Now Reading
Kes 6 Pendaki Termasuk 4 Sekeluarga Hilang Di Gunung Trans Gerah: Polis Sahkan Kesemua Mangsa Selamat

Kes 6 Pendaki Termasuk 4 Sekeluarga Hilang Di Gunung Trans Gerah: Polis Sahkan Kesemua Mangsa Selamat

Difahamkan, perjalanan enam pendaki terbabit mengambil masa disebabkan salah seorang daripada ahli kumpulan terbabit mengalami kecederaan yang masih belum diketahui tahapnya.

Ringkasan
  • Polis mengesahkan kesemua enam pendaki termasuk empat keluarga dari Yong Peng, Johor selamat selepas dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Gerah.
  • Polis menjelaskan operasi menyelamat dirancang menggunakan helikopter dengan membawa pasukan penyelamat ke salah satu kem sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi kesemua mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (7 September), kami ada melaporkan mengenai enam pendaki termasuk empat sekeluarga yang dikhuatiri hilang ketika membuat pendakian di Gunung Trans Gerah, Hutan Simpan Kekal Lojing, Gua Musang, Kelantan selepas kesemua mereka gagal keluar mengikut jadual di Pos Kemar, Gerik, Perak pada 3 September lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan remaja perempuan antara individu yang dikhuatiri hilang selepas kedua-duanya mendaki bersama ibu bapa mereka serta dua malim gunung.

Polis Sahkan 6 Pendaki Selamat Selepas Berjaya Hubungi Salah Seorang Malim Gunung

Terbaharu, polis mengesahkan kesemua enam individu yang dikhuatiri hilang ketika menyertai Ekspedisi Trans Gerah di Gunung Gerah disahkan selamat.

Difahamkan, perjalanan mereka mengambil masa disebabkan salah seorang daripada ahli kumpulan terbabit mengalami kecederaan yang masih belum diketahui tahapnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman, maklumat berhubung keberadaan mereka diperolehi selepas pihaknya berjaya menghubungi salah seorang malim gunung yang terlibat kira-kira jam 5.30 petang.

“Mereka boleh bergerak tetapi perlahan. Pasukan penyelamat akan menyusul trek pendakian di mana kumpulan itu berada untuk membawa mereka keluar.

“Pasukan penyelamat akan naik hari ini (7 September) juga,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Operasi Menyelamat Dirancang Menggunakan Helikopter

Tambah Abdul Samad, operasi menyelamat akan dilaksanakan dengan menggunakan helikopter bagi membawa pasukan penyelamat ke salah satu kem.

Langkah itu akan dilakukan sebelum mereka meneruskan perjalanan ke lokasi keenam-enam mangsa.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan selepas kesemua individu terbabit yang menyertai ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB) gagal keluar mengikut jadual yang ditetapkan di Pos Kemar, Gerik pada 3 September lalu.

Kesemua mereka yang dikhuatiri hilang adalah empat sekelurga yang berasal dari Yong Peng, Johor dan dua orang malim gunung.

Enam individu yang hilang itu adalah:

  • Shafiee Sidek (49 tahun)
  • Hazman Mamat (43 tahun)
  • Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin (39 tahun)
  • Siti Zulaiha Norizan, (39 tahun)
  • Diya Raisha (13 tahun)
  • Ahmad Raef (9 tahun)

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.