Now Reading
Rakaman Tak Cantik Sebab Ada Garis Hitam? Ini Cara Atasi Masalah Flicker Pada Video

Rakaman Tak Cantik Sebab Ada Garis Hitam? Ini Cara Atasi Masalah Flicker Pada Video

Masalah flickering pada rakaman video telefon pintar boleh diatasi dengan mengubah kadar frame per second (fps).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada masa kini, boleh dikatakan rata-rata telefon pintar moden pasti disertakan dengan teknologi kamera yang canggih.

Rakaman gambar atau video yang dihasilkan sudah tentunya kelihatan cantik, apatah lagi apabila menggunakan mod pro atau tetapan tertentu termasuk resolusi yang lebih tinggi.

Namun kadangkala ada masanya akan timbul garis-garis berwarna hitam yang bergerak pada rakaman video tersebut, biasanya apabila merakam kawasan dengan sumber cahaya tinggi.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Harga Telefon Canggih Makin Tak Masuk Akal

Baca Artikel Berkaitan: Bukan Sebab Jatuh Je! Ini Punca Smartphone Cepat Rosak Yang Ramai Terlepas Pandang

Rakaman Kelip-Kelip Buatkan Video Kurang Menarik

Dalam satu hantaran di Threads baru-baru ini, seorang wanita berkongsi bahawa rakaman video yang dibuat olehnya menggunakan peranti iPhone 17 Pro menjadi berkelip-kelip.

Menerusi video yang dimuat naik, dapat dilihat kelip-kelip itu bukanlah ada pada sepanjang video, tetapi berubah mengikut sudut rakaman.

Perkara ini semestinya mengganggu estetika video dan membuatkan rakaman tersebut kelihatan kurang menarik.

Dia ketika itu telah meminta bantuan orang ramai tentang cara untuk menghilangkan masalah tersebut.

View on Threads

Fenomena Flicker Disebabkan Kadar Shutter Speed Yang Laju

Menurut Samsung, ini adalah fenomena biasa yang berlaku apabila sumber cahaya yang dirakam menghasilkan frekuensi berkelip terhadap kamera.

Fenomena yang dikenali sebagai flicker ini boleh berlaku apabila shutter speed adalah lebih laju daripada 1/120s.

Kebiasaannya ia terjadi terhadap semua kamera dengan sensor CMOS, yang mengubah cahaya (photon) menjadi signal elektrik (elektron) untuk menghasilkan imej digital.

Berdasarkan carian kami, antara telefon pintar yang mempunyai sensor CMOS termasuk Xiaomi 15 Ultra, iPhone 17 Pro/ Pro Max dan Huawei Pura 80 Ultra.

Jika anda mengalami masalah ini, di sini kami kongsikan cara-cara untuk mengatasinya.

Aktifkan PAL Format Untuk Atasi Masalah Flicker

Di ruangan balas, seorang individu telah berkongsi semula tips yang dikongsikan oleh seorang juruvideo sebelum ini.

Menurut juruvideo yang dikenali sebagai Faiz Haziq, flicker dalam rakaman video iPhone boleh disingkirkan atau dikurangkan dengan mengaktifkan format Phase Alternating Line (PAL).

Format ini boleh diaktifkan di bahagian ‘Record Video’ pada tetapan kamera. Bagi peranti iPhone, format PAL menggunakan tetapan pada kadar 25fps.

Sumber: Threads @faizhaziq__

Wanita tersebut berkata masalah garisan pada video telah hilang setelah dia menggunakan kaedah yang dikongsikan itu.

Tetapan ini bukan hanya boleh menghilangkan garisan hitam, tetapi juga masalah lampu yang berkelip-kelip dalam rakaman video.

View on Threads

Cuba Kurangkan Kadar FPS Atau Shutter Speed Jika Tiada PAL Format

Pun begitu, harus diingatkan bahawa bukan semua telefon pintar mempunyai PAL format.

Sebaliknya, pengguna boleh cuba turunkan kadar fps sendiri atau mengurangkan shutter speed dalam mod pro bagi mengelakkan masalah flicker.

Sebagai info, fps merujuk kepada berapa banyak gambar pegun (frame) yang dapat ditangkap dalam sesaat video.

Semakin tinggi kadar fps, semakin banyak gambar pegun yang dirakamkan, sekali gus menghasilkan rakaman yang lebih terperinci.

Namun bagi rakaman biasa yang bertujuan untuk dimuat naik ke media sosial, cukup sekadar menggunakan 30fps dan tidak perlulah sehingga 60fps.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebabnya Bateri Phone Cepat ‘Kong’ Bila Travel Berbanding Ketika Di Rumah

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi Cara Tukar Bateri iPhone Original Di Apple Store, Harga Lebih Sedikit Dari Bateri OEM!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.