Now Reading
Tular Video Marah Individu Di KLIA, KP AKPS Akan Keluar Kenyataan Media Dalam Masa Terdekat

Tular Video Marah Individu Di KLIA, KP AKPS Akan Keluar Kenyataan Media Dalam Masa Terdekat

Bukan hanya rakaman video yang memaparkan insiden berkenaan, turut tular salinan laporan polis yang dibuat oleh mangsa yang mendakwa dirinya dikasari Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Ringkasan
  • Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dijangka mengeluarkan kenyataan media pada 1 Oktober susulan video tular di KLIA.
  • Turut tular salinan laporan polis yang dipercayai dibuat mangsa yang mendakwa dikasari oleh Mohd Shuhaily, namun kesahihannya belum disahkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak malam tadi, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang individu memarahi seorang lagi individu lain dalam kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Apa yang menjadi perhatian adalah individu terbabit didakwa mirip Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

KP AKPS Akan Beri Kenyataan Media Dalam Masa Terdekat

Susulan dakwaan yang tular, Mohd Shuhaily dijangka akan mengeluarkan kenyataan media berhubung insiden berkenaan pada hari ini (1 Oktober).

Menerusi video tular, dapat dilihat individu berkenaan memarahi dan menengking seorang lagi individu sambil disaksikan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Apa yang menjadi perhatian adalah orang yang didakwa merupakan Mohd Shuhaily turut dilihat memegang kepala individu yang dimarahinya sebelum pergi ke individu lain.

Video kejadian berkenaan mula tular selepas dikongsikan pengguna dalam satu hantaran di Threads @mhmmdn4z.

Turut Tular Laporan Polis Dipercayai Dibuat Mangsa, Dakwa Dikasari Oleh Mohd Shuhaily

Bukan hanya rakaman itu sahaja, turut tular salinan laporan polis yang dipercayai dibuat oleh mangsa yang mendakwa dikasari Mohd Shuhaily.

Walau bagaimanapun, lapor Berita Harian, tiada pengesahan yang dibuat mengenai kesahihan laporan polis berkenaan.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Gaji Konstabel RM1,500, Boleh Kamu Hidup Di Kuala Lumpur?” – Pengarah JSJ Bukit Aman [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Berang Diminta Alihkan Barang Punca Suspek Lepaskan Tembakan Dalam Mall Di Setia Alam

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.