fbpx
Now Reading
Rakan Peniaga Grab Melaka Catat Lebih RM135 Juta Pada 2024

Rakan Peniaga Grab Melaka Catat Lebih RM135 Juta Pada 2024

Daripada alat dikuasakan AI hingga perkhidmatan kewangan dan peningkatan kemahiran, Grab memperkasa perniagaan tempatan serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Melaka untuk terus maju dalam ekonomi digital yang sedang berkembang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Daripada memacu ekonomi negeri, memperkukuh sektor gastropelancongan, hinggalah mengubah kehidupan seharian rakyat, Grab Malaysia kini menjadi lebih daripada sekadar platform digital.

Di Melaka sahaja, rakan peniaga tempatan secara kolektif meraih hampir RM140 juta melalui platform Grab sepanjang tahun lalu, membuktikan bagaimana teknologi dan inovasi yang mudah digunakan mampu memperkasa komuniti sambil menonjolkan kekayaan warisan budaya dan kulinari di negeri  ini. 

“Di Grab, misi kami ialah untuk memperkasa perniagaan tempatan dengan alatan, pengetahuan dan juga akses kewangan yang diperlukan untuk terus berkembang maju dalam ekonomi digital masa kini. Pencapaian rakan peniaga kami di Melaka membuktikan bagaimana teknologi mampu membuka peluang sebenar dengan meningkatkan pendapatan, meningkatkan capaian pengguna bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), serta menyokong daya tahan ekonomi jangka panjang negeri ini, ” kongsi Tan Jiong Jian, Pengarah Komersil dan Penghantaran, Grab Malaysia. 

Memanfaatkan teknologi dan inovasi untuk memperkukuh daya tahan perniagaan tempatan

Dalam usaha memacu pertumbuhan dan menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), Grab baru-baru ini memperkenalkan Merchant AI Assistant, satu ciri inovatif yang diintegrasikan ke dalam aplikasi GrabMerchant.

Alat yang dikuasakan AI ini membantu pemilik perniagaan mengurus operasi dengan lebih cekap melalui akses pantas kepada data prestasi, penjanaan laporan, serta saranan yang dikhususkan bagi meningkatkan jualan dan penglibatan pelanggan. Dengan memperkemas tugasan harian seperti membalas ulasan pelanggan dan mengoptimumkan promosi, alat ini membolehkan peniaga menumpukan perhatian kepada usaha mengembangkan perniagaan mereka. 

Ciri inovatif ini melengkapi alat sedia ada Grab seperti Grab Dine Out Discovery serta inisiatif latihan seperti GrabMasterclass, semuanya direkacipta untuk menarik lebih ramai pelanggan dan membekalkan pemilik perniagaan dengan strategi praktikal bagi mencapai kejayaan jangka panjang. 

Di samping itu, disokong penawaran terbaharu GX Biz Banking oleh anak syarikat Grab, GXBank, rakan peniaga Grab kini mempunyai akses yang lebih mudah kepada penyelesaian kewangan inklusif bagi membantu mereka mengembangkan operasi dan mengemudi cabaran dalam pasaran yang kompetitif.

GX Biz Banking ialah penyelesaian kewangan digital sepenuhnya yang direkacipta untuk memudahkan urusan operasi dan mempercepatkan pertumbuhan perniagaan. Ia menawarkan pengalaman lancar melalui dua produk utama: GX Biz Account, yang boleh dibuka dalam beberapa minit tanpa sebarang yuran dan menawarkan pulangan faedah harian sebanyak 1% setahun, dan GX Biz FlexiLoan, yang menyediakan akses pantas kepada modal tanpa caj tersembunyi dan penjimatan faedah melalui pembayaran balik awal. Gabungan kepantasan, ketelusan dan manfaat penjimatan kos ini menjadikannya alat yang berkuasa, khususnya untuk rakan peniaga kecil Grab.

Rakan Peniaga Melaka Pamer Pertumbuhan Digital yang Pesat

Di antara rakan peniaga Grab yang memperoleh manfaat daripada platform ini ialah Ted Coffee, sebuah kafe kejiranan kecil di Taman Paya Rumput, Melaka. Pemilik kafe, Puan Marlina binti Mahmud, berkongsi bahawa melalui pelbagai alat digital, kempen dan sesi latihan yang disediakan Grab, perniagaannya telah berjaya memperluas capaian dan menggandakan jualan bulanan.

“Dengan memanfaatkan ciri GrabFood seperti HotDeals dan Kombo Jimat, kami berjaya menarik pelanggan baharu serta membina kumpulan pelanggan setia yang membuat pesanan berulang. Platform digital sangat membantu perniagaan kecil seperti kami untuk berkembang secara mampan,” jelasnya. 

Selain Ted Coffee, Nasi Ayam Kg Padang turut menjadi contoh kejayaan perniagaan tempatan yang berkembang melalui ekosistem digital Grab. Sejak menyertai Grab pada tahun 2023, restoran ini telah memperoleh penarafan 4.8 bintang dan menjadi peniaga Grab Signature berikutan pertumbuhan perniagaan yang berterusan melalui kempen seperti HotDeals.

“Sejak dari permulaan perniagaan kami sebagai gerai jalanan sehinggalah menjadi pilihan utama di kawasan kejiranan, fokus kami sentiasa mudah: nasi ayam yang enak, hidangan yang berpatutan, serta perkhidmatan yang pantas dan mesra.

“GrabFood membantu kami menjangkau lebih ramai pelanggan, manakala HotDeals mempertingkatkan keterlihatan dan kadar penarikan pelanggan baharu,” kata pemilik perniagaan Rahilah Mohd Fauzi. Dalam tempoh enam bulan selepas mengaktifkan kempen GrabFood, jualan bulanan meningkat daripada RM6,000 kepada RM15,000, peningkatan sebanyak 150%.

Melangkaui usaha memperkembangkan perniagaan, Grab turut membantu memperkukuh profil Melaka sebagai destinasi budaya dan kulinari.

Dengan tumpuan yang semakin meningkat terhadap gastropelancongan, platform ini menghubungkan pengunjung kepada pengalaman makanan tempatan yang autentik, daripada gerai jalanan tersembunyi hinggalah ke restoran warisan.

Melalui kerjasama dengan Tourism Malaysia, Grab menonjolkan permata kulinari ini dan menjadikannya lebih mudah diakses oleh pengunjung, sekali gus memastikan makanan kekal sebagai nadi utama tarikan Melaka. 

“Melaka bukan sahaja menjadi pusat tumpuan perniagaan yang rancak tetapi juga kaya dengan warisan budaya dan kulinari. Melalui platform Grab, kami berhasrat untuk menjadikan pengalaman ini lebih mudah diakses oleh penduduk tempatan serta para pengunjung.

“Dengan menghubungkan orang ramai kepada makanan autentik dan tarikan unik, kami berbangga dapat memainkan peranan dalam memperkukuh kedudukan Melaka sebagai destinasi yang mesti dikunjungi,” tambah Tan. 

Ketika Melaka meneruskan transformasinya menjadi negeri yang maju dari segi digital sambil mengekalkan keindahan sejarahnya, Grab kekal komited untuk memperkasa para peniaga, mempertingkat kesejahteraan komuniti, dan memperkayakan pengalaman bagi penduduk serta pengunjung.

Dengan inovasi sebagai teras, Grab bukan sahaja memacu pertumbuhan perniagaan tetapi turut membantu membentuk ekonomi yang makmur dan inklusif untuk masa hadapan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.