
Dakwaan MPV Escort Pencuri Kabel Adalah Tidak Benar – Polis
Menurut Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Noor Hisam Nordin, tindakan anggota MPV berkenaan adalah tindak balas kepada aduan orang ramai.
-
- Police denied claims that an MPV escorted cable thieves, stating the patrol car responded to public complaints and followed standard operating procedures (SOP).
- MCW president Jais Abdul Karim urged authorities not to ignore integrity questions, recommending an immediate independent investigation into the viral incident.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (21 September), kecoh di media sosial video dan kenyataan beberapa individu yang mendakwa pencuri kabel diiringi (escort) kereta peronda polis.
Ia susulan tular sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan sebuah kereta yang membawa kabel berkenaan diikuti oleh sebuah Unit Kereta Peronda (MPV) di Kampung Tasik Tambahan, Ampang.
Kenyataan itu nyata mendapat perhatian sehingga menimbulkan pelbagai reaksi serta dakwaan sesetengah pihak mengenai pihak berkuasa.
View on Threads
Polis Nafi Dakwaan MPV Bersekongkol Dengan Pencuri Kabel
Namun, polis semalam (21 September) kemudiannya menafikan dakwaan tular berkaitan kehadiran sebuah MPV yang didakwa melakukan escort kenderaan curi kabel dalam kejadian yang berlaku di Kampung Tasik Tambahan, Ampang pada 19 September itu.
Menurut Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Noor Hisam Nordin, tangkapan terhadap pencuri kabel berkenaan telah dilaksanakan oleh pihak polis.
“Dakwaan (kenderaan polis) bersekongkol adalah tidak benar.
“MPV bertindak atas maklumat daripada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan kenderaan pasukan juga membuka lampu beacon mengikut prosedur operasi standard (SOP) semasa menjalankan tugas,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Tindakan Anggota Adalah Respon Kepada Aduan Awam
Tambah Noor Hisam, tindakan anggota MPV berkenaan adalah tindak balas kepada aduan orang ramai.
Jelasnya sehingga kini, seorang suspek curi kabel telahpun diberkas untuk tindakan lanjut.
Jangan Hukum Berdasarkan Video, Jangan Biar Persoalan Integriti Tanpa Jawapan – Presiden MCW
Sebelum ini, kenyataan warganet yang mendakwa polis mengiringi pencuri kabel turut mendapat perhatian Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim.
“Jangan menghukum berdasarkan video tular, tetapi jangan juga membiarkan persoalan integriti tanpa jawapan,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Jelas Jais, sekiranya terdapat unsur membantu, melindungi atau bersekongkol dalam kegiatan jenayah, siasatan bebas serta tindakan bebas perlu dilaksanakan tanpa kompromi.
“Pada peringkat ini, MCW menegaskan bahawa kandungan video atau hantaran media sosial tidak boleh dianggap sebagai bukti muktamad bahawa berlaku salah laku, perlindungan atau penglibatan mana-mana anggota penguat kuasa,” ujarnya.
Pada masa sama, Jais turut berpendapat dakwaan sebegitu tidak seharusnya dibiarkan tanpa penjelasan.
“Namun, dakwaan seperti ini tidak wajar dibiarkan tanpa penjelasan kerana ia menyentuh secara langsung soal integriti, amanah dan keyakinan masyarakat terhadap institusi penguatkuasaan.
“MCW mencadangkan pihak berkuasa segera mengenal pasti lokasi, tarikh dan masa kejadian, kenderaan yang terlibat serta anggota yang bertugas,” jelasnya lagi.
Seorang Lelaki Telah Ditahan Polis
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid memaklumkan seorang lelaki telah ditahan polis sewaktu cuba menarik keluar kabel dari lurang (manhole) dalam kejadian kira-kira jam 4.18 pagi.
Tangkapan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan dari orang awam mengenai kejadian curi kabel berhampiran Masjid Al-Ubudiah, Kampung Tasek Tambahan itu.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 379, Seksyen 431A dan Seksyen 124K Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Baca Artikel Berkaitan:
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.





