Tuanku Muhriz Batal Pelantikan EXCO Kerajaan Negeri Sembilan
Menurut Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua EXCO terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.
Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan semua anggota EXCO Negeri Sembilan, berkuat kuasa serta-merta.
Pembatalan itu dibuat selepas semua anggota EXCO didapati melanggar sumpah jawatan masing-masing.
Berdasarkan Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, anggota EXCO hanya memegang jawatan atas perkenan Yang di-Pertuan Besar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, membatalkan pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) berkuat kuasa serta-merta.
Menurut Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali, keputusan tersebut diambil selepas kesemua EXCO terbabit didapati telah memungkiri sumpah jawatan mereka.
Azizi menerusi satu kenyataan malam ini (20 Sept) berkata, menurut Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959, seseorang ahli exco memegang jawatannya selagi diperkenan Yang di-Pertuan Besar.
“Mereka telah berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia dan kepada Institusi Diraja, bersumpah melindungi dan memelihara kedaulatan Perlembagaan Negeri Sembilan, serta mengiktiraf kuasa yang terletak pada Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan.
“Mereka telah memungkiri sumpah ini melalui tindakan dan kenyataan mereka pada 15 September. Maka dengan demikian, Duli Yang Maha Mulia telah menarik balik perkenan Baginda dan membatalkan pelantikan mereka sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, berkuat kuasa serta-merta,” katanya dipetik Bernama.
Menurut kenyataan itu lagi, semua Exco terlibat telah dimaklumkan mengenai pembatalan tersebut melalui warkah.
MB N9 perlu sembahkan senarai calon Exco yang baharu
Sehubungan itu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim perlu mempersembahkan senarai calon Exco yang baharu untuk pertimbangan dan perkenan Tuanku Muhriz.
Ini adalah mengikut Perkara XXXVIII(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
“Tuanku Muhriz menjangkakan Menteri Besar memastikan pentadbiran Negeri Sembilan diteruskan tanpa apa jua gangguan dan halangan menurut peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dan supaya kepentingan rakyat sentiasa terpelihara,” katanya.
Ogos lalu seramai 10 Exco Negeri Sembilan bagi penggal baharu telah dilantik yang menyaksikan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikekalkan selain lapan muka baharu dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Kesemua Exco mengangkat sumpah di hadapan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti.
Kesemua Exco tersebut adalah:
Datuk Mohd. Faizal Ramli Exco Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah
Datuk Zaifulbahri Idris Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Modal Insan
Datuk Mustapha Nagoor Exco Pembangunan Belia dan Sukan
Siow Kong Choon Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Hal Ehwal Bukan Islam
Siti Nur Umaira Hasim Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Mohd Asna Amin Exco Perindustrian, Teknologi, Inovasi dan Digital
Datuk Mohd. Razi Mohd. Ali Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup
Suhaimizan Bizar Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO
Mohd. Fairuz Mohd. Isa Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Razali Abu Samah Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan
Ismail pula memegang portolio Hal Ehwal Agama Islam, Keselamatan, Kewangan, Tanah, Sumber Asli dan Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti, Komunikasi dan FELDA.
The name is Ahmed Faez Amir. I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters . Outside of work, I enjoy working with audio, composing music, reading, and camping whenever I get the chance.