fbpx
Now Reading
Kenapa Gambar Kamera Telefon Blur & Tak Sharp, Dah Lap Lens Tapi Masih Kabur? Ini Sebabnya

Kenapa Gambar Kamera Telefon Blur & Tak Sharp, Dah Lap Lens Tapi Masih Kabur? Ini Sebabnya

Sesetengah individu sampaikan mahu terus menukar telefon pintar baharu disebabkan masalah gambar yang diambil selalu kabur dan ‘pecah’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap individu mempunyai keinginan dan matlamat berbeza semasa membeli sebuah telefon pintar. Ada yang mengutamakan sistem keselamatannya, saiz peranti, kapasiti bateri dan juga kecanggihan kamera.

Yelah, sekarang kan ramai yang suka update OOTD dan rutin harian mereka di dalam media sosial, mestilah nak ada kamera yang berkualiti. Tetapi antara masalah yang sering dilalui adalah gambar yang ditangkap menggunakan kamera telefon itu kelihatan kabur meskipun tidak sampai tiga tahun menggunakannya.

Dah Lap Kamera Pakai Kain Tapi Gambar Masih Blur

Ramai juga yang sudah cuba membersihkan kanta mereka setiap kali mahu mengambil gambar. Katanya, minyak yang menyebabkan ia blur sehingga hasil gambar yang diambil tidak sharp. Buat mereka yang tidak tahu apa puncanya, di sini kami kongsikan puncata utamanya:

Punca Utama: Lapisan Oleophobic Sudah Haus

Sebenarnya keadaan ini berlaku apabila oleophobic iaitu lapisan nipis pada tempered glass dan kanta kamera sudah terhakis atau ‘haus’.

Sekiranya lapisan tersebut sudah tiada, menghilangkan minyak yang melekat pada kamera tidak akan berhasil. Sebaliknya, ia hanya akan meratakan minyak berkenaan.

Berbeza dengan kanta (lens) kamera baharu, jika jari anda terkena pada permukaan kamera, minyak daripada jari tidak akan melekat sepenuhnya.

Baca Artikel Berkaitan: “Jurugambar Gigil Ke?” – Tular Gambar Kahwin ‘Blur’ & ‘Bergoyang’ Buat Orang Ramai Terhibur

Antara penyebab lain yang menyumbang kepada gambar yang kabur adalah seperti:

#1 Kesan ‘Light Flare’

Oleh disebabkan terdapat minyak pada kanta kamera, cahaya lampu pada gambar akan kelihatan memanjang atau ‘pecah’.

Ia menyebabkan gambar tidak cantik selain foto kelihatan berkualiti rendah. Untuk mengurangkan kesan tersebut, elak menggunakan flash sekiranya tidak perlu.

#2 Habuk & Kesan Calar

Apabila lapisan oleophobic sudah haus, kanta kamera akan lebih sensitif dan menyebabkan ia senang calar jika terkena sesuatu objek. Calar tersebut yang akan membuatkan gambar-gambar anda kelihatan kabur.

Cubalah ambil foto dari angle macam mana pun, hasilnya masih sama.

Cara nak atasi masalah ini? Gunakan pelindung kamera (camera protector) berkualiti tinggi ataupun elak meletakkan telefon di tempat berdebu. Pastikan juga poket seluar yang selalu anda letakkan telefon sentiasa berada dalam keadaan bersih.

#3 Sisa Kimia (Peluh)

Tangan yang berpeluh dan berasid akan menyebabkan oleophobic menipis dan akhirnya menyebabkan gambar ‘pecah’.

Buat mereka yang mempunyai masalah tangan berpeluh, apa yang anda boleh lakukan adalah menggunakan antiperspirant khas yang dirumuskan khas untuk tangan.

Selain itu, siapa sangka mengelap kamera menggunakan hand sanitizer (cecair pembasmi kuman tangan) juga boleh menyebabkan lapisan oleophobic semakin hilang. Inilah silap yang selalu dilakukan termasuk penulis sendiri. Sekarang baru tahu. 🫣

Tukar Lens Kaca Kamera Jika Terlalu Banyak Kesan Calar

Dah buat semua cara tapi kualiti gambar masih sama? Kami cadangkan anda untuk menukar lens kaca kamera yang baharu. Menurut perkongsian TikTok (@abangfixbay), kosnya jauh lebih murah berbanding anda membeli model telefon pintar yang baharu.

Ataupun jika masih mahu menggunakan lens yang sama, lap kanta kamera dengan kain mikrofiber yang berkualiti. Cara ini sesuai untuk kamera yang tidak mempunyai terlalu banyak kesan calar.

Semoga perkongsian ini membantu! Tonton hantaran penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Buat Yang Belum Mahir, Lelaki Ini Ajar Fungsi Pro Mode Di Kamera Telefon

Baca Artikel Berkaitan: Rakaman Tak Cantik Sebab Ada Garis Hitam? Ini Cara Atasi Masalah Flicker Pada Video

Baca Artikel Berkaitan: Tak Jatuh Ke Lantai Pun Boleh Retak! Ini Punca Screen Protector Telefon Anda Boleh Crack

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.