Now Reading
Piala ASEAN FIFA: Tular Penyokong Harimau Malaya ‘Ditahan’ Lebih Sejam Di Stadium GBK, Jakarta Selepas Terikat 0-0

Piala ASEAN FIFA: Tular Penyokong Harimau Malaya ‘Ditahan’ Lebih Sejam Di Stadium GBK, Jakarta Selepas Terikat 0-0

Penyokong Malaysia diminta kekal berada di kawasan yang sudah ditetapkan oleh pihak Keselamatan sebelum dibenarkan untuk keluar secara berperingkat.

Ringkasan
  • Harimau Malaya supporters were held inside Stadium Gelora Bung Karno for over half an hour for safety reasons, allowing Indonesian fans to disperse first.
  • Malaysia drew 0-0 with Indonesia, but remain top of Group A with four points, facing Singapore next.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular di media sosial memaparkan penyokong Harimau Malaya yang dipercayai tidak dapat keluar daripada Stadium Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta, Indonesia pada malam tadi (28 September) sebaik selesai perlawanan di antara Malaysia dan Indonesia dalam Divisyen 1 Kumpulan A Piala ASEAN FIFA 2026.

View on Threads

Penyokong Malaysia ‘ditahan’ dalam stadium GBK selepas perlawanan untuk keselamatan, pihak berkuasa beri ruang penyokong Indonesia balik dahulu

Terbaharu, tindakan ‘menahan’ penyokong-penyokong Harimau Malaya daripada keluar dari stadium adalah untuk memastikan keselamatan penyokong pelawat di stadium berkenaan terus terjamin dan ia bukan kerana berlaku sebarang kekecohan.

Perkara itu dilakukan untuk memberikan ruang kepada puluhan ribu penyokong Indonesia bersurai dan juga meninggalkan kawasan stadium terlebih dahulu.

Penyokong Malaysia kekal di tempat yang ditetapkan oleh pihak keselamatan, puluhan anggota juga ditempatkan di kawasan penyokong Harimau Malaya

Manakala dalam tempoh sama, penyokong daripada Malaysia kekal berada di kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak keselamatan, lapor Berita Harian.

Selain itu, puluhan anggota keselamatan juga telah ditempatkan di sekeliling pagar perkara itu bertujuan untuk mengawal pergerakan penyokong Harimau Malaya.

Bukan hanya itu penyokong pelawat (penyokong Malaysia) turut tidak dibenarkan untuk menghampiri kawasan penyokong Indonesia.

Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini berlaku.

Penyokong Malaysia kemudiannya dibenarkan keluar secara berperingkat

Keadaan itu berlaku lebih setengah jam, penyokong Malaysia kemudiannya dibenarkan keluar namun secara berperingkat.

Sepanjang tempoh terbabit, keadaan di kawasan stadium berkenaan dilaporkan berada terkawal serta tiada sebarang kekecohan selain penyokong Indonesia juga tidak melakukan sebarang provokasi.

Dalam perlawanan itu Malaysia terikat 0-0 dengan Indonesia.

Perlawanan yang berlangsung di Indonesia itu turut dihadiri sebanyak 56,894 penonton.

Harimau Malaya masih kekal di tangga teratas bagi Kumpulan A dengan empat mata, bakal menamatkan saingan kumpulan dengan menentang Singapura di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, Indonesia.

Sebelum ini seorang pengguna di Threads, @syafiqsparrow yang juga penyokong Harimau Malaya turut berkongsi keadaan sewaktu berada di stadium GBK serta memuji pengurusan pihak keselamatan di sana.

View on Threads
View on Threads
View on Threads
View on Threads
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.