Now Reading
Pasangan Suami Isteri Warga Vietnam Ditahan, Dipercayai Jadi Ejen Haram Tawar Khidmat Imigresen Kepada PATI

Pasangan Suami Isteri Warga Vietnam Ditahan, Dipercayai Jadi Ejen Haram Tawar Khidmat Imigresen Kepada PATI

Kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban pihaknya turut menyita tujuh pasport Vietnam serta lima cap pihak berkuasan Vietnam yang disyaki palsu.

Ringkasan
  • A Vietnamese couple, aged 34, were arrested in Op Khas by Jabatan Imigresen Malaysia at a house in Jalan Bemban, Ampang, Kuala Lumpur.
  • The couple allegedly operated as illegal agents offering immigration services to PATI, charging up to RM12,000 per individual.
  • Authorities seized seven Vietnamese passports, five suspected fake official stamps, a Ford Kuga, and other documents and devices.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi kewajipan buat mana-mana warga asing yang datang ke Malaysia perlu mempunyai dokumen sah termasuklah mendapatkan permit apatah lagi jika datang untuk bekerja.

Tindakan memasuki Malaysia tanpa permit dan dokumen sah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Suami isteri warga Vietnam ditahan dipercayai jadi ejen haram untuk warga asing, ambil bayaran cecah RM12,000 untuk seorang

Terbaharu sepasang suami isteri yang merupakan warga Vietnam ditahan selepas mereka dipercayai menjadi ejen haram dengan menawarkan perkhidmatan kepada warga asing berkaitan urusan imigresen.

Perkhidmatan itu turut dipercayai mendapat bayaran sehingga mencecah RM12,000 bagi setiap seorang individu.

Terima maklumat awam dan risikan selama sebulan turut dilakukan sebelum suami isteri ditahan

Mereka berusia 34 tahun telah ditahan dalam sebuah operasi Op Khas Jabatan Imigresen Malaysia yang dilakukan sebuah rumah di Jalan Bemban, Ampang, Kuala Lumpur pada Jumaat (11 September) lalu.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban operasi dimulakan sekitar jam 12.15 tengah malam selepas menerima maklumat awam selain risikan selama sebulan turut dijalankan.

Imigresen sita 7 pasport dan 5 cap pihak berkuasa Vietnam yang disyaki palsu

“Seorang kanak-kanak lelaki warga Vietnam berusia 10 bulan yang dipercayai anak kepada pasangan tersebut turut ditemui bersama mereka.

“Hasil pemeriksaan di premis berkenaan, pasukan operasi menyita tujuh pasport Vietnam seta lima cap pihak berkuasa Vietnam yang disyaki palsu,” jelasnya, lapor Sinar Harian.

Beberapa barangan lain turut disita

Selain pasport dan cap, Zakaria turut memaklumkan imigresen juga menyita beberapa barangan lain seperti:

  • Sebuah telefon bimbit
  • Satu set komputer meja
  • Salinan perjanjian sewaan premis
  • Beberapa borang pengesahan kewarnegaraan Vietnam
  • Borang pemohonan pasport negara tersebut

“Sebuah kenderaan jenis Ford Kuga yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut turut disita bagi membantu siasatan.”

Jelas beliau lagi, siasatan awal dilakukan mendapati suami isteri itu menawarkan pelbagai perkidmatan yang berkaitan dengan imigresen terutamanya untuk warga Vietnam.

“Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk menguruskan lanjutan pas, Pas Khas dan tiket penerbangan pulang ke Vietnam bagi pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditempatkan di depot imigresen.

“Bayaran yang dikenakan boleh mencecah sehingga RM12,000 bagi setiap individu bergantung kepada jenis urusan yang dilakukan,” ujarnya lagi.

Kegiatan aktif sejak 2025

Kata Zakaria lagi, pasangan itu dipercayai aktif melakukan kegiatan berkenaan sejak tahun lalu.

Tambahnya, menerusi semakan awal dilakukan lelaki itu tinggal di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan, manakala isterinya pula memiliki Pas Pembantu Rumah Asing (PRA).

Bayi dijumpai bersama pasangan warga Vietnam tiada pas atau dokumen perjalanan sah

“Kanak-kanak yang ditemui bersama pasangan itu pula didapati tidak memiliki sebarang pas atau dokumen perjalanan yang sah untuk berada di negara ini.”

Lelaki tersebut ditahan ekoran disyaki membuat kesalahan mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Isterinya pula ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kes turut disiasat berkaitan status kanak-kanak terbabit di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya lagi.

Mereka kemudiannya dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya bagi tindakan lanjut.

JIM sedang jalankan siasatan lanjut berhubung penemuan cap pihak berkuasa Vietnam

Tambahnya lagi, JIM kini sedang melakukan siasatan lanjut mengenai penemuan cap pihak berkuasa Vietnam yang disyaki palsu dan dokumen termasuk peralatan lain yang dirampas.

Perkara itu bertujuan untuk mengenal pasti modus operandi kegiatan berkenaan serta kemungkinan kepada penglibatan pihak lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.