Now Reading
Nahas Helikopter: Residen Miri Sahkan Juruterbang & 4 Petugas KKM Meninggal Dunia

Nahas Helikopter: Residen Miri Sahkan Juruterbang & 4 Petugas KKM Meninggal Dunia

Residen Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Galong Luang mengesahkan perkara itu berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta KKM.

Ringkasan
  • Kesemua mangsa nahas helikopter terhempas di Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport) dilaporkan maut.
  • Sebelum ini, Menteri Kesihatan memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu dikendalikan oleh seorang juruterbang dan membawa empat petugas kesihatan yang sedang dalam tugas rasmi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kesemua mangsa nahas helikopter terhempas di Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport) yang terdiri daripada seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan meninggal dunia.

Memetik Bernama, khabar duka tersebut disahkan Residen Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Galong Luang berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta KKM.

Residen Miri Galong Luang mengesahkan perkara tersebut kepada media. Foto: UKAS

“Bagaimanapun, maklumat tentang kejadian dan nama mangsa yang terlibat belum dapat diperincikan,” katanya kepada Bernama.

Menteri Kesihatan sahkan helikopter bawa 5 penumpang termasuk juruterbang

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu dikendalikan oleh seorang juruterbang dan membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang dalam tugas rasmi.

Ketika insiden, helikopter ‘Flying Doctor’ (FDS) jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF kendalian Layang-Layang Aerospace itu sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Miri ke Long Lellang sebelum terhempas dan terbakar.

Helikopter terjatuh sebelum meletup dan terbakar – Saksi

Menurut seorang saksi yang melihat insiden tersebut, helikopter itu terhempas sebelum meletup dan terbakar.

“Kejadian berlaku ketika nak (mendarat) sudah di hujung padang Long Lellang,” katanya dipetik Kosmo.

Penularan video insiden nyatan meruntun hati pengguna media sosial.

Ramai yang menitipkan doa buat juruterbang, Kapten Zainol Afiq; pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamaruddin; penolong pegawai perubatan Alexson Adit dan dua jururawat iaitu Debra Moset serta Jessie Paya.

Isteri kepada Kapten Zainol Afiq, Izzati Syamimi turut memohon orang ramai untuk mendoakannya dan anak-anak serta suaminya.

View on Threads

[Artikel Lanjut Menyusul]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.