Now Reading
Akibat Hina Islam, Pengawal Keselamatan Warga Singapura Dipenjara 14 Hari & Denda RM7,000

Akibat Hina Islam, Pengawal Keselamatan Warga Singapura Dipenjara 14 Hari & Denda RM7,000

Mengikut kertas pertuduhan, pengawal keselamatan warga Singapura itu dengan sengaja berniat mahu melukakan perasaan agama mana-mana orang dengan menyebut perkataan berunsur penghinaan ke atas agama Islam yang didengari oleh seorang lelaki.

Ringkasan
  • Seorang pengawal keselamatan warga Singapura dihukum penjara selama 14 hari dan didenda RM7,000 kerana menghina agama Islam. 
  • Lelaki berusia 56 tahun itu mengaku bersalah atas kesalahan sengaja mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap agama Islam dari Jalan Tun Razak hingga Jalan Meldrum pada 30 Julai lalu.  

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, polis mengesan seorang pemandu e-hailing untuk membantu siasatan rakaman video yang tular menunjukkan seorang individu yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan ke atas agama Islam serta al-Quran, lapor Berita RTM.

Lelaki warga Singapura dihukum penjara 14 hari dan denda RM7,000 gara-gara hina agama Islam

Terbaharu individu yang berkerja sebagai pengawal keselamatan warga Singapura terbabit dihukum penjara selama 14 hari serta denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret.

Ini selepas lelaki itu mengaku bersalah menghina agama Islam, pada Julai 2026 lalu.

Majistret A Shaarmini mengarahkan lelaki yang dikenali sebagai Mohamed Anim Atam untuk menjalani hukuman itu daripada tarikh tertuduh ditahan pada 18 Ogos lalu.

Hukum penjara 3 bulan jika gagal bayar denda

Selain itu, mahkamah juga memerintahkan lelaki berusia 56 tahun itu untuk menjalani hukuman penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda sebanyak RM7,000 berkenaan, lapor Berita Harian.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja berniat mahu melukakan perasaan agama mana-mana orang dengan menyebut perkataan berunsur penghinaan ke atas agama Islam yang didengari oleh seorang lelaki.

Lelaki tersebut didakwa telah melakukan kesalahan menghina agama Islam dari Jalan Tun Razak hingga Jalan Meldrum sekitar jam 5 petang pada 30 Julai yang lalu.

Tertuduh kemudiannya didakwa di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan individu boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh minta hukuman ringan kerana hidap darah tinggi dan dalam proses bercerai

Sebelum ini ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya iaitu Eizlan Azhar telah memohon agar hukuman setimpal diberikan ekoran insiden tersebut tular di media sosial selain turut membabitkan isu berkaitan 3R.

Tertuduh yang tidak diwakili mana-mana peguam bagaimanapun memohon agar hukuman ringan diberikan memandangkan dia menghidap penyakit darah tinggi. Tertuduh juga memaklumkan sedang dalam proses penceraian yang memerlukannya untuk hadir ke Mahkamah Syariah di Singapura.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.