
Tips Mudah Hapuskan Lipas Dari Rumah & Kereta Hanya Dengan 3 Bahan Ini
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tipulah kalau anda cakap anda tidak jijik dengan kehadiran lipas baik didalam kenderaan mahupun di rumah.
Lebih menjelekkan jika kuantiti makhluk perosak ini semakin hari semakin bertambah dan semakin berani merayap kerana lipas antara serangga yang mampu membiak dengan cepat dan pantas.
Namun jangan risau, sebenarnya ada petua orang tua-tua kita untuk menghapuskan lipas yang wujud baik didalam kereta mahupun di rumah.
Menerusi perkongsian lama yang dilakukan seorang pengguna Twitter, Muhammad Ridhwan Abdul Rashid, petua yang dipelajari dari neneknya berjaya memerangkap sejumlah lipas yang terdapat didalam keretanya.
Malah menurutnya kaedah tersebut turut menjadi apabila dicuba di rumah seorang rakannya.

Untuk melakukannya mudah sahaja, anda hanya memerlukan tiga bahan yang sering kita gunakan di dapur iaitu :
#1 Minyak masak yg sudah digunakan
#2 Susu pekat manis
#3 Marjerin
Caranya juga adalah mudah, anda hanya perlu mencampurkan ketiga-tiga bahan diatas (sukatan adalah bebas) dan digaul sebati.
Kemudian biarkan sebatian tersebut semalaman di lokasi yang perlu, samaada di dalam kereta ataupun di kawasan gelap yang menjadi tempat persembunyian lipas dirumah (sebagai contoh dalam almari) dan tunggu hasilnya keesokan hari.

Hasil tangkapan dlm kereta mlm smlm, tinggal nk greng je ni, xpayah beli lauk dah😜😜
— Muhammad (@RidhwanRashid) December 18, 2017
Bahan2 perangkap lipas dlm kereta
1.minyak masak yg dh guna
2.susu pekat
3.majerin
Sukatan ikut suka je. Gaul sebati dlm bekas biar kan semalamn dlm kereta. Pagi2 esok blh nmpak dh hasilnya pic.twitter.com/21eR0dHwg7
Selamat mencuba!



