Now Reading
Da’i Syed Lepas & Bebas Tuduhan Merogol, Menangis Selepas Dengar Keputusan

Da’i Syed Lepas & Bebas Tuduhan Merogol, Menangis Selepas Dengar Keputusan

Jelas hakim Datuk Azman Abdullah sewaktu membaca keputusan itu, pembelaan perayu telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah.

Ringkasan
  • Da'i Syed, nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya atas pertuduhan rogol.
  • Keputusan majoriti 2-1 dibuat oleh panel hakim, dengan pembelaan perayu berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap sabitan.
  • Da'i Syed sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 30 Ogos 2024.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (4 Oktober), pendakwah selebriti Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya atas pertuduhan merogol seorang wanita tujuh tahun lalu.

Keputusan Majoriti 2-1 Selamatkan Da’i Syed Dari Hukuman Penjara 10 Tahun & 3 Sebatan

Keputusan itu dibuat setelah mendapat majoriti 2-1 dengan hakim Datuk Azman Abdullah yang mengetuai panel dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid membenarkan rayuan itu manakala Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid menentang keputusan berkenaan.

Jelas Azman sewaktu membaca keputusan itu, pembelaan perayu telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah.

“Sabitan terhadap perayu adalah tidak selamat, rayuan perayu dibenarkan, hukuman pemenjaraan 10 tahun tiga sebatan oleh mahkamah tinggi diketepikan,” katanya.

Da’i Syed Menangis Dengar Keputusan Mahkamah

Memetik Harian Metro, Da’i Syed yang berada dalam kandang tertuduh dilihat menangis selepas mendengar keputusan manakala isterinya, Hana Ismail berada di galeri awam turut menangis.

Pada 10 Disember 2020, Da’i Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita yang berusia 23 tahun.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 pada 11 September 2019 sekitar jam 11.35 pagi.

Pendakwaan itu dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.

Mahkamah Sesyen Sebelum Ini Lepas & Bebas Da’i Syed

Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebas Da’i Syed daripada pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.

Walau bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudiannya memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan berkenaan selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Adlin Abdul Majid kemudiannya telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap Da’i Syed pada 30 Ogos 2024 dan diperintahkan ke penjara pada hari sama.

Namun setelah 21 hari di Penjara Kajang, dia kemudiannya dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi sehingga rayuan utamanya untuk ketepikan sabitan serta hukuman didengar.

Baca Artikel Berkaitan: Da’i Syed Dipenjara 10 tahun, 3 Sebatan Kerana Merogol Wanita 5 Tahun Lalu

Baca Artikel Berkaitan: Kes Rogol: Mahkamah Tolak Rayuan Da’i Syed, Hukuman Penjara 10 Tahun & 3 Sebatan Kekal

Baca Artikel Berkaitan: Da’i Syed Bebas Kes Persetubuhan Luar Tabii dan Cabul Penuntut Kolej

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.