RCI Tabung Haji: Bekas Pengerusi TH & Bekas KSP Ditahan SPRM, Tiba Di Mahkamah Untuk Permohonan Reman
Bekas Pengerusi Lembaga TH dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu telah dibawa ke Mahkamah Putrajaya hari ini oleh SPRM untuk mendapatkan perintah reman.
Dua Individu berprofil tinggi telah ditahan SPRM pada 26 Ogos untuk membantu siasatan.
Kedua-duanya akan direman pada 27 Ogos, berkaitan isu yang dibangkitkan dalam laporan RCI Tabung Haji.
Sumber terbabit turut mendakwa beberapa lagi pemimpin UMNO dan Barisan Nasional akan didakwa pada 28 Ogos.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada 4 Ogos lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya telah menahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) untuk siasatan berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).
Bekas Pengerusi TH & bekas KSP ditahan SPRM semalam (26 Ogos)
Semalam (26 Ogos) dua lagi individu berprofil tinggi telah ditahan oleh SPRM iaitu bekas Pengerusi Lembaga TH dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, pada 26 Ogos.
Mereka yang bergelar Datuk Seri dan Tan Sri berusia dalam lingkungan 60-an telah dibawa ke Mahkamah Putrajaya pada pagi ini (27 Ogos) dipercayai bagi mendapatkan perintah reman, lapor Sinar Harian.
Menurut Malaysia Gazette yang memetik sumber, bekas Pengerusi TH sebelum ini telah dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan pada tengah hari semalam sebelum beliau ditahan sekitar jam 4 petang.
Ditahan untuk bantu siasatan berhubung kes RCI Tabung Haji
Kedua-dua mereka dipercayai ditahan oleh SPRM bertujuan untuk membantu siasatan berikutan isu yang dibangkitkan dalam RCI Tabung Haji.
Sementara itu, sumber turut mendakwa terdapat beberapa lagi pemimpin dari parti UMNO serta Barisan Nasional (BN) juga akan didakwa pada 28 Ogos (Jumaat) ini.
“Ada beberapa nama, dikaitkan dengan pelbagai salah laku ketika berada dalam tampuk kerajaan. Nantikan kejutan Jumaat ini,” ujar sumber itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman turut mengesahkan berhubung penahanan dua individu berprofil tinggi itu.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.