Cepat & Kemas, Lelaki Ini Ajar Cara Mudah Lipat Seluar Jeans
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kami yakin semua dari anda pasti pernah melipat pakaian, baik lelaki atau pun perempuan. Cuma yang membezakannya adalah cara anda melipat dan hasilnya.
Namun kebiasaannya, kaum lelaki jika diberikan tugasan ini hasilnya pasti mengecewakan berbanding kaum wanita yang sudah dididik dari kecil untuk melakukan kerja rumah dan faktor ‘passion’ dalam melakukan kerja sebegini.
Yang paling ketara sewaktu anda melipat seluar jeans, tidak kira berapa kali anda lakukannya, hasil lipatan setiap seluar tersebut pasti berbeza malah kerap terlihat halai balai, kusut dan langsung tidak kemas.
Jika anda seperti kami, jangan risau, ikuti video di bawah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, 0moemoe.
@0moemoe Folding skills on point 🙌🏽👌🏽 (Douyin: Ounuo6688)
♬ Work work work work work – Fifth Harmony
Hanya mengambil masa kurang dari 10 saat dan bergantung kepada kepakaran, teknik sebegini bukan sahaja mudah malah mampu memberikan hasil lipatan yang kemas, lebih nipis dan tersusun.
Susun tinggi-tinggi pun dah tak condong lepas ni haha.
P/s : Kami sendiri sudah mencubainya, memang kemas. Bini pun takkan marah lagi. Haha



