer Berjaya Akses Data Peribadi Mangsa Dalam Telefon Bimbit