Agong Perkenan Pengampunan Bersyarat Kepada Najib, Jalani Baki Hukuman Secara Tahanan Di Rumah
Najib diperuntukkan menjalani hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk jika beliau membayar denda RM50 juta.
Ringkasan
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib Razak untuk menjalani baki hukuman sebagai tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.
- Pengampunan tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta dan pematuhan semua syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
- Pengampunan bersyarat akan terbatal serta merta sekiranya Najib melanggar mana-mana syarat, dan beliau hendaklah kembali ke penjara.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!






