JMWP Nasihat Penggiat Seni Jadikan Prinsip Islam, Nilai Budaya Tempatan Sebagai Rujukan Untuk Karya Yang Diterbitkan
Menurut Mufti WP, Ahmaf Fauwaz Fadzil Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan penerapan unsur-unsur yang sentuh sensitiviti agama dan norma budaya tempatan, sama ada secara langsung atau tersirat perlulah dibendung dengan segera.
JMWP meminta penggiat seni dan pihak stesen penyiaran sentiasa peka, berhemah dan jadikan prinsip-prinsip Islam serta nilai budaya tempatan sebagau rujukan utama dalam karya yang diterbitkan.
JMWP turut menekankan sebarang pemaparan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam dan budaya ketimuran jelas bercanggah dengan prinsip Maqasid Syariah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini isu mengenai drama ‘Madu Atau Racun’ telah menerima respon yang kurang menyenangkan di kalangan penonton sehingga ia mendapat perhatian pihak tertentu seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan juga Kerajaan Perpaduan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil turut mengarahkan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) bersama dengan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) mengadakan pertemuan dengan pihak produksi serta iQIYI.
Malah syarikat penerbitan, Metrowealth (MIG) turut memohon maaf manakala platform iQIYI bersetuju untuk menurunkan beberapa episod yang telah tersiar bagi membolehkan semua episod drama disunting semula.
JMWP ambil maklum & kesal penayangan drama ‘Madu Atau Racun’
Susulan daripada drama kontroversi tersebut, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) mengambil maklum serta menzahirkan rasa kesal ke atas penayangan drama berkenaan yang telah menimbulkan keresahan dan kontroversi dalam kalangan masyarakat.
Jelas Mufti WP, Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Fadzil JMWP berpandangan bahawa penerapan unsur-unsur yang menyentuh sentiviti agama serta norma budaya tempatan, sama ada secara langsung atau tersirat, perlu dibendung segera.
“Islam meletakkan keutamaan yang tinggi terhadap pemeliharaan kesucian akidah, institusi kekeluargaan dan tata susila dalam kehidupan beragama,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook.
Pemaparan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam bercanggah dengan prinsip Maqasid Syariah
Menurut JMWP lagi, sebarang bentuk pemaparan seperti gaya hidup, nilai mahupun naratif yang bertentangan dengan ajaran agama Islam dan budaya ketimuran jelas bercanggah dengan prinsip Maqasid Syariah iaitu memelihara:
Agama
Akal
Maruah
Keturunan
Harta
JMWP turut menegaskan industri seni dan juga platform media sepatutnya dimanfaatkan sebagai medium untuk:
Mendidik jiwa
Membina sahsiah
Menyemai nilai-nilai murni
Jadikan prinsip Islam, nilai budaya tempatan sebagai rujukan untuk karya
“Karya yang dihasilkan hendaklah bertanggungjawab, tidak mencetuskan polemik serta tidak menjejaskan keharmonian dan akhlak masyarakat khususnya generasi muda.
“Sehubungan itu, JMWP menyeru kepada semua penggiat seni penerbitan dan pihak stesen penyiaran agar sentiasa peka, berhemah dan menjadikan prinsip-prinsip Islam serta nilai budaya tempatan sebagai rujukan utama dalam setiap karya yang diterbitkan.
“Kepada seluruh umat Islam di Wilayah Persekutuan, marilag kita bersama-sama mempertahankan kesucian agama, memelihara akhlak dan bijaksana dalam memilihan tontonan agar pegangan akidah dan jati diri umat sentiasa terpelihara.”
Ustaz Wadi Annuar gesa hentikan tayang drama yang normalisasikan hubungan songsang
Sebelum ini pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar turut meminta agar pihak berkenaan berhenti menayangkan drama yang menormalisasikan hubungan songsang.
“Jangan cuba racuni pemikiran masyarakat sehingga perkara yang Allah larang dianggap biasa,” katanya.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.