Now Reading
Tun Dr Siti Hasmah Meninggal Dunia Di IJN Pagi Ini, Hembus Nafas Terakhir Pada Usia 100 Tahun

Tun Dr Siti Hasmah Meninggal Dunia Di IJN Pagi Ini, Hembus Nafas Terakhir Pada Usia 100 Tahun

Dr Siti Hasmah dilaporkan meninggal dunia pagi tadi jam 9.20AM di Institut Jantung Negara (IJN).

Ringkasan
  • Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, wife of former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, passed away at Institut Jantung Negara on 28 September.
  • Her passing at age 100 was confirmed by her son, Tan Sri Mokhzani Mahathir, at 9.20 am.
  • Dr Siti Hasmah was among the earliest Malay women doctors, married Mahathir in 1956, and had seven children.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari ini (28 September) di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Khabar duka itu disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir ketika dihubungi Bernama.

Difahamkan, Dr Siti Hasmah yang berusia 100 tahun, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi.

Untuk info, Allahyarham telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 pada Julai lalu.

Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1926, merupakan antara doktor wanita Melayu yang terawal semasa mula berkhidmat pada pertengahan tahun 1950-an.

Dr Siti Hasmah mendirikan rumah tangga bersama Mahathir pada 1956 dan meraikan ulang tahun perkahwinan ke-70 mereka pada bulan Ogos.

Pasangan itu dikurniakan tujuh anak iaitu tiga perempuan dan empat lelaki.

Selepas berkhidmat dalam bidang kesihatan awam Tun Dr Siti Hasmah terus berbakti kepada masyarakat dalam pelbagai bidang termasuklah kebajikan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.