BIG CARING Group Perkukuh Operasi Dengan Pusat Pengedaran Berpacukan Automasi & Hab Korporat Berpusat
Sebagai kumpulan farmasi runcit dan penjagaan kesihatan terbesar di Malaysia, BIG CARING Group mengendalikan lebih 600 cawangan farmasi runcit di seluruh negara menerusi jenama-jenamanya – BIG, CARiNG, Georgetown, Ting dan Wellings.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (10 April) BIG CARING Group telah memperkenalkan Pusat Pengedaran baharunya di Klang bersama ibu pejabat korporat berpusat, menandakan satu langkah penting dalam usaha Kumpulan memperkukuh model operasinya serta keupayaan rantaian bekalan melalui inovasi.
Sebagai kumpulan farmasi runcit dan penjagaan kesihatan terbesar di Malaysia, BIG CARING Group mengendalikan lebih 600 cawangan farmasi runcit di seluruh negara menerusi jenama-jenamanya – BIG, CARiNG, Georgetown, Ting dan Wellings.
Pada masa yang sama, BIG CARING Group turut berhubung dengan lebih 5,000 titik sentuh rakan penjagaan kesihatan yang merangkumi hospital, klinik dan pusat fisioterapi. Seiring dengan pertumbuhan rangkaiannya, Kumpulan kini menguruskan secara purata lebih 90,000 barisan pesanan setiap hari di Pusat Pengedarannya.
Lim Sin Yin, Pengarah Eksekutif BIG CARING Group, berkongsi bahawa pembangunan Pusat Pengedaran berpacukan automasi ini didorong oleh pengajaran daripada tempoh pandemik Covid-19, di mana corak permintaan yang tidak menentu serta tekanan ke atas rantaian bekalan telah menonjolkan keterbatasan model operasi tradisional dan bahawa kecekapan semata-mata tidaklagi mencukupi.

“Di BIG CARING Group, kami percaya bahawa pengukuhan operasi dan rantaian bekalan adalah sama penting dengan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan itu sendiri. Ia bermula dengan cara kami merancang permintaan, menjangka keperluan dan mengatur bekalan dengan lebih strategik.
“Pusat Pengedaran ini berperanan sebagai enjin berprestasi tinggi yang menghubungkan perancangan dengan pelaksanaan, membolehkan kami mengurus operasi dengan kawalan dan struktur yang lebih baik.
“Hari ini, kami beroperasi dalam satu ekosistem yang lebih saling terhubung, dengan tahap keterlihatan, keanjalan dan keupayaan pintar yang lebih tinggi. AI menyokong perancangan, automasi membolehkan pelaksanaan dan manusia kekal sebagai teras dalam proses membuat keputusan. Pada skala ini, kecekapan bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keupayaan dan tanggungjawab yang harus kami laksanakan setiap hari.”
Pusat Pengedaran baharu ini direka sebagai sebuah fasiliti bersepadu berasaskan automasi yang menggabungkan robotik, sistem kawalan gudang dan platform pengurusan inventori dalam satu ekosistem yang terselaras. Lokasinya yang berhampiran dengan Pelabuhan Klang turut memperkukuh kecekapan rantaian bekalan masuk serta menyokong pengedaran yang lebih boleh andal di seluruh negara.

Di peringkat huluan (upstream), Kumpulan telah memperkukuh keupayaan perancangan permintaannya melalui sistem pengisian semula pintar yang dipacu AI. Sistem ini menganalisis corak jualan secara masa nyata, menjangka perubahan permintaan mengikut lokasi, serta mengoptimumkan penempatan inventori di seluruh rangkaiannya, sekali gus membolehkan pendekatan perancangan yang lebih ramalan dan proaktif.
Di peringkat hiliran (downstream) pula, fasiliti ini menggunakan gabungan penyelesaian yang disesuaikan mengikut profil inventori berbeza, termasuk sistem Tote-to-Person bagi item dengan frekuensi permintaan lebih rendah serta Shelf-to-Person dan penyelesaian berkelajuan tinggi untuk produk dengan frekuensi permintaan lebih tinggi seperti ubat-ubatan. Secara keseluruhan, lebih 160 robot dan 700 rak beroperasi dalam sistem ini, menyokong kepadatan simpanan yang lebih tinggi melalui penggunaan ruang menegak secara optimum serta pemenuhan pesanan yang lebih pantas.
Sejak pelaksanaannya, sistem ini telah meningkatkan kecekapan pengambilan barangan sebanyak 76.5% dan mencapai ketepatan pengambilan sebanyak 99.8%.
Selain daripada peningkatan dari segi sistem dan teknologi, transformasi paling ketara dapat dilihat melalui cara pasukan gudang bekerja. Melalui pendekatan “barangan dihantar terus kepada pekerja”, pergerakan manual dikurangkan, beban fizikal diringankan dan pasukan gudang mampu mengendalikan jumlah pesanan yang lebih tinggi dengan lebih konsisten .
Melengkapi Pusat Pengedaran ini ialah ibu pejabat korporat baharu BIG CARING Group, yang menghimpunkan pasukan dari pelbagai jenama dan fungsi di bawah satu bumbung bagi memperkukuh kerjasama, mempercepat proses membuat keputusan, serta meningkatkan keselarasan di seluruh organisasi.
Pada masa hadapan, BIG CARING Group akan terus membina asas ini ke arah rantaian bekalan yang bersedia untuk masa depan, dengan memperkukuh cara operasinya dari segi kepantasan, ketepatan, fleksibiliti dan daya tahan. Usaha-usaha ini merupakan sebahagian daripada tonggak inovasi Kumpulan.



