Selalu Lepak Kafe Untuk Guna WiFi Percuma? Ini Risiko Yang Anda Perlu Tahu
Meskipun ramai dalam kalangan masyarakat yang melanggan pelan data bulanan tetapi masih ramai juga mengharapkan internet (WiFi) percuma yang disediakan di tempat awam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada zaman sekarang ini, internet bukan sahaja penting di rumah, malah kalau nak ke mana-mana pun banyak perkara yang memerlukan kemudahan tersebut.
Sebagai contoh, kebanyakan kedai makan sekarang sudah beralih kepada pembayaran digital (cashless). Oleh disebabkan itu, pelanggan harus membayar di kaunter menggunakan e-dompet yang mana memerlukan sambungan internet.
Memang betul ramai di kalangan rakyat Malaysia yang melanggan pelan data bulanan. Bagaimanapun, masih ramai yang tidak mempunyai data dan mengharapkan internet percuma yang disediakan di tempat awam.

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Dapat Diskaun Kaw-kaw, Ini Tips Guna E-Wallet Dengan Bijak
Baca Artikel Berkaitan: “Order Dulu” – Wanita Kecewa Restoran Minta Buat Pesanan Melalui QR Tapi Kedekut WiFi
Ini 5 Risiko Besar Jika Gunakan WiFi Awam
Memang tidak dapat dinafikan banyak premis seperti kafe, perpustakaan, hotel, universiti, masjid, lapangan terbang dan banyak lagi yang menawarkan WiFi percuma untuk memudahkan urusan para pengguna.

Pun begitu, penggunaan WiFi awam ini sebenarnya berisiko mendatangkan pelbagai jenis bahaya. Antaranya:
#1. Jangkitan Perisian Hasad (Malware)
Kalau anda nak tahu, penggodam boleh memasang malware seperti virus terus ke dalam hotspot WiFi awam yang kemudiannya akan merebak kepada peranti yang disambung.
Ia juga boleh tersebar melalui iklan atau pop-up berbahaya pada skrin yang akan memasang malware sebaik sahaja anda klik pada pautan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Laptop Boleh Digodam Dalam Masa 5 Saat Je Kalau Ditinggalkan Di Tempat Awam. Bahaya!
#2. Serangan Man-in-the-Middle (MITM)
Serangan Man-in-the-Middle (MITM) juga agak mudah dilakukan melalui WiFi percuma. Untuk info, MITM ialah penyerang yang memintas komunikasi antara dua pihak dan bertindak sebagai orang tengah.
Ini boleh menyebabkan penyerang memantau, mencuri atau atau mengubah suai data yang dihantar tanpa pengetahuan pihak yang terlibat.
Sebagai contoh, penggodam boleh melihat kesemua benda yang anda layari. Termasuklah sekiranya anda sedang membuat transaksi bank.
Dengan sekelip mata, pihak tidak bertanggungjawab ini boleh mengetahui kata laluan (password) akaun bank.

Baca Artikel Berkaitan: Scammer Guna Taktik Godam Telegram Ahli Keluarga Untuk Tipu Mangsa
#3. Hotspot Berbahaya
Jangan terkejut tetapi penggodam juga boleh mencipta hotspot mereka sendiri yang dikenali sebagai evil twin attack. Tujuannya adalah bagi memastikan hotspot palsu tersebut kelihatan seperti WiFi sah sesebuah premis.
Sebagai contoh, jika anda berada di lapangan terbang, nama WiFi adalah ‘Lapangan Terbang ABC’, namun penyerang itu mencipta WiFi dengan nama ‘Lapangan Terbang ABC1’.
Nama itu direka lebih kurang sama bagi memperdaya pengguna. Apa yang lebih memudahkan kerja penggodam ini adalah kebanyakan WiFi percuma tidak memerlukan kata laluan.
Oleh disebabkan itu, pengguna akan menyambung internet tanpa berfikir panjang terlebih dahulu.

#4. Mengintip & Memintas Data (Snooping & Sniffing)
Dalam masa sama, penyerang siber boleh mendapatkan data peribadi anda tanpa perlu mengakses peranti secara langsung.
Caranya adalah dengan memasuki rangkaian WiFi awam yang tidak selamat menggunakan perisian (software) khas.
Selepas itu, mereka akan mengintip dan mencari maklumat yang boleh digunakan untuk tujuan penipuan (scam) seperti butiran log masuk, maklumat kad kredit, info perbankan dalam talian, dan lain-lain yang boleh dimanfaatkan demi kepentingan sendiri.

#5. Rangkaian Tanpa Penyulitan (Unencrypted Networks)
Kebanyakan router sekarang sebenarnya ada fungsi keselamatan (encryption). Bagaimanapun, ia perlu diaktifkan sendiri kerana kebiasaannya tidak dibuka secara automatik.
Pun begitu, ramai yang tidak mengetahui perkara tersebut sehingga menyebabkan banyak WiFi awam tidak selamat sekaligus mudah terdedah kepada risiko berbahaya.
Dengan encryption, data pengguna akan ditukar kepada kod. Jadi dalam situasi ini, lebih susah untuk penggodam mencuri maklumat anda.

Langkah-langkah Untuk Elak Data Peribadi Bocor
Daripada perkongsian di atas, anda kini tahu bahawa WiFi percuma mempunyai risikonya tersendiri.
Walaupun tiada cara bagi menjamin perlindungan 100% ketika berurusan secara online, namun terdapat langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan risiko kebocoran data peribadi. Antaranya:
- Elak akses maklumat sensitif seperti akaun bank dan portal kerajaan ketika menggunakan internet percuma.
- Gunakan VPN (Rangkaian Persendirian Maya) untuk melindungi data.
- Kosongkan cache dan sejarah pelayaran (history) sebelum sambung ke WiFi awam.
- Log keluar daripada semua akaun sebelum akses kepada internet percuma.
- Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA) untuk keselamatan tambahan.
- Gunakan software antivirus untuk elak malware.
Baca Artikel Berkaitan: Scammer LHDN Tukar Taktik Guna Nombor Telefon Pejabat. Hati-hati!
Baca Artikel Berkaitan: Scammer ‘Upgrade’ Taktik Guna E-mel Untuk Isi e-Filing Pula. Hati-hati Semua!



