Choco More, Bola More oleh Julie’s Melabuhkan Tirai, Semai Semangat Kesukanan Antara Pelajar Sekolah
Untuk info, lokasi perlawanan telah berlangsung di Kopa Arena, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang bermula pada jam 9 pagi sehingga 7 malam, 8 Ogos lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan, perlawanan bola sepak kebiasaannya dimulakan dengan semangat yang teguh dan diikuti pula dengan pelbagai aksi dan emosi sepanjang perlawanan berlangsung. Mana tidaknya, waktu itulah penonton ingin menyaksikan gandingan sengit setiap pasukan di atas padang.
Ada yang terlebih excited, menjerit hingga hilang suara, berdiri sepanjang masa, dan sebagainya. Memang adrenaline rush, tapi puas!
Kejohanan Julie’s Choco More, Bola More 2025 Berakhir Dengan Kemenangan Besar

Kejohanan Julie’s Choco More, Bola More 2025 yang melabuhkan tirai pada 8 Ogos (Jumaat) lalu menyaksikan SMK Datuk Haji Abdul Kadir diangkat sebagai johan!

Kejohanan itu telah menyaksikan 16 pasukan bola sepak bawah 16 tahun (U16) berentap untuk merebut gelaran juara. Untuk info, perlawanan telah diadakan bermula 24 Julai untuk ⅛ akhir, 7 Ogos untuk suku akhir, dan diikuti dengan separuh akhir dan perlawanan akhir antara SMK Datuk Haji Abdul Kadir dan SMK Guar Perahu pada 8 Ogos 2025.



Majlis pembukaan Kejohanan Piala Julie’s : Choco More, Bola More telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid JPN Pulau Pinang Mohamad Said Ibrahim; Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid JPN Pulau Pinang, Chen Thean Hock; Pengarah Julie’s, Sai Tzy Horng dan Ken Joe Tai yang mewakili BuzzKini/Third Wave Media.
Produk Choco More Sandwic oleh Julie’s Jadi Karakter Utama
Kempen ini telah berlangsung sejak 26 Jun lalu di mana pihak Julie’s telah memuat naik hantaran di media sosial untuk ‘tease’ orang ramai tentang produk Choco More Sandwic ini.

Julie’s sebagai pihak penganjur Kejohanan Piala Julie’s : Choco More, Bola More ini telahpun menjadikan produk Choco More Sandwic sebagai karakter utama bertujuan menyokong stamina serta membantu memberikan tenaga berterusan kepada pemain yang bakal berentap pada hari tersebut.
Produk ini hadir dengan dua jenis pembungkusan iaitu 352 gram dan 132 gram. Menariknya biskut ini, ia hadir dengan kombinasi dua (2) jenis coklat diperbuat daripada serbuk koko halus dan tekstur menyenangkan.
Nak makan bila-bila pun senang, letak je dalam beg dan capai bila mulut rasa nak mengunyah!
Pihak Penganjur, Julie’s Turut Turun Padang
Pada hari berkenaan, pihak Julie’s sendiri telah berada di lokasi sejak pagi sehingga ke pengakhiran kejohanan Choco More, Bola More ini.
Bukan itu sahaja, pihak Pemasaran Julie’s juga telah membuka booth pameran untuk produk yang ingin diketengahkan iaitu Choco More Sandwic untuk dijual kepada orang ramai.

Malah, ada juga sample biskut diberikan untuk dirasai sendiri sebelum dibeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada yang ada di pasaran. Memang ramai sungguh yang borong pada hari tersebut! Inilah masanya untuk ‘stock-up’ biskut Julie’s di rumah.
Oh! Lebih menarik, di sekitar pekarangan stadium pula terdapat beberapa spot yang didekorasi oleh pihak Julie’s untuk sesiapa yang ingin bergambar. Memang lawa sangat! Dengan warna kuning menyerlah, nampak lebih cantik di dalam gambar. #Instaworthy.

Untuk info, lokasi perlawanan telah berlangsung di Padang Turf Kopa Arena, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang bermula pada jam 9 pagi sehingga 7 malam, 8 Ogos lalu.
Cuaca pada hari berkenaan juga begitu menenangkan dan tidak terlampau panas. Angin pula hadir sepoi-sepoi bahasa.
Disebabkan perlawanan ini berlangsung pada hari Jumaat— para pemain telah memulakan perlawanan Play Off ketiga dan keempat pada jam 3:30pm usai Solat Jumaat.
Perlawanan akhir pula dimulakan pada jam 5pm sehingga 6:30pm, diikuti dengan pengumuman pemenang yang dinanti-nantikan oleh penonton.
Apa yang boleh dikatakan adalah Piala Julie’s Choco More, Bola More ini telah berjaya membina semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan golongan muda. Syabas untuk kesemua barisan pasukan yang terlibat!
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Julie’s ataupun Instagram Rasmi Julie’s.
Siti Murni is a Sponsored Content Writer for BuzzKini. Well, hello to you too! :)