Now Reading
Isu Penurunan Takhta: Proklamasi 19 April Tidak Akan Diwartakan Oleh Kerajaan Negeri Sembilan – SUK N9

Isu Penurunan Takhta: Proklamasi 19 April Tidak Akan Diwartakan Oleh Kerajaan Negeri Sembilan – SUK N9

Jelas kenyataan Pejabat SUK Negeri Sembilan, menerusi perundangan, kerajaan negeri akur dengan pandangan AGC bahawa MMKN Negeri Sembilan tidak mempunyai bidang kuasa, autoriti, atau kuasa di bawah UUTKNS untuk membuat sebarang pengumuman berhubung proklamasi itu.

Ringkasan
  • Kerajaan Negeri Sembilan menerusi SUK N9 memaklumkan tidak akan mengambil sebarang tindakan pewartaan ke atas Proklamasi 19 April.
  • AGC mengesahkan Proklamasi 19 April tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Perkara 10 UUTKNS 1959.
  • Ahli MMKN Negeri Sembilan tiada bidang kuasa, autoriti, atau kuasa di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan untuk membuat pengumuman sedemikian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (17 September) Dewan Keadilan dan Undangan (DKU) Negeri Sembilan telah menegaskan sekali lagi bahawa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Setiausaha DKU Negeri Sembilan, Raja Norazli Raja Nordin juga menjelaskan jawatan Yang di-Petuan Besar Negeri Sembilan itu dipegang oleh Tuanku Muhriz secara sah. Oleh itu, tiada kekosongan mahupun pengganti.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pengumuman Exco Tak Beri Kesan, Jawatan Tuanku Muhriz Sebagai Yang di-Pertuan Besar N9 Kekal & Masih Sah – DKU

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Aminuddin Harun Sifatkan Tindakan Exco Negeri Sembilan Umum Penurunan Takhta Tuanku Muhriz Sebagai Derhaka

Kerajaan Negeri Sembilan tak mengambil sebarang tindakan pewartaan atau pelaksanaan terhadap Proklamasi 19 April

Terbaharu Kerajaan Negeri Sembilan menerusi satu kenyataan dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan memaklumkan tidak akan mengambil sebarang tindakan pewartaan mahupun sebarang tindakan pelaksanaan ke atas Proklamasi berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Besar bertarikh 19 April.

Menurut SUK Negeri Sembilan langkah berkenaan selaras dengan kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa proklamasi tersebut tidak sah, oleh itu ia menjadikan tindakan pewartaan sebagai tidak berperlembagaan.

MMKN tidak ada kuasa, autoriti atau kuasa di bawah UUTKNS

Dalam kenyataan terbabit, menerusi perundangan, kerajaan negeri akur dengan pandangan AGC bahawa ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Negeri Sembilan tidak boleh membuat sebarang pengumuman berhubung proklamasi tersebut kerana tiada:

  • Bidang kuasa
  • Autoriti
  • Kuasa di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS)

“Selain daripada itu, tiada asas di sisi undang-undang bagi ahli MMKN untuk bersandar kepada proklamasi bertarikh 19 April 2026 bagi pengumuman mereka,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Sebarang tindakan diambil ikut undang-undang semasa dan UUTKNS

Jelas pejabat SUK Negeri Sembilan lagi, merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim pada 17 September kepada media berhubung arahan untuk mewartakan proklamasi tersebut yang diputuskan oleh MMKN.

“Sehubungan dengan itu, pentadbiran ini telah merujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan bagi memastikan bahawa apa jua tindakan yang perlu diambil akan dilaksanakan mengikut undang-undang semasa dan UUTKNS 1959.”

AGC maklum Proklamasi 19 April tak sah, tak patuhi kehendak mandatori Perkara 10 UUTKNS

AGC menerusi satu kenyataan media pada 17 September telah menyatakan Proklamasi bertarikh 19 April, adalah tidak sah, ini kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Perkara 10 UUTKNS 1959

Malah AGC juga memaklumkan bahawa Menteri Besar serta MMKN Negeri Sembilan, tidak mempunyai kuasa secara unilateral bagi menamatkan mahupun mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

MB dakwa penurunan takhta Tuanku Muhriz sah dan berkuat kuasa

Walau bagaimanapun sebelum ini MMKN Negeri Sembilan yang dipengerusikan oleh Ismail Lasim sebulat suara bersetuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir 19 April adalah sah serta berkuat kuasa.

“Hari ini (17 September), saya ingin mengesahkan bahawa proklamasi memang telah dibincangkan dan diputuskan oleh semua ahli EXCO kerajaan negeri secara sebulat suara dalam mesyuarat Exco pada Selasa lalu,” ujarnya dipetik Utusan Malaysia.

Justeru itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim turut diminta bagi meneruskan proses untuk pewartaan proklamasi penurunan takhta dengan mengikut peraturan yang sedia ada.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.