Anak Ada Masalah Ketagih Telefon Pintar? Nintendo Switch Mungkin Penyelesaiannya [Video]
Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Salehah Rahim berkata Nintendo Switch bantu mengalihkan fokus si kecil daripada asyik bermain telefon pintar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Antara kebimbangan ibu bapa kini adalah pendedahan anak-anak kepada teknologi canggih yang semakin meluas. Memang tidak dinafikan peranti itu mempunyai banyak kebaikan dari segi pendidikan.
Namun jika penggunaannya tidak terkawal, ia mampu menyebabkan si kecil terleka dengan dunia digital. Sebagai contoh, sudah banyak kes di mana kanak-kanak obses dengan telefon pintar atau tablet sehingga tidak mahu makan atau tidur.
Ia sekaligus mampu meningkatkan kemerosotan dalam pembelajaran di sekolah. Jadi apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut?
Baca Artikel Berkaitan: Cikgu Jelaskan Kesan Telefon Pintar Pada Murid Walaupun Tak Dibawa Ke Sekolah
Baca Artikel Berkaitan: “Terdedah Konten Seksual” – Pakar Anggap Telefon Bukan Satu Keperluan Untuk Pelajar Sekolah
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Kerap Tonton Skrin? Perhatikan Tanda-Tanda Ini Untuk Kenal Pasti ‘Brain Rot’
Cara Atasi Masalah Anak Kecil Yang Leka Dengan Telefon Pintar
Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Salehah Rahim menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya ada berkongsi tentang kebaikan memiliki Nintendo Switch di rumah.
Jelasnya, permainan itu membantu mengalihkan fokus si kecil daripada asyik bermain telefon pintar. Permainan-permainan yang ditawarkan Nintendo Switch juga dikatakan dapat membantu anak untuk lebih aktif bergerak dan berfikir dalam satu masa yang sama.
Untuk info, Nintendo Switch ialah konsol permainan video hibrid yang dilancarkan pada 2017. Ia bukannya seperti konsol tradisional yang hanya boleh dimainkan pada televisyen sahaja, tetapi boleh berubah menjadi sebuah konsol mudah alih.

“Kalau ibu ayah pertimbangkan untuk elak anak-anak daripada main telefon, saya cadangkan beli Nintendo Switch. Kalau PS5, dia lebih kepada controller untuk orang dewasa. Kalau Nintendo Switch ni, dia punya Joy-Con (alat kawalan) pun comel, kecil-kecil,” katanya.
Bukan itu sahaja, kebanyakan permainan yang memerlukan lebih dari seorang pemain juga meningkatkan kemahiran bersosial dan menambah lagi keseronokan anak.
@salehahrahim Game Nintendo Switch bagus untuk kanak kanak #game #nintendo #parenting ♬ original sound – SalehahRahim
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Ibu Ayah Setuju Dengan Kebaikan Nintendo Switch
Malah ramai juga pengguna TikTok yang bersetuju dengan pandangan wanita tersebut. Ada yang berkata bahawa permainan Nintendo Switch membantu perkembangan otak anak untuk berfikir secara kritis bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
“Betul, permainan dia bersifat pendidikan dan bantu perkembangan otak untuk berfikir. Mula-mula saya tak setuju, tapi bila main dua player, permainan ni banyak buat kita menyelesaikan masalah. Kita dewasa memang tahu cara nak selesaikan tapi anak belum tahu,” kata seorang lelaki.
Dalam masa sama, ada juga yang berkata bahawa beberapa ciri atau aplikasi di dalam telefon pintar hanya melalaikan manakala Nintendo Switch mendedahkan si kecil kepada penceritaan dan pengembaraan.
“Alhamdulillah anak saya tak main telefon tapi main Nintendo Switch. Permainan kegemaran dia Mario Odyssey. Dia selalu panggil saya bila dia berjaya lawan dengan bos (dalam permainan).
“Bagi saya, ada beza besar antara game (digital) dengan telefon. Banyak benda di dalam telefon direka untuk mencetuskan ketagihan tapi permainan dekat Nintendo Switch pula lebih kepada penceritaan, pengembaraan dan eksplorasi,” kongsi seorang ibu.




Permainan Video Bantu Tingkatkan Tumpuan Si Kecil
Mungkin masih ada ibu bapa yang skeptikal dan bimbang untuk mendedahkan anak dengan Nintendo Switch kerana ia masih dikategorikan sebagai permainan digital atas talian.
Namun menurut Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Dr Nor Nazrina Mohamad Nazry, satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal American Psychologist sebelum ini mendapati bahawa permainan video boleh meningkatkan kemahiran ruang visual, menyelesaikan masalah dan daya tahan.
Kajian yang sama juga merumuskan bahawa anak-anak menunjukkan tumpuan dan ingatan lebih baik berbanding mereka yang tidak bermain.
Bagi mengelakkan masalah ketagihan berlaku, ibu bapa harus mengawal had jam masa dan jenis konten permainan yang boleh dilayari.

Ini Kebaikan-kebaikan Lain Nintendo Switch Untuk Kanak-kanak
Masih belum meyakinkan? Di sini kami kongsikan beberapa manfaat lain Nintendo Switch kepada perkembangan anak. Antaranya:
- Nintendo Switch menggalakkan bermain secara berkumpulan. Jika ada cukup alat kawalan, permainan seperti Mario Kart 8 Deluxe membolehkan sehingga 12 orang bermain serentak, sekaligus membuka ruang interaksi dan komunikasi.
- Kanak-kanak yang pendiam perlu bersuara supaya tidak terlepas giliran. Sesetengah permainan juga memerlukan perbincangan strategi penyelesaian masalah secara berkumpulan.
- Permainan lebih kompleks seperti Minecraft atau Splatoon 2 memaparkan teks yang perlu dibaca semasa bermain. Ia boleh meningkatkan kemahiran membaca si kecil.
- Permainan seperti Just Dance membolehkan anak-anak menari sambil bergerak, dan aktiviti itu juga membantu mereka melepaskan tenaga.
- 1-2 Switch membolehkan anak melakukan aktiviti mudah seperti memerah susu lembu atau main gitar bayangan menggunakan pengawal. Ini boleh membuatkan anak-anak lebih aktif meskipun dengan pergerakan kecil.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Ibu Ayah Dengan Anak Usia 1 Tahun
Baca Artikel Berkaitan: “Risiko Gangguan Mental” – Pakar Dedah Bahaya Anak Main Game Guna Gajet Tanpa Pantauan
Baca Artikel Berkaitan: CMCF Gesa Tingkatkan Keselamatan Game Digital Untuk Kanak-kanak
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹




