Inisiatif intra-Asean AirAsia MOVE Diiktiraf Di Majlis Anugerah Kecemerlangan ASEANTA Kali Ke-35
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE, Nadia Omar berkata, kempen ‘Travel More for Less’ berteraskan kepercayaan bahawa keindahan sebenar Asean terletak di destinasi percutian unik yang belum diterokai ramai.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
AirAsia MOVE (MOVE) Aplikasi Tempahan Perjalanan Terbaik Asia telah dianugerahkan penghargaan Program Pemasaran & Promosi Terbaik ASEAN di Anugerah Kecemerlangan ASEANTA ke-35 yang berlangsung di Cebu, Filipina.
Disampaikan oleh Persatuan Pelancongan ASEAN (ASEANTA), anugerah ini mengiktiraf kempen pemasaran ‘Travel More for Less’ oleh MOVE, iaitu inisiatif merentas pelbagai pasaran di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina.
Kempen ini direka khas untuk mempromosikan aktiviti pelancongan intra-Asean dan eksplorasi destinasi unik dan terpencil di rantau ini.
Keindahan sebenar Asean terletak di destinasi percutian unik yang belum diterokai
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE, Nadia Omar berkata, kempen ‘Travel More for Less’ berteraskan kepercayaan bahawa keindahan sebenar Asean terletak di destinasi percutian unik yang belum diterokai ramai.
“Dengan hampir 80% pengembara hanya tertumpu di 10% destinasi global, misi kami di MOVE adalah untuk mengimbangi landskap pelancongan.
“Dengan usaha untuk mengalihkan tumpuan ke destinasi tersembunyi, kami bukan sahaja mengubah tren pelancongan, tetapi juga menyokong komuniti tempatan serta membolehkan lebih ramai meneroka Asean dengan lebih mendalam.
“Ini adalah satu penghormatan besar untuk menerima pengiktirafan ASEANTA di mana operasi kami tertumpu, ketika kami terus membangunkan sebuah ekosistem perjalanan digital yang dimiliki oleh, dan berkhidmat untuk, masyarakat Asean serta peringkat global,” katanya.
Kempen ini himpunkan conten creator dari negara-negara Asean
Kempen ini mengetengahkan penceritaan berasaskan komuniti dengan menghimpunkan pencipta kandungan dari negara-negara Asean melalui kerjasama bersama lembaga pelancongan serta rakan hotel.
Inisiatif ini diperkukuh dengan sokongan inovasi dan produk utama seperti langganan ASEAN Explorer Pass, pakej Penerbangan + Hotel SNAP!, kumpulan sembang dalam aplikasi, serta laman Discover ASEAN, bagi merangsang perjalanan sepanjang tahun dan membina komuniti pengembara.

Di sebalik kempen ini, kekuatan utama MOVE turut terletak pada kehadiran kukuh di peringkat lapangan merentasi rantau ASEAN, dengan pejabat tempatan yang berpangkalan di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina.
Rakan kerja tempatan MOVE bekerjasama rapat merentas pasaran bagi merangka kesalinghubungan Asean yang bermakna, sekali gus memastikan setiap kempen bukan sahaja diselaraskan di peringkat serantau, malah kekal relevan di peringkat tempatan, berteraskan budaya setempat, serta memberi impak positif kepada komuniti setempat.











