
KPM Arah Henti Semua Program Libat Penceramah Motivasi Tular Selepas Didakwa Berkelakuan Tidak Senonoh Terhadap Pelajar
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek turut menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil membuat laporan polis.
Ringkasan
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan semua program melibatkan penceramah bebas berkenaan dihentikan serta-merta susulan dakwaan tular di media sosial.
- Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menyatakan dakwaan adalah serius kerana membabitkan keselamatan dan perlindungan murid, serta meminta siasatan penuh dijalankan.
- Fadhlina menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat untuk tampil membuat laporan polis bagi memastikan kanak-kanak terlibat mendapat perlindungan sewajarnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!






