Now Reading
YDPA Perkenan Tangguh Permohonan Pengampunan Najib, Bebas 65 Banduan Yang Lain

YDPA Perkenan Tangguh Permohonan Pengampunan Najib, Bebas 65 Banduan Yang Lain

Jelas Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim turut berkenan membebaskan 65 banduan pada hari ini (11 September).

Ringkasan
  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menangguhkan permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang.
  • Sultan Ibrahim berkenan membebaskan 65 banduan, dengan banduan bukan warganegara diusir ke negara asal dalam tempoh enam bulan.
  • Najib sebelum ini dijatuhi hukuman penjara dan denda RM120 juta atas kesalahan menyeleweng dana SRC International sebanyak RM42 juta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (11 September), Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah berkenan untuk menangguhkan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Permohonan Pengampunan Najib Ditangguhkan Ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan Kelak

Permohonan itu ditangguhkan sehingga ke Mesyaurat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.

Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan, perkara itu diputuskan oleh baginda dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan pada hari ini.

“Yang di-Pertuan Agong juga berkenan supaya permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak,” kata mereka.

Yang Di-Pertuan Agong Turut Perkenan Bebaskan 65 Banduan, Banduan Warganegara Hendaklah Diusir & Dihantar Ke Negara Asal

Jelas BHEUU, Sultan Ibrahim turut berkenan membebaskan 65 banduan pada hari ini (11 September).

Kesemua banduan yang bukan warganegara hendaklah diusir serta dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh enam bulan selepas mereka dibebaskan.

Hannah Yeoh Sebelum Ini Sahkan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Akan Diadakan Hari Ini

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengesahkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan bermesyuarat pada hari ini.

Malah Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut turut mengesahkan menjadi antara individu yang dipanggil bagi menghadiri mesyuarat berkenaan.

Namun, bekas Menteri Belia dan Sukan itu enggan memperincikan butiran lanjut mengenai agenda mesyuarat berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan antara lain akan mempertimbangkan keputusan permohonan Najib untuk mendapatkan permohonan terhadap sabitan kes menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.

Najib yang merupakan bekas Perdana Menteri ke-6 itu telah didenda RM120 juta dan dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun selepas disabitkan atas kesalahan menyeleweng dana SRC International sebanyak RM42 juta pada Julai 2020.

Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022 kemudiannya turut mengekalkan hukuman tersebut.

Walau bagaimanapun pada 2 Februari 2024, Urusetia Lembaga Pengampunan telah mengumumkan Najib diberi pengurangan sebanyak 50% bagi hukuman penjara menjadi enam tahun dan denda turut dikurangkan dari RM210 juta menjadi RM50 juta.

Baca Artikel Berkaitan: Najib Razak Mohon Maaf Secara Terbuka, Nafi Jadi Dalang Kes Seleweng Dana 1MDB

Baca Artikel Berkaitan: Isu Letak Jawatan Jika Najib Bebas, Waytha Gesa Nga Kor Ming Tarik Balik Kenyataan & Mohon Maaf Pada Agong

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.