Now Reading
Kenapa Tak Bagus Cas Telefon Sampai Penuh 100%? Ini Sebabnya

Kenapa Tak Bagus Cas Telefon Sampai Penuh 100%? Ini Sebabnya

Antara situasi yang selalu berlaku adalah seseorang itu tertidur hingga menyebabkan telefonnya dicas semalaman dengan peratusan bateri dibiarkan mencecah 100%.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali bateri telefon bimbit semakin berkurangan, mesti anda akan mula cuak dan cari ‘kepala’ pengecas kan? Yelah, tak pasal-pasal pula bateri kong waktu urusan penting. Dalam situasi ini, ramai dalam kalangan kita yang akan menunggu telefon selesai cas hingga 100%.

Tetapi kalau anda nak tahu, charge sampai penuh keseluruhan kapasiti bateri ini sebenarnya boleh menyebabkan peranti canggih anda itu mudah rosak.

Cas Hingga 100% Hasilkan Voltan Tinggi Daripada Kebiasaannya

Seorang lelaki dikenali sebagai Syakir Zainol menerusi perkongsian di laman Facebook sebelum ini berkata bateri lithium-ion yang digunakan pada telefon pintar akan berada pada kadar voltan yang lebih tinggi daripada biasa (sekitar 4.2V per sel) sekiranya dicas sehingga 100%.

Voltan yang tinggi itu boleh memberi tekanan pada sel-sel bateri, dan seterusnya mempercepatkan proses degradasi serta mengurangkan kapasiti jangka panjang bateri berkenaan.

Setiap kali bateri dicas sepenuhnya dan kemudian habis digunakan, itu dianggap sebagai satu kitaran cas penuh. Bateri lithium-ion direka untuk mengekalkan kapasiti sekitar 80% selepas 300-500 kitaran. Jadi setiap kali kita cas sehingga 100% dan biarkan telefon pada tahap itu akan mempercepatkan penggunaan kitaran ini,

Ejen hartanah, Syakir Zainol.

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Phone Cepat Habis Bateri Semasa Travel Padahal Jarang Guna? Ini Penjelasannya

Haba Berlebihan Antara Keburukan Cas Telefon Hingga 100%

Tabiat mengecas bateri telefon hingga penuh ini juga boleh menyebabkan haba yang berlebihan terutamanya jika anda cas telefon sepanjang malam (overnight).

Apabila berlakunya haba berlebihan (overheating), ia mampu merosakkan komponen-komponen peranti lain, dan mengurangkan jangka hayatnya.

Jangan pelik kalau telefon anda sudah mula ‘hang’ dan rosak meskipun tidak sampai setahun menggunakannya.

Baca Artikel Berkaitan: Beli Tak Sampai Setahun Tapi Telefon Dah Rosak? Ini Puncanya Yang Ramai Tidak Tahu

Hadkan ‘Charge Limit’ Kepada 80%

Penting untuk setiap pengguna menjaga tahap kesihatan bateri (battery health), bagi memastikan telefon pintar dapat bertahan dalam jangka masa panjang.

Tips yang boleh dilakukan adalah dengan mengehadkan jumlah pengecasan telefon kepada kadar yang lebih sesuai dan selamat seperti 80% di bahagian ‘Charge Limit’. Bukan sahaja bagi pengguna Apple dan iPhone, malah kebanyakan peranti Android juga memiliki ciri ini.

Kebiasaannya, ia akan automatik ditetapkan pada 100% jika anda tidak mengubahnya.

Cas Telefon Semalaman Boleh Buatkan Bateri Kembung

Selain itu, jangan terbiasa mengecas telefon semalaman bagi mengelakkan bateri kembung dan meletup. Jika risau tertidur, pasangkan penggera jam (alarm) supaya anda peka bila waktu untuk berhenti mengecas telefon.

Bagi memastikan telefon tidak overheating pula, elakkan mengecas peranti di atas permukaan fabrik.

Memetik laman Honor, amalan mengecas berlebihan juga boleh membawa kepada “trickle charging”.

Ini yang menyebabkan telefon terus dicas sehingga menaikkan suhu persekitaran telefon. Jika berlanjutan, perkara ini boleh mengakibatkan kerosakan telefon pada jangka masa panjang dan memberikan impak pada jangka hayat bateri serta prestasi.

Baca Artikel Berkaitan: Foto Ini Tunjuk Betapa Bahaya Charge Telefon Bawah Bantal

Baca Artikel Berkaitan: Ini 3 Perkara Yang Boleh Terjadi Jika Kerap Cas Telefon Dalam Kereta [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.