Tak Jatuh Ke Lantai Pun Boleh Retak! Ini Punca Screen Protector Telefon Anda Boleh Crack
Kadangkala baru pakai screen protector telefon tidak sampai sebulan, tetapi sudah perlu tukar yang baharu kerana pecah di bahagian bucu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Rata-rata setiap individu pasti akan memasang pelindung skrin (screen protector) pada telefon bimbitnya. Alasannya simple sahaja, untuk memberikan pelindungan tambahan kepada peranti yang selalu digunakan pada setiap hari.
Meskipun ramai akan menggunakan sarung telefon (casing), namun screen protector tetap memainkan peranan bagi mengelak bahagian paling sensitif iaitu paparan skrin daripada rosak.
Selain itu, screen protector juga mampu mengurangkan kesan retakan sekiranya terjatuh. Namun ada juga kes di mana pelindung skrin itu retak secara tiba-tiba walaupun ia tidak terhentak ataupun terhempas ke lantai.
Macam mana situasi ini boleh terjadi?

Baca Artikel Berkaitan: Bukan Sebab Jatuh Je! Ini Punca Smartphone Cepat Rosak Yang Ramai Terlepas Pandang
Suhu Pun Boleh Jadi Punca Screen Protector Anda Retak Seribu
Sebenarnya, selain hentakan pada lantai atau tanah, tekanan fizikal, penggunaan harian dan hentakan pada objek lain juga boleh menjadi punca retakan pada pelindung skrin telefon.
Malah retakan yang kecil juga boleh merebak menjadi besar hingga penuh satu permukaan skrin kerana faktor tersebut.
Berikut kami kongsikan punca lain screen protector pecah dan retak yang mungkin anda tidak perasan selama ini:
- Pemasangan yang tidak betul, seperti tekanan yang tidak sekata atau adanya gelembung udara yang tertinggal boleh menyebabkan pelindung skrin lebih mudah retak.
- Saiz pelindung skrin yang salah menyebabkan tekanan berlebihan pada bahagian bucu sekaligus menjadi punca keretakan halus.
- Jika anda menggunakan telefon jenis lipat yang kerap dibuka dan ditutup berulang kali, tekanan tersebut boleh menyebabkan retakan berlaku.
- Suhu yang terlalu panas atau sejuk mampu mengakibatkan pelindung skrin mengembang dan mengecut daripada saiz biasanya.
- Impak yang kuat dari perlanggaran menyebabkan pelindung skrin terutamanya di bahagian tepi mula retak.
- Calar halus disebabkan penggunaan harian menjadi punca mengapa skrin pelindung akan retak dalam jangka masa panjang. Sama seperti kasut, apabila ia digunakan selalu, tapaknya akan mula ‘haus’.
- Pengendalian tidak betul seperti tekanan terlalu kuat boleh menyebabkan retakan terutamanya pada jenis tempered glass. Sebagai contoh, anda tidak sengaja meletakkan objek berat di atas telefon dalam tempoh masa lama.
- Pelindung skrin berkualiti rendah dan murah kebiasaanya akan mudah retak berbanding yang berkualiti tinggi.

Berapa Lama Biasanya Screen Protector Boleh Bertahan?
Secara umumnya, skrin pelindung telefon boleh bertahan selama beberapa tahun sebelum ia retak dan rosak bergantung kepada ketahanan, cara pengendalian, jenis serta kualitinya.
Selain itu, kekerapan penggunaannya juga memainkan peranan. Kebiasaannya, pelindung skrin tempered glass yang berkualiti tinggi dan digunakan secara sederhana akan tahan lebih lama berbanding pelindung jenis plastik atau silikon.
Di sini kami kongsikan tempoh ketahanan pelindung skrin berdasarkan jenis bahan yang digunakan:
- Cecair: Sehingga 6 bulan
- Cermin: Sekitar 6 bulan
- Nano: Antara 6 bulan hingga 2 tahun
- Privacy: Antara 6 bulan hingga 2 tahun
- Tempered glass: Antara 6 bulan hingga 2 tahun
- Silikon: Antara 6 bulan hingga setahun

Boleh Ke Pakai 2 Screen Protector?
Memasang dua pelindung skrin dalam satu masa yang sama adalah tidak digalakkan kerana ia tidak akan memberi pelindungan berganda kepada peranti anda.
Sebaliknya hanya mengurangkan sensitiviti sentuhan serta tahap kejelasan paparan skrin. Malah ia juga meningkatkan risiko habuk dan gelembung terperangkap di antara dua lapisan skrin.
Bukan itu sahaja, anda juga mungkin berdepan dengan masalah menyarungkan casing telefon kerana ketebalan pelindung skrin.

Cepat-cepat Tukar Screen Protector Baru Walaupun Retakan Kecil!
Ramai juga di antara kita yang ‘sayang’ untuk menukar pelindung skrin baharu dengan alasan retakan hanya kecil dan sedikit ataupun tidak mempunyai masa.
Kalau anda nak tahu, retakan tersebut mampu menyebabkan kecederaan serius kepada individu. Bahkan ada satu kes pernah dilaporkan sebelum ini disebabkan perkara terbabit.
Pada tahun 2019, seorang lelaki berusia 23 tahun mengalami jangkitan kuman pada jari kanannya. Jarinya itu mula membengkak serta kehitaman akibat kerap bermain game di telefon pintarnya.

Sumber: Pexels
Lebih parah lagi, lelaki berkenaan tidak mengendahkan screen protector yang sudah empat bulan retak yang akhirnya menjadi punca dia terkena jangkitan kuman.
Oleh disebabkan itu, jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran dan jangan sesekali pandang remeh terhadap bahaya retakan pelindung skrin.

