Lelaki Islam Tular Didakwa Jalankan Ritual Agama Lain Telah Ditahan Bersama Ibu – JAIS
Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, lelaki yang dikenali sebagi Aliff Daniel dan berusia 21 tahun itu ditahan bersama ibunya yang berusia 52 tahun.
Aliff Daniel, seorang lelaki Islam berusia 21 tahun, ditahan bersama ibunya di Kuala Lumpur kerana disyaki menjalankan ritual agama lain.
JAIS menyiasat kes ini di bawah Seksyen 4 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, dan dijangka memanggil sekurang-kurangnya 14 individu lain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial perkongsian warganet mengenai tindakan seorang lelaki beragama Islam yang menjalankan ritual agama lain.
Menerusi hantaran tular, beberapa imej turut dimuat naik memaparkan diri lelaki berkenaan dipercayai melakukan ritual antaranya seperti mencucuk lidah dan pipi dengan trisula Hindu serta memakai terompah paku ketika menaiki tangga kuil dipercayai pada Hari Thaipusam.
Hantaran itu nyata mendapat perhatian termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang kemudiannya menyelaras isu berkenaan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).
JAIS Tahan Lelaki Islam Didakwa Buat Ritual Agama Lain
Terbaharu, JAIS mengesahkan seorang lelaki Islam yang dikenali sebagai Aliff Daniel telah ditahan kerana disyaki melakukan ritual agama lain.
Menurut Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, lelaki yang berusia 21 tahun itu ditahan bersama ibunya yang berusia 52 tahun di Kuala Lumpur pada tengah hari tadi.
“Penahanan dibuat melalui waran tangkap bersaling (tindakan bersaling) yang dikeluarkan Mahkamah Rendah Shah Alam dan dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
“Kedua-dua Orang Yang Disyaki (OYDS) kini sedang disiasat oleh JAIS mengikut Seksyen 4 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
“Berdasarkan risikan selepas kes membabitkan OYDS ini tular, JAIS juga dijangka akan memanggil sekurang-kurangnya 14 individu lain bagi membantu siasatan,” katanya.
JAIS Pandang Serius Isu Berkenaan, Pastikan Tindakan Diambil Mengikut Undang-Undang
Jelas Mohd Shahzihan, pihaknya memandang serius isu berkenaan malah akan memastikan setiap tindakan yang bakal diambil mengikut kuasa, undang-undang dan fakta kes.
Sebelum ini, JAIS mengesahkan pihaknya telah memulakan siasatan berhubung hantaran tular mengenai tindakan individu terbabit yang dipercayai melakukan amalan atau ritual agama bukan Islam dan menyalahi hukum syarak.
Selain tular melakukan amalan agama lain, pemuda itu juga didakwa mengakui dirinya sebagai seorang pawang selain boleh menjampi pesakit menggunakan mantera Siam serta meruqyah pesakit dengan zikir.
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.