
KPDN Kaji Gubal Undang-Undang Untuk Bendung Scalper, Penonton Mungkin Kena Guna IC Beli Tiket Konsert
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr. Fuziah Salleh, sesi libat urus bersama penganjur acara juga sedang dijalankan malah kajian perbandingan undang-undang dari beberapa buah negara turut dibuat bagi mengenal pasti mekanisme sesuai untuk menangani maslah scalper ini.
- Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan penggunaan kad pengenalan (IC) untuk membeli tiket konsert bagi membendung gejala scalper dan ulat tiket.
- Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata kerajaan sedang mengkaji undang-undang negara lain seperti Australia, Jepun, dan Singapura untuk menangani isu scalping.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali penganjuran konsert tidak kira artis tempatan mahupun luar negara, pasti ada individu tidak bertanggungjawab menjadi ulat tiket atau scalper dengan menjual semula tiket masuk pada paras harga yang tak masuk akal!
Malah, ada juga yang menjadi mangsa penipuan golongan scalper ini apabila mereka tidak muncul pada hari kejadian meskipun bayaran telah dibuat.
Orang Ramai Mungkin Guna IC Beli Tiket Elak Gejala Ulat Tiket
Terbaharu, kerajaan menjelaskan orang ramai mungkin perlu menggunakan kad pengenalan (IC) untuk membeli tiket konsert pada masa akan datang.
Ia bertujuan bagi mengelak serta membendung gejala ulat tiket yang menjual harga jauh lebih tinggi berbanding harga asal.
KPDN Kaji Gubal Undang-Undang Guna IC Beli Tiket Konsert
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr. Fuziah Salleh, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini sedang mengkaji penggubalan kerangka undang-undang khusus bagi menangani kegiatan golongan terbabit yang menjual harga tiket acara dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada yang ditetapkan.
Namun jelas Fuziah, tiada peruntukan khusus untuk membendung kegiatan penjualan semula tiket atau tiket scalping itu sehingga kini.
“Kita juga akan (buat) kajian, kemungkinan bolehkah kita menggunakan ID ataupun pengenalan nama pada pembelian tiket, maksudnya tidak boleh beli tiket untuk orang lain dan kemungkinan menjual dengan harga yang lebih mahal,” katanya,
Fuziah berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang meminta penjelasan mengenai status kajian penggubalan undang-undang khusus dalam menangani ulat tiket, kelemahan undang-undang sedia ada serta jangkaan pembentangan terbabit.
Kerajaan Pandang Serius Isu Ulat Tiket, Sedang Adakan Sesi Libat Urus Dengan Penganjur
Jelas Fuziah, sesi libat urus bersama penganjur acara juga sedang dijalankan malah kajian perbandingan undang-undang dari beberapa buah negara turut dibuat bagi mengenal pasti mekanisme sesuai untuk menangani maslah scalper ini.
“Kementerian memandang serius isu ulat tiket kerana ia melibatkan penjualan semula tiket pada harga lebih tinggi dan kadangkala tidak munasabah.
“Kegiatan ini bukan sahaja menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga tiket yang tinggi dan melampau, malah boleh mendedahkan mereka kepada risiko penipuan apabila membeli tiket daripada penjual tidak rasmi.
“Di bawah Akta 723 ataupun Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan dalam seksyen 15(1), memberi punca kuasa kepada Menteri untuk dan kementerian untuk mewujudkan satu mekanisme dalam bentuk peraturan untuk yang boleh kita gunakan untuk mengekang aktiviti scalping ini.
“Maka kita sedang buat kajian berkenaan dengan negara-negara lain, undang-undang yang wujud di negara-negara lain seperti Australia, Ireland, Kanada, Jepun, Taiwan, Singapura dan sebagainya, bagaimana mereka menangani isu scalping ini,” katanya.
Pelbagai Perkara Sedang Diteliti Termasuk Memperkenalkan Mekanisme Halang Pembelian Pukal
Tambah Fuziah lagi, antara perkara yang sedang diteliti adalah dengan mewujudkan takrifan khusus mengenai kegiatan ulat tiket, menentukan skop aktiviti yang perlu dikawal serta mengenal pasti mekanisme untuk menghalang pembelian tiket dengan jumlah yang banyak.
Ini kerana jelasnya, pembelian tiket secara pukal sama ada menggunakan bot automatik atau dilakukan sendiri oleh individu boleh memberi peluang kepada kewujudan aktiviti penjualan semula pada harga yang lebih tinggi.
Peraturan Antipencatutan Sedia Ada Tak Boleh Guna Untuk Tangani Ulat Tiket
Jelas Fuziah, akta antipencatutan sedia ada tidak boleh digunakan secara langsung untuk menangani gejala ini.
Ini kerana mekanisme pengiraan pencatutan memerlukan data jualan bagi tempoh tiga tahun.
Malah, situasinya juga berbeza dengan penjualan tiket konsert yang kebiasaannya bersifat sekali sahaja (one-off) dan sekaligus memerlukan pendekatan perundangan yang lebih sesuai.
“Peraturan tersebut tidak boleh diguna pakai untuk aktiviti ulat tiket kerana ia bersifat one-off.
“Bagi pencatutan, kita perlu mengeluarkan notis dan mendapatkan data jualan sepanjang tiga tahun,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: “Patutnya Free Je” – Geng Scalper Jual Merchandise ZUS Hippers Sampai Cecah RM149 Undang Kritikan
Baca Artikel Berkaitan: Tiket Tak ‘Valid’ Kerana Beli Dari Pihak Ketiga, Peminat Coldplay Kena Scam RM70,000 [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ada Yang Sampai RM43k! Tiket Coldplay Sold Out, Scalper Ambil Kesempatan Jual Harga Berlipat Kali Ganda
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.







