Apple has officially launched the iPhone Duo, its first foldable smartphone, featuring a 7.6-inch Super Retina XDR inner display, priced from RM9,499.
The iPhone Duo is powered by the new A20 Pro chip and is the thinnest iPhone ever, measuring just 5.2mm when unfolded.
Apple also launched the iPhone 18 Pro and iPhone 18 Pro Max, offering the most advanced Pro camera system, with prices starting from RM5,499 and RM5,999 respectively.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Apple secara rasmi memperkenalkan telefon pintar boleh lipat pertamanya, iPhone Duo yang hadir dengan reka bentuk tidak simetri.
Apabila dibuka, iPhone Duo menawarkan paparan dalaman Super Retina XDR berukuran 7.6-inci.
Skrin iPhone Duo 50% Lebih Besar Daripada iPhone Pro Max
Skrin dalamannya itu 50% lebih besar berbanding iPhone 18 Pro Max manakala 80% lebih besar daripada model Pro standard.
Berikut kami kongsikan harga rasmi iPhone Duo di Malaysia:
256GB: RM9,499
512GB: RM10,499
ITB: RM12,499
2TB: RM15,499
iPhone Duo ditawarkan dalam dua warna sahaja iaitu Star White dan Night Sky, lebih kepada warna-warna basic.
Foto: Warna Star White dan Night Sky bagi iPhone Duo
Untuk info, iPhone Duo menggunakan bingkai titanium gred aeroangkasa bagi mengekalkan kekuatan struktur peranti tersebut.
Model ini turut menggunakan kemasan nano-tekstur untuk mengurangkan pantulan dan keterlihatan garis lipatan (crease).
Reka bentuk iPhone tersebut sesuai buat mereka yang banyak menggunakan telefon pintar ini untuk menonton video, filem atau melakukan panggilan video dan panggilan biasa secara bebas tangan (hands free).
Paparan Luar iPhone Duo (Selepas Dilipat) Kira-kira 90% Keluasan Skrin iPhone 18 Pro
Apabila dilipat, pengguna boleh menggunakan paparan luaran bersaiz 5.4-inci yang menyediakan kira-kira 90% keluasan skrin iPhone 18 Pro.
Kedua-dua skrin (dalam dan luaran) turut menyokong ProMotion, Always On dan kecerahan puncak sehingga 3,000 nits.
Spesikasi Ringkas Kamera iPhone Duo
Spesifikasi kamera bagi iPhone Duo pula adalah seperti berikut:
Kamera Utama (Fusion Main): 48MP
Kamera Ultra Lebar (Ultra Wide): 48MP
Kamera Center Stage: Sensor 12MP
Untuk rakaman video pula, kamera utama menyokong 4K/120fps dengan Dolby Vision. Ia turut dilengkapi ciri Cinematic, selain sokongan Audio Mix dan rakaman Time-lapse 4K Dolby Vision HDR.
iPhone Duo Lebih Nipis Berbanding iPhone Air
Menurut Apple, iPhone Duo merupakan iPhone paling nipis yang akan dilancarkan di pasaran.
Apabila dibuka, peranti ini mempunyai ketebalan 5.2mm, menjadikannya 0.4mm lebih nipis berbanding iPhone Air yang berketebalan 5.6mm.
iPhone Duo Guna Cip A20 Pro, Lebih Canggih & Berkuasa
Dikuasakan oleh cip baharu A20 Pro, iPhone Duo dilengkapi sistem pengurusan haba canggih dengan ruang wap yang direka khas serta seni bina dwi-bateri, menawarkan prestasi hebat dan hayat bateri yang lebih panjang.
Tempahan awal (preorder) iPhone Duo di Malaysia akan bermula dari 8 malam, 16 Oktober, manakala jualan rasmi bermula 23 Oktober 2026.
Apple Turut Lancar iPhone 18 Pro & iPhone 18 Pro Max
Dalam masa sama, Apple turut melancarkan model iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max yang mana kedua-duanya menawarkan sistem kamera Pro paling canggih dalam sejarah iPhone, hayat bateri dan prestasi lebih baik.
Harga Rasmi iPhone 18 Pro & iPhone 18 Pro Max
iPhone 18 Pro:
256GB: RM5,499
512GB: RM6,499
ITB: RM8,499
2TB: RM11,499
iPhone 18 ProMax:
256GB: RM5,999
512GB: RM6,999
ITB: RM8,999
2TB: RM11,999
Kedua-dua model ini ditawarkan dengan empat variasi warna iaitu:
Burgundy
Glacier
Silver
Black
Tempahan awal (preorder) iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max di Malaysia akan mula dibuka 8 malam, 12 September manakala jualan rasmi bermula 18 September 2026.
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹