Kenapa Phone Cepat Habis Bateri Semasa Travel Padahal Jarang Guna? Ini Penjelasannya
Salah satu cara untuk menjimatkan penggunaan tenaga telefon pintar ketika dalam perjalanan adalah dengan menetapkan ia pada mod pesawat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bukan hanya digunakan untuk menghubungi individu lain semata-mata, telefon pintar atau smartphone juga dapat berfungsi sebagai penunjuk arah dan untuk memainkan muzik ketika kita melancong ke mana-mana.
Tapi anda perasan tak, bateri telefon pintar selalunya pasti cepat berkurangan ketika berada dalam perjalanan. Tak selalu guna pun, tapi lebih cepat habis berbanding bila duduk sahaja di rumah.
Kadangkala terpaksa biarkan caj pada kereta sepanjang perjalanan. Tapi sebenarnya kenapa perkara ini berlaku?
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi Cara Tukar Bateri iPhone Original Di Apple Store, Harga Lebih Sedikit Dari Bateri OEM!
‘Cellular Handover’ Buatkan Telefon Pintar Cepat Habis Bateri Ketika Dalam Perjalanan
Menerusi hantaran di Threads (@abe.had), seorang lelaki telah menjelaskan mengenai masalah yang membelenggu ramai pengguna telefon pintar ini.
Katanya, mungkin ramai yang menganggap perkara itu berlaku kerana terdapat aplikasi yang sedang beroperasi pada latar belakang (background) atau disebabkan oleh penggunaan aplikasi navigasi (GPS) seperti Google Maps dan Waze.
Namun dia berkata bateri telefon pintar yang cepat habis semasa dalam perjalanan tidak semestinya disebabkan oleh dua perkara itu.
Sebaliknya, ia berlaku disebabkan telefon menggunakan lebih banyak tenaga untuk mencari isyarat dari pencawang di sepanjang perjalanan, proses yang dikenali sebagai ‘cellular handover’.
“Bila korang duduk diam kat rumah, telefon cuma bersambung pada satu pencawang telco je. Jadi telefon rileks, jimat bateri,” katanya.
Telefon Hanya Berhenti Cari Isyarat Pencawang Apabila Tiba Di Destinasi
Mengulas lanjut, dia berkata telefon terpaksa kerap bertukar dari satu pencawang ke pencawang yang lain ketika dalam perjalanan.
“Bila korang bawa kereta pecut 140km/j atas highway, jarak korang dengan pencawang A akan makin jauh. Bila makin jauh isyarat dari pencawang A makin lemah,” jelasnya.
Keadaan ini akan menyebabkan telefon pintar ‘memerah’ lebih banyak tenaga untuk bersambung dengan pencawang baharu agar isyarat tidak terputus.
Katanya, perkara ini akan berulang berkali-kali sehinggalah seseorang tidak lagi bergerak setelah tiba di destinasinya dan telah bersambung secara stabil pada satu pencawang sahaja.
Aktifkan Airplane Mode Kalau Tak Guna Telefon Ketika Dalam Perjalanan
Jadi macam mana caranya untuk elak smartphone anda daripada cepat habis bateri ketika travel?
Salah satu perkara yang dicadangkan olehnya adalah dengan mengaktifkan mod pesawat (Airplane mode) pada telefon pintar apabila tidak menggunakannya.
Apabila mod ini diaktifkan, telefon tidak lagi menggunakan tenaganya bagi mencari isyarat dari pencawang berhampiran.
View on Threads
Matikan Fungsi-Fungsi Lain Pada Smartphone Jika Tak Guna
Selain semasa dalam perjalanan, telefon pintar juga menggunakan lebih banyak tenaga apabila berada di kawasan dengan isyarat yang lemah.
Menurut laman web perkhidmatan pembaikan telefon Fix Bay, apabila isyarat rangkaian sama ada Wi-Fi atau data selular lemah, telefon akan bekerja lebih keras untuk mencari dan mengekalkan sambungan.
Malah, mengaktifkan Bluetooth, GPS, NFC, atau hotspot secara berterusan walaupun tidak digunakan juga boleh menyebabkan telefon pintar cepat kehabisan bateri. Oleh itu, jika tidak digunakan, lebih baik matikan sahaja fungsi-fungsi ini.
Dalam masa sama, matikan juga fungsi WiFi apabila keluar rumah atau tidak berada di pejabat agar telefon tidak terus mencari isyarat WiFi, sekali gus dapat menjimatkan penggunaan tenaganya.
Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Bateri iPhone Akan Cepat Rosak Jika Mengecas iPhone Secara Berlebihan?
Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Harga Telefon Canggih Makin Tak Masuk Akal